Genap 1 tahun Haira dan Ishaq menjadi tunang, Ishaq membawa Haira ke pantai. Seperti biasa, Haira akan memandu keliling jalan pantai sambil mereka berdua berlagu dan bercerita.
Ketika tiba di pantai, Ishaq melutut sebelah kaki dan mengeluarkan cincin "Haira Fatiha binti Aziz Abdullah, sudikah awak menjadi peneman hidup saya sehingga akhir hayat kita berdua?"
Haira terkejut dan gembira kemudian terus mengangguk kepalanya dengan laju dan menyarung cincin itu sendiri ke jarinya sambil melompat-lompat.
Haira: Awak. Kalau nak kahwin kena menang!
(Haira memecut berlari ke hujung pantai)Tengku Ishaq berlari dengan rasa gembira, lega dan bersyukur dengan respon Haira. Tengku Ishaq dan Haira terbaring kepenatan. Mereka berdua bertatapan mata sambil ketawa. Mereka teringat akam masa kali pertama mereka ke pantai bersama dan hal yang sama terjadi.
Haira: Wa'nnur Waliudin Ishaq dah nak kahwin!
Tengku Ishaq: Haira Aziz dah nak kahwin! Awak. Terima kasih awak.Haira: ye say..ann... Tuuu saya simpan untuk kahwin ehh...
Orang ramai di pantai ada yang melihat sahaja kerenah mereka ada yang mengambil video untuk mewar warkan momen cinta mereka.
Tiba-tiba telefon Haira berdering.
Haira: hello? Oh! Yang cap jari tu dah siap eh? Dah tahulah mi dia siapa? Ok. Ahmad, awak tolong siapkan bilik soal siasat dan tangkap pembunuh tu sekarang. Draft waran saya dah siapkan dalam fail komputer pejabat. Awak boleh guna tu.Ahmad: Haira, awak sekarang dengan siapa?
Haira: Saya sekarang.... Dengan... Bakal, suami saya hahahah saya dengan Ishaq. Kenapa?
Ahmad: Haira tolong balik sekarang ini sangat mustahak. Now Haira.
___________________________________
Situasi Di pejabat:Ahmad: kita keluarkan waran saja. Tak perlu cari keberadaan pembunuh tu. Dia akan datang sendiri.
___________________________________Haira terkejut lalu cepat cepat menyuruh Ishaq menghantarnya ke balai polis tempat soal siasat. Dalam perjalanan, Haira menceritakan kes pembunuh tersebut kepada Ishaq.
Ishaq meremang bulu romanya, kerana mendapati corak pembunuh itu adalah sepertinya.
Dialah pembunuh tersebut. Pembunuh 24 orang di England.
YOU ARE READING
The Lawyer Of His Throne// Jodoh Dan Takdir Perkara Berbeza
Adventure" Ya Allah, janganlah engkau benarkan hatiku terikat kepada apa yang bukan milikku."-- Haira Buku ini berkisarkan seorang peguam dan anak raja. Hati-hati, jangan terjatuh cinta dengan apa yang bukan milikmu "Beza jodoh dan takdir, takdir, menemukan...