![]()
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image. بسم الله الرحمن الرحيم
Buka sahaja pintu rumah aku disapa dengan mama.
"Suri? Kenapa muram aje muka ni? Tak best ke keluar dengan Qaizsara?" Tanya mama sambil memeluk bahuku.
Aku mengeluh panjang! Sumpah aku tiada mood sekarang ini.
"Suri penat sikit." Alasan tak masuk akal yang kuberikan.
Mama hanya mengangguk.
"Suri naik dulu ye mama."
Sekali lagi mama mengangguk.
Aku dengan lemah longlai nya menaiki tangga. Amarahku belum hilang-hilang lagi.
Sedang aku menaiki tangga aku terdengar suara mama memanggilku.
"Suri ada terserempak dengan kakak?" Soalan yang kurasa sungguh tak menyenangkan.
"Tak." Ringkas sahaja jawapanku. Sungguh aku benar-benar kecewa dengan kakakku.
Masuk sahaja kedalam bilik aku terus menghempaskan tubuhku ke atas tilam yang empuk.
Aku pejam mata. Bila teringatkan kejadian di mall tadi air mataku terus jatuh berjujuran.
Ya Allah macam mana dengan perancangan yang sebelumni....
Aku lantas bangun dari baringanku.
Aku dah kata! Dari awal lagi kau memang bala! Menyusahkan aku.
Bodohnya aku! Terima pinangan kau!
Dengan perasaan bercampur-baur aku bangun mengambil tualaku dan bergerak masuk ke dalam bilik air.
Siang sudah melabuhkan tirai. Sungguh siang tadi telah menjadi sejarah dimana siang yang paling teruk dalam hidupku!
Aku bergegas turun dan menuju ke meja makan. Kelihatan ayah, mama dan kakak sedang menungguku.
"Maaf, lambat." Ucapku lalu kutarik kerusi yang bersebelahan dengan mama.
"Suri? Makanlah sebelah kakak sini, mama dah letakkan pinggan Suri kat sini."
Aku lantas mencapai pinggan dan kualihkan disebelah mama tanpa menoleh ke arah kakak.
Ayah yang melihat situasi ini berkerut dahi.
"Suri dengan Suci bergaduh ya?" Tebak ayah.
Kakak pantas menggelengkan kepalanya.
"Eh ayah mana ada, Suci dengan Suri baik-baik sahaja."

YOU ARE READING
MEMILIKIMU BINTANG
RomanceSuri Aisara seorang gadis yang mendambakan cinta seorang lelaki. Noah Mikhail dialah lelaki yang diagung-agungkan oleh Suri Aisara. Noah Mikhail - Jika mencintai saya hanya memberi impak buruk pada awak, saya sarankan untuk awak berhenti mencintai s...