أربعة

1.4K 113 3
                                    

بسم الله الرحمن الرحيم

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

بسم الله الرحمن الرحيم

Kini sudah menginjak hampir satu tahun aku mencintai Noah Mikhail. Aku cuba untuk tepis perasaanku tapi aku tidak mampu.

Aku juga cuba untuk mencintai lelaki lain tapi aku tak boleh.

Kedengaran pintu bilikku diketuk. Aku berpaling, kelihatan mama yang sedang tersenyum di muka pintu.

"Suri ingatkan yang petang nanti ada tetamu?"

"Ya mama Suri ingat."

Mama hanya tersenyum dan mengangguk.

Dari petang semalam lagi mama memberitahuku tentang tetamu istimewa yang akan hadir ke rumahku petang ini.

Aku mengeluh perlahan apabila mengingatkan Noah Mikhail.

Beberapa bulan yang lalu aku dikejutkan dengan khabar yang dia berpindah ke luar negara.

Perasaan ku tika itu terasa sangat sedih. Tapi aku tetap tidak berputus asa! Aku akan mencintainya sampai mati! Itu janjiku.

Tiba-tiba air mataku mengalir.

Aku rindu dia!

Ya Allah rindu ini menyakitkan.

Aku cepat-cepat mengesat air mataku! Taknak terlalu melayan perasaan.

🌙

Aku membuka almari dan menilik satu-satu pakaianku.

Aku mengeluh!

"Haih nak pakai baju apa ni?"

Belek punya belek mataku tertancap pada baju kebaya moden bewarna cream.

Tanpa berfikir panjang aku terus mencapai baju kebaya itu dan mencari tudungku yang berwarna cream.

Jumpa sahaja tudung itu aku terus berlari masuk ke dalam bilik baju. Bilik itu khas untuk menggosok baju.

Siap sahaja menggosok aku terus mengenakan baju itu di badanku.

Setelah siap memakai tudung aku menyembur sedikit perfume berjenama victoria secret. Lipmatte disapu di bibirku seterusnya aku mencalit sedikit lipgloss. Aku memakai sedikit mascara di bulu mataku.

Sudah tentulah pakai mascara di bulu mata takkan di bulu kaki atau hidung pulak.

Aku menilik diriku di hadapan cermin. Beautiful!

MEMILIKIMU BINTANGWhere stories live. Discover now