Setelah 1 bulan di Sarawak, Ishaq dan Haira pulang ke Pahang untuk mengadakan majlis pertunangan mereka. Majlis pertunangan mereka selesai setelah 1 bulan. Rakyat Malaysia riuh mendengar berita anak Sultan itu berkahwin dengan rakyat biasa. Dalam jangka masa itu, urusan Malaysia dan British juga telah selesai. Setelah semua itu selesai, Haira meminta Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong untuk melucutkan jawatannya daripada Peguam Negara. Hal ini kerana Haira tidak ingin kes yang diambilnya hanya terhad jepada masalah politik negara. Dia suka mengambil kes secara versatile. Jadi, Haira setuju untuk bekerja dengan satu pihak guaman terkenal di Pahang.
Setelah 5 bulan bekerja di sana, Haira mendapat satu kes yang sangat menarik perhatiannya. Kes tersebut melibatkan anak guamnya iaitu saksi pembunuhan bersiri yang sudah lama mendiam diri. Menurut saksi, pembunuhan bersiri itu dilakukan di England tetapi oleh orang Malaysia. Saksi tersebut iaitu Takim mendengar perbualan dalam bahasa Melayu sewaktu meronda sekeliling pejabat imigresen yang dia bekerja sebagai pengawal pada masa itu. Pembunuh berbual dengan seorang pekerja wanita yang masih bekerja pada waktu 2 pagi. Perbualan yang Takim dengar adalah,Pembunuh: delicious.
Wanita: What are you doing? Stop before I shout. Stop! What did i do to you?! I did nothing wrong you asshole!
Pembunuh: You wanna know what you did wrong? Satu, kau ingat aku ni orang baik. HAHAHAHAH KESALAHAN YANG BESAR KAU DAH BUAT SUNDAL! Kau orang yang ke sepuluuuuh..... HAHAHAHAH apahal? Kau tak faham?! Alright sleep darling, sleep... Alright.
Pembunuh mencucuk wanita tersebut dengan sesuatu yang membuatkan wanita itu sawan dan mati. Takim yang melihat kejadian tersebut tidak berani mengatakan apa-apa dan dalam ketakutan dan dalam diam keluar banggunan. Setelah 7.00 pagi, Takim memberanikan diri untuk mendapatkan kebenaran. Dia memeriksa rakaman CCTV tetapi malangnya semua rakaman telah dihapuskan oleh pembunuh sewaktu Takim keluar dari banggunan. Dengan itu, Takim bergesa ke pejabat polis dan memberitahu segalanya tetapi kesemua pegawai polis menganggap dia gila. Takim memutuskan untuk kembali ke Malaysia dia berasa tidak selamat lagi tinggal di sana mengenangkan 10 orang yang pembunuh itu bunuh. Yang menariknya, sewaktu di lapangan terbang, Takim terlanggar seseorang dan tubuh badan serta suara orang itu sangat mirip dengan pembunuh. Takim ragu-ragu sama ada ingin menyiasat lebih lanjut atau tidak. Dia tidak ingin berasa bersalah seumur hidupnya membutakan mata jadi dia mengikut pembunuh tersebut dalam diam. Takim mengikut pembunuh jauh hingga pembunuh pulang ke sebuah hotel. Dia dapati pembunuh tersebut orang yang kaya. Setelah seminggu mengekori pembunuh, dia di dalam kereta menuggu pembunuh keluar dari kelab malam dan malangnya untuk pembunuh itu, Takim terlihat pembunuh mengheret mayat seorang lelaki ke lorong sunyi di luar kelab dan menembak mayat itu berkali kali lagi menggunakan pistol yang tidak mengeluarkan bunyi. Oleh kerana Takim ada dalam 20 meter jauh dari pembunuh, dia tidak dinampak. Takim sempat merakam bukti pembunuh tersebut menembak dan mengangkat mangsa ke keretanya. Suatu hari, setelah 2 bulan, usaha Takim mengekori dan merakam segala pembunuhan, tidak sia-sia. Takim terlihat darah pembunuh mengalir tanpa henti di luar hotel akibat tangannya terkena botol kaca oleh seorang lelaki mabuk. Walaupun di hotel pembunuh tidak pernah tidak menutup mukanya. Pembunuh tersebut seinci lagi ingin menumbuk lelaki tersebut tetapi tidak boleh kerana dia sedar dia di khalayak ramai. Pembersih dan pegawai hotel meminta maaf kerana kejadian itu terjadi di hadapan hotel mewah mereka. Lalu mereka segera membersihkan darah pembunuh lelaki tersebut ketika dia berlalu pergi ke bilik. Dan itulah masa Takim berlakon dia terpijak darah tersebut dan marah akan mereka yang mencuci darah tersebut. "Oh Shoot!! What the F is this?! Don't you know how to clean shits!? Here you all shitty head i teach you how. You see this tissue i have here? Wipe it like this. And dont worry! I'll throw this away myself!" Dia bercakap lalu berlalu pergi ke tandas berpura-pura mencuci darah tersebut. Dalam diam, Takim memerah darah dari tuala tersebut kemudian meletakkannya ke dalam plastik kedap udara. Setelah 1minggu lagi, Takim mendapati pembunuh menempah penerbangan ke Malaysia dia dalam perjalanan ke Lapangan terbang. Nasib baik Takim sempat menempah penerbangan yang sama ke Malaysia. Setelah tiba di Malaysia, Takim bergesa ke balai polis memberikan semua bukti. Namun begitu, polis-polis berkata bukti tidak cukup kukuh. 7 bulan kemudian pihak penyiasatan jenayah menghubungi Haira kerana salah seorang polis adalah rakan karib Haira. Dia tahu kebolehan Haira untuk mencari bukti dengan mudah.
Sewaktu Haira menerima report kes tersebut, dia sangat gembira kerana sudah lama dia tidak menyiasat. Dari ujian DNA yang telah dilakukan, pembunuh adalah seorang lelaki. Haira lalu membuat keputusan untuk meminta kerjasama banyak pihak. Dia meminta DNA tersebut dipadankan kepada 100 orang penumpang lelaki di kapal terbang tersebut. Takim mengatakan pembunuh tersebut kelaur bersamanya ketika mendarat di Pahang. Dengan pengaruh besar Haira, dia berjaya memujuk pihak pihak forensik dan jabatan ICT untuk memadankan cap jari dari sistem kad pengenalan untuk semua lelaki di atas 18 tahun dengan DNA pembunuh tersebut. Mahu tidak mahu, Haira perlu menunggu sekurang-kurangnya 3 bulan.
YOU ARE READING
The Lawyer Of His Throne// Jodoh Dan Takdir Perkara Berbeza
Macera" Ya Allah, janganlah engkau benarkan hatiku terikat kepada apa yang bukan milikku."-- Haira Buku ini berkisarkan seorang peguam dan anak raja. Hati-hati, jangan terjatuh cinta dengan apa yang bukan milikmu "Beza jodoh dan takdir, takdir, menemukan...