السادس عشر

1.3K 113 11
                                    

بسم الله الرحمن الرحيم

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

بسم الله الرحمن الرحيم

Bahkan ketika aku mengetahui
Kau mengidamkan yang lain,
Aku tidak beralih sama sekali untuk
Tetap mengidamkan mu.

Yang Tulus Mencintaimu.

Aku tersenyum manis. Ah! Indahnya bait-bait cinta yang ditulis oleh hamba-ALLAH yang seorang ini.

Pandanganku mula digalihkan pada langit yang gelap itu.

Melihat bulan dan bintang di langit adalah suatu perkara yang membahagiakan aku.

Fikiranku mula menerawang pada lelaki yang pernah bertahta di hatiku. Noah Mikhail.

Hanya mampu melihat tapi tak mampu untuk digapai lagikan mustahil untuk dimiliki.

Aku sadar yang aku takkan mampu untuk menggapai bintang.

Inikan pula ingin menggapai hati Noah Mikhail?

Sabar! Ada ke menggapai hati? Istilah mana aku ambil ni? Lah bowdough kali...

🌙

"Suri, jauh termenung." Kakak menegurku lalu dia melabuhkan punggungnya disebelahku.

Aku hanya tersenyum sambil mengusap perutku yang semakin menampakkan bentuk itu.

Aku sudah dapat menerima kehadiran bayi ini dalam hidupku. Pada awalnya aku memang berasa benci akan kehadiran bayi ini tetapi sekarang tidak lagi.

"Suri ada kawan nama Noah Mikhail ke?"

Soalan dari kakak membuatkan aku automatik terkedu. Tersentak.

Lama-lama aku mengangguk juga.

Kakak kemudiannya menghulurkan aku sampul surat bewarna putih iras seperti surat jemputan. Aku memandang pelik.

"Ambillah. Awalnya akak ingat penghantar surat ni salah orang tapi bila akak tanya Suri kenal tidak Noah Mikhail Suri kata Suri kenal."

"Jadi akak memang pasti kad jemputan ni buat Suri."

Aku nak telan air liur tapi tekak terasa macam ada pasir. Sukar.

Aku mula mengambil surat itu tetapi aku pegang sahaja tak terasa nak buka mahupun baca apabila kakak masih lagi disisiku.

"Baby, mummy tak sabar lah nak tunggu baby keluar." Kata kakak sambil mengusap perutku.

Aku hanya tertawa melihat gelagat kakak.

MEMILIKIMU BINTANGWhere stories live. Discover now