Perbicaraan bersambung. Haira memberikan bukti secara mengejut kepada pihak mahkamah. Bukti diluluskan. Bukti menunjukkan video rakaman cip kamera kecil yang Haira lekatkan pada botol hitamnya. Dia sengaja meninggalkan beberapa helaian bukti kes terdampar luas di atas mejanya. Sewaktu semua orang di mahkamah berehat keluar bilik mahkamah, Nizamshah dan peguamnya berbisik memegang beberapa helaian kertas di atas meja Haira mengatakan "dari mana dia dapat benda ni? Encik Nizam, betul ke bukti-bukti ni? Kalau betul awak kena cakap supaya saya boleh buat apa yang patut." Nizamshah menjawab " semua ni betul. Baik kau buat kalau aku mati aku sumbat kau dengan aku sekali."
Peguam Nizamshah: Bantahan yang mulia. Bukti tanpa kebenaran orang yang dirakam. Ini melanggar hak asasi manusia di bawah Seksyen 448 (menceroboh) dan Seksyen 509 (mengaibkan seseorang) Kanun Keseksaan.
Haira: Yang mulia, di bawah seksyen 448 (menceroboh) akta 78, kebenaran adalah tidak diperlukan jika sudut rakaman sebenar tidak merakam sebarang orang pada awal rakaman. Bermaksud, rakaman ini hanya bertujuan untuk merakam kertas kertas bukti saya di atas meja. Tetapi, ada orang yang datang ke sudut terletaknya kamera tersebut. Dan orang yang muncul secara sengaja atau tidak sengaja, kebenaran mereka adalah tidak diperlukan. Yang mulia, YANG SALAH ADALAH SALAH.
Hakim 1: bukti diluluskan. Peguam Encik Nizamshah ingan mengatakan apa-apa?
Peguam Nizamshah: Yang mulia, jika ditelitikan tiada wajah saya ataupun Encik Nizamshah seperti yang dikatakan oleh Cik Haira. Bukti adalah tidak sah Yang mulia.
Hakim 1: Cik Haira, bukti boleh dikatakan tidak sah setakat ini.
Haira: Baik, Yang mulia saya akan menjalankan ujian cap jari ke atas kertas yang dipegang oleh Encik Nizamshah dan peguamnya untuk mengesahkan bukti. Seperti yang anda lihat saya telah memakai sarung tangan dari awal perbicaraan.😎 Yang mulia, Encik Nizamshah dan Encik Farid (peguam nizam), sila berikan kerjasama.
Hakim 1: Baiklah. Encik Nizamshah dan Encik Farid sila berikan kerjasama.
Seluruh mahkamah terpegun dengan tindakan Haira Encik Farid dan Nizamshah tidak boleh berkata- kata. Haira tahu bahawa peguam nizam akan memberi bantahan sebegitu jadi Haira sengaja tidak menyentuh seinci pun copy helaian bukti tersebut tanpa memakai sarung tangan.
Perbicaraan Kedua tamat dan Nizamshah ditahan sementara kerana bukti masih dalam siasatan.
![](https://img.wattpad.com/cover/314528720-288-k485308.jpg)
YOU ARE READING
The Lawyer Of His Throne// Jodoh Dan Takdir Perkara Berbeza
Adventure" Ya Allah, janganlah engkau benarkan hatiku terikat kepada apa yang bukan milikku."-- Haira Buku ini berkisarkan seorang peguam dan anak raja. Hati-hati, jangan terjatuh cinta dengan apa yang bukan milikmu "Beza jodoh dan takdir, takdir, menemukan...