ثلاثة عشر

1.2K 104 0
                                    

بسم الله الرحمن الرحيم

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah! Aku mengucapkan syukur kehadrat ilahi. Kapal terbang yang dikendalikan olehku selamat sampai ke turky.

Badanku terasa sangat letih. Entah kenapa semenjak dua menjak ini badanku kerap terasa letih.

Aku terus menuju masuk ke dalam hotel. Semasa perjalanan ku ke hotel ada beberapa pramugari dan pramugara yang menegur ku mesra.

Masuk sahaja ke dalam bilik aku terus merebahkan diriku ke atas katil. Akibat penat yang terlampau aku akhirnya tertidur.

Setelah beberapa jam aku dapat merehatkan mata dan badan aku akhirnya tersadar.

Aku terus bangun dari baringanku baru sahaja mahu melangkah ke bilik air kepalaku terasa pusing. Pandanganku menjadi hitam.

Aku terus jatuh terduduk cuba untuk meredakan diriku dahulu. Lama juga aku statik di tempatku sehinggakan kepalaku tidak rasa pusing lagi.

Aku bangun perlahan-lahan kaki melangkah masuk ke dalam bilik air. Selesai membasuh muka dan kaki aku terus mencapai tuala dari dalam bagasiku.

Selesai sahaja mandi aku terus menunaikan solat.

"Assalamualakum warahmatullah."

"Assalamualaikum warahmatullah."

Aku kemudiannya mengangkat kedua tanganku siap membaca doa aku mengaminkan doa itu.

Kemudian aku termenung sejenak. Tanganku ku angkat lagi untuk berdoa sekali lagi.

Ya Allah ya tuhanku, kau hapuskanlah nama hamba-Mu yang seorang ni dari dalam hatiku. Kalau dia bukan jodohku kau jauhkanlah dia daripadaku Ya Allah. Sesungguhnya pada saat ini aku benar-benar pasrah Ya Allah. Aku hanya berserah padamu. Amin ya rabbal alamin.

Aku melipat telekungku secara teliti kemudian melipat sejadah dan diikuti dengan selawat.

Handbag kucapai kemudian simcard dari dalam walletku ambil dan kupasang di dalam telefonku.

Mama ialah orang pertama yang aku menelefon.

Aku memberitahu mama tentang bagaimana pemanduan ku tadi kemudian apa yang aku sedang buat dan sebagainya, aku juga meminta mama untuk mengirimkan salamku buat ayah dan kakak.

Panggilan ditamatkan. Aku mula dilanda bosan. Tudung kucapai lalu kupakai. Handbag dan handphone ku ambil lalu aku keluar dari bilikku.

MEMILIKIMU BINTANGWhere stories live. Discover now