21 Februari 2031. Perbicaraan mahkamah terakhir Tengku Wa'nnur Waliudin Ishaq .
Hakim: Cik Haira, silakan.
Haira: Encik Ishaq. Pembunuh 24 orang mangsa dan perogol 12 orang wanita daripadanya. Tambahan, dia membuat semua itu di luar negara. Mencemarkan nama negara kita. Dia bersalah atas pengakuannya sendiri. Telah memberi kerjasama dalam kes ini dengan menunjukkan sedikit bukti yang disimpannya. Dengan itu, saya cadangkan hukuman penjara 3 tahun bersa..ama hu..kum.. maaf yang behormat. (Haira menahan air matanya dan melihat mata Ishaq, kelihatan seperti Ishaq redha dengan ketentuan Allah) haira menyambung " Saya cadangkan Tengku Wa'nnur Waliudin Ishaq dihukum penjara 3 tahun bersama hukum Gantung Sampai Mati yang Behormat.! (Haira melantangkan suaranya agar dia tidak kedengaran bergetar)
Keluarga Ishaq dan semua yang hadir di sana mempunyai perasaan yang bercampur aduk kerana mengetahui kisah Ishaq dan Haira.
Dalam masa 3 tahun itu setiap hari Haira mengunjung penjara untuk meluangkan masa dengan Ishaq. Sewaktu sehari sebelum hari Ishaq digantung mati;
Haira: Esok... Orang tu dah nak tinggalkan kita lagi... Tapi untuk selamanya. (Haira senyum dengan menahan air mata mendongak menatap mata Ishaq)
Ishaq: Allah mendatangkan hidayah kepada saya melalui awak. Buat kali terakhir, sudikah awak, Haira Fatiha binti Aziz Abdullah, menamatkan takdir saya di dunia ini...?
Haira melihat mata Ishaq dan tidak dapat lagi menahan air matanya.
Ishaq menatap kembali mata Haira kemudian menundukkan kepala haira, tidak sanggup melihat air matanya. Akhirnya Ishaq menangis sambil menahan suara.
___________________________________
Hari Ishaq dihukum gantung. Haira ke pantai di mana Ishaq melamarnya.
Haira sambil melihat jam
" 5.30 petang. Agaknya, sekarang awak dah tak da. Saya harap awak singgah sini mendengar hahah." Air mata haira mengalir perlahan.
" Awak nak tahu kenapa dalam beza jodoh dan takdir, jodoh akhirnya kesepian? Nak tahu? Ok. Pengakhirannya, kalau tak seorang yang pergi dua akan pergi. Akhirnya, meninggalkan mereka kesunyian. Dan saya sekarang...mmh betullah kita jodoh (haira tersenyum tipis)""Izinkan saya mengukir nama awak buat kali terakhir di bibir ini. Tengku Wa'nnur Waliudin Ishaq . Terima kasih buat segalanya. Sayang."
"Alhamdulillah" Haira akhiri dengan Al-fatihah.Haira menoleh ke belakang,
tiada orang.
---Tamat----
YOU ARE READING
The Lawyer Of His Throne// Jodoh Dan Takdir Perkara Berbeza
Aventura" Ya Allah, janganlah engkau benarkan hatiku terikat kepada apa yang bukan milikku."-- Haira Buku ini berkisarkan seorang peguam dan anak raja. Hati-hati, jangan terjatuh cinta dengan apa yang bukan milikmu "Beza jodoh dan takdir, takdir, menemukan...