Dia

183 11 0
                                    

Semua ahli politik terpenting seperti Agong negara, Perdana Menteri, Sultan-sultan dan menteri berkenaan yang lain sedang mempertimbangkan keputusan rasmi untuk melantik Haira sebagai peguam negara. Peguam Negara baru-baru ini telah dipecat kerana telah turut berselingkuh bersama Nizamshah. Sepatutnya pelantikan peguam negara hanya melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan perdana menteri sahaja tetapi, kes yang akan dipikul oleh bakal perdana menteri ini melibatkan sultan di johor, pahang dan terengganu. Tetapi, mereka susah untuk membuat keputusan akhir kerana Haira hanya berumur 24 tahun dan tidak mempunyai pengalaman dalam menjadi hakim, meskipun dia telah mengendali banyak kes besar, perasaan ragu memang tidak boleh dipisahkan daripada mereka.

Sebenarnya, 1 hari setelah kes Nizamshah selesai, Haira telah menghantar surat rasmi dan resume untuk melantik diri sebagai peguam negara. Haira yakin bahawa hanya dia yang memahami dan mempunyai jalan penyelesaian untuk masalah yang dilakukan oleh Nizamshah yang sedang disiasat oleh ahli dewan negara. Seperti dalam perbicaraan terakhir Nizamshah, Haira telah menunjukkan bukti perjanjian Nizamshah melepaskan sebahagian kaveat sebahagian tanah negeri terengganu, pahang dan johor kepada negara indonesia dan British.

Haira telah menyiasat tentang kes ini dari hari sebelum Nizamshah disiasat lagi. Setakat ini, Haira mendapati sebenarnya Indonesia dan British memang mempunyai hak ke atas tanah-tanah tersebut tetapi dengan perjanjian yang telah lama dibubarkan pengesahannnya, dengan itu, Nizamshah mengambil kesempatan dengan membuat kertas perjanjian baharu yang mempunyai cap pengesahan daripada negeri-negeri tersebut yang sah. SAH. Nizamshah memang licik. Dia dia menguruskan hal tanah tersebut secara bersembunyi tetapi masih berjaya mendapatkan kepercayaan negara Indonesia dan British itu. Mengikut undang-undang kedua-dua negara tersebut tidak bersalah dan hanyalah mangsa penipuan. Tetapi Haira tahu bahawa Indonesia dan British tidak akan senang wenang memulangkan semula tanah tersebut. Mereka mungkin akan meminta wang pampasan yang sangat besar, yangungkin Malaysia tidak dapat mampu membayarnya dengan sempurna. Jalan yang diingatkan terpaksa diambil oleh ahli dewan negara ialah dengan membuat sedikit tipu helah dan manipulasi. Tetapi Haira mempunyai cara yang lebih jujur.

Di dalam surat rasmi yang dihantar Haira kepada Yang di-Pertuan Agong terkandung kesemua maklumat tersebut. Itu yang membuatkan beliau terkejut melihat isi kandungannya kerana beliau fikir perkara ini adalah sulit.

Keputusan ahli dewan negara adalah untuk mengadakan mesyuarat bersama Haira. Mereka ingin memdengarkan pendapat Haira dan kelayakan Haira untuk menjadi peguam negara.

Hari mesyuarat telah tiba. Haira memasuki sebuah bilik mesyuarat yang besar dan amat diam. Matanya terlihat Tengku Ishaq di samping ayahnya. Bisiknya, ini "jodoh atau takdir ya Allah..." Hujah Haira bermula dengan dirinya tunduk dengan penuh kehormatan kepada ahli yang hadir.

Haira: Selamat pagi. Terima kasih kerana menjumput saya untuk mengemukakan pendapat saya atas kes ini. Saya berhasrat untuk mengambil jawatan peguam negara ini adalah kerana saya dapati bahawa hanya peguam negara yang dibenarkan mengendali kes berkaitan hal kaveat tanah yang diporak perandakan oleh Encik Nizamshah. Saya telah menyisat kes ini dari sebelum semua yang behormat di sini mengetahui tentang kewujudan kes ini. Saya sedar saya tidak mempunyai banyak pengalaman tetapi sedikit kepercayaan yang tuan puan berikan akan memberi impak yang mendalam ke atas kes ini. Saya percaya, tiada siapa yang mengetahui tentang kes ini melebihi saya. Tuan Puan boleh memecat saya daripada jawatan ini sekiranya kes ini telah selesai, saya tiada masalah.

Seorang lelaki bertanya kepada Haira: apakah yang membuatkan awak terlebih yakin?

Haira: Dalam siasatan saya, saya dapati Indonesia sekarang sebenarnya dalam keadaan darurat untuk mendapatkan kuasa. Saya juga dapati British dan kebanyakan negara telah mula menggunakan semula sistem penguasaan dunia seperti abad ke-16 dimana semakin besar sesebuah kerajaan dan tanah yang dimiliki, semakin besarlah kuasa sesebuah negara tersebut. Saya pasti mejoriti hadirin di sini telah tahu akan hal ini. Jika kes ini tidak ditutup pada masa yang terdekat, berkemingkinan besar Malaysia akan dilanda perang atas ketidak setujuan menyerahkan tanah yang mereka anggap telah menjadi milik sah mereka. Tuan-tuan dan puan-puan, sebelum saya meneruskan ke solusi untuk kes ini saya ingin bertanyakan satu hal. Adakah tuan puan akan menutup kes secara bekerjasama dengan kedua-dua buah negara tersebut atau ingin mencari solusi lain? Saya akan menerima jawatan ini sekiranya jawapan yang tuan puan beri adalah betul dan jujur. Tuan puan, secara hormat saya katakan, keberadaan saya pada jawatan ini adalah di tangan anda.

Semua ahli yang hadir mendengar ucapan Haira tentang sistem penguasaan membuatkan mereka semakin terkejut kerana, hanya sebahagian ahli politik dalam dunia sahaja yang tahu tentang hal tersebut. Kebolehan Haira menyiasat sehingga ke lubang cacing itu membuatkan mereka ingin mengambil Haira untuk jawatan tersebut. Namun, soalan terakhir yang diberikan Haira amatlah mengelirukan dan mengagumkan. Ini kerana, maksud Haira dalam perkataan "bekerjasama dengan kedua-dua buah negara" sebenarnya adalah menipu iaitu menggunakan tipu helah untuk memenangi kes. Jika ahli dewan memilih keputusan itu, Haira tidak akan ingin lagi mengambil jawatan itu kerana dia hanya bekerja untuk yang halal.

Bilik kedengaran senyap untuk menjawab. Haira memahami situasi tersebut.

Haira: Baiklah. Saya akan memberi anda masa untuk menjawab selama 10 minit. Minta diri, saya keluar. (Haira menunduk hormat)

Sewaktu Haira menunggu di luar bilik mesyuarat heboh menyuarakan pendapat masing-masing. Ada yang berkata;

"Apa maksud dia? Bekerjasama? Dia tahu tentang perumpamaan itu?"

"Saya setuju kalau dia dijadikan pengendali kes ini. Potensi untuk kita menang dah nampak."

"Saya ingin mendengar lebih lanjut daripada dia"

"Saya ingin tahu solusi yang di dalam fikiran Cik Haira."

Akhirnya Agong bersuara," Memandangkan mejoriti telah menyuarakan pendapat masing masing, sila angkat tangan bagi yang menjawab untuk mencari solusi lain seperti yang ditanya Cik Haira. Kemudian, saya akan menimbang keputusan tersebut."

Mejoriti ahli mesyuarat mengangkat tangan. Hanya takut akan solusi tersebut tidak berjaya sahaja yang tidak mengangkat. Agong berkata " baiklah. Saya setuju dengan mejoriti ini. Sila hormati keputusan saya"

Setelah 10 minit, Haira kembali ke bilik mesyuarat dan telah mengetahui bahawa keputusan yang keluar adaalah jawapan betul yang diingininya. "Terima kasih Tuan Puan. Dengan ini... Saya rasa saya adalah Peguam Negara yang baharu betul?" Orang di bilik mesyuarat tergelak kerana nada Haira ketika bertanya seperti gurauan sombong.

Haira: Baiklah. Mesti tuan puan gelisah tentang solusi yang akan saya beri ini kan? Solusi untuk menyelesaikan hak tanah kita daripada Indonesia adalah dengan W.A.R.I.S.A.N. warisan bangsa. Menurut statistik, ahli politik dan ilmuan indonesia sangat mementingkan warisan bangsa. Menurut dapatan kajian saya, jumlah pecahan tanah yang diambil oleh Indonesia adalah tempat bersejarah yang todak diketahui ramai. Saya telah merujuk kawan saya yang merupakan ahli sejarah di Indonesia, menurutnya, tanah di terengganu adalah belas tumpahnya darah salah satu pejuang berjasa mereka untuk kemerdekaan. Serta, tanah di Pahang terdahulunya pernah membantu Indonesia dalam memajukan ekonomi dengan bahan galian emas. Manakala, tanah di johor adalah tempat perasmian langsung agama Islam diterima oleh warga Indonesia terdahulu. Memandangkan ahli sejarawan di Indonesia adalah sebanyak 2.5 juta orang, sekurang-kurangnya 980k ahli sejarawan dan dua kali ganda lagi rakyat biasa Indonesia akan menyokong mejoriti untuk mengekalkan tanah tersebut seperti sediakala atas sebab menghormati perjanjian lama. Ini akan mendapatkan kita semula tanah tersebut dengan lebih mudah, selamat dan adil bukan? But of course as always if this plan is not working, I will tell you guys the plan B. Sekian dan terima kasih untuk mendengar.

Ahli mesyuarat amat mengagumi dan terpesona akan kemahiran minda Haira mencari jalan penyelesaian yang tidak dijangka oleh sesiapa pun. Setelah 2 jam mesyuarat berlangsung, mesyuarat tamat.








The Lawyer Of His Throne// Jodoh Dan Takdir Perkara Berbeza Where stories live. Discover now