Part 4
Aku menyewa hostel murah. Tempat ini saja aku mampu menyewa asalkan murah. Duit simpanan aku harus dijimatkan agar kemudian hari aku tidak jadi papa kedana. Skrin telefon pintar aku tatapi, menyala-nyala skrin itu. Sang pemanggil masih juga tidak letih mengganggu aku selewat malam begini. Aku tidak hiraukan sedikitpun.
Lantaklah semua ini! Aku pun sakit hati, apa pula niat Nek Siti menelefon aku? Mesti Adawiyah mengadu domba, bercerita bukan-bukan pada Nek Siti. Kerana itu, Nek Siti beria menelefon. Tak tahan dengan deringan telefon, aku matikan saja telefon itu. Menyemak saja! Terpekik-pekik meminta agar dijawab panggilan. Huh, pedulikan! Aku memegang sisi pipiku, masih terasa perit. Berani betul Adawiyah menaik tangan. Mulalah aku rasa hendak mengamuk. Seikhlas hati aku menerima dia, walaupun dia serba kekurangan. Tapi dibalasnya seperti ini hanya kesalahan yang tidak aku sengajakan?
Dasar tak sedar dek untung!
Kalau bukan aku yang kutip dia. Ada lelaki lain nak? Tak ada! Yang ada lelaki yang akan melempar caci dan kejian terhadap dia. Kenapa dia masih tidak bersyukur lagi? Tak cukup apa aku beri pada dia selama ini? Apa lagi dia tak puas hati? Ah, tak guna fikir dan menyemakkan kepala otak. Lebih baik aku tak hiraukan dia selama berhari ataupun berminggu-minggu. Biar dia tahu apa kesalahan dia padaku. Biar celik mata dan ruang fikirannya, biar tak cetek sangat!
Badan aku hempas ke katil. Lenguh-lenguh di bahuku sangat menyeksa. Dah cukup lelah aku, ditambah masalah Adawiyah. Jangan sampai aku jadi jelak ya, Adawiyah! Getusku berang. Pipi diusap lagi, kini gigi berlaga-laga. Mujur aku sejenis manusia bukan panas baran. Kalau tidak, dah lama muka Adawiyah turut makan penamparku.
Telefon pintar yang terdampar di sebelah terus aku capai. Bosan pula, nak lelap mata masih otak tak berhenti kerah tenaga. Berfikir-fikir bermacam ragam. Lebih elok aku main game atau apa-apa sahajalah boleh buat aku lupa sekejap masalah aku. Bila skrin menyala semula, ada pesanan teks bertalu-talu menandakan banyak peti simpanan suara dari nombor telefon Nek Siti. Aku keluh menyampah. Padam sahaja apa saja pesanan itu. Dan, jemariku terhenti bila terbaca pesanan dari ketua atasanku, Mr Taufik
-Meeting esok cancel. Call Miss Suzanne esok. Kerja kau berbincang tentang projek seterusnya dengan klien ni. Diingatkan Miss Suzanne sangat cerewet. Pastikan dia berpuas hati dengan layanan kau dan sign kontrak. Kalau tak, kau dan aku bakal dipecat. Miss Suzanne, klien paling penting untuk syarikat kita. Take noted!-
Aku tidak membalas sebarang teks. Terpegun pandang nama Miss Suzanne. Macam pernah dengar nama tu? Suzanne, anak Dato' Zahrain ke? Ah, tak mungkinlah. Itu kebetulan je nama sama. Yang pasti, esok aku akan melaksanakan kerja aku dengan lebih bersungguh, dan memastikan kerja aku menjadi bualan mulut staf di sana. Pasti setahun lagi aku bakal menjadi director pula, mencantas tempat Mr Taufik yang berlagak itu. Perangai kalah Mr Chen, ada saja tidak kena hasil kerja aku di mata dia, padahal Mr Chen sering memuji aku. Sudah diagak, si Taufik itu berhati busuk. Mendengki pada bakat sedia ada aku. Iri hati lagilah! Tengoklah esok, aku buktikan aku lebih hebat daripada dia!
Namun, ingatan silam mengulit aku. Perlahan-lahan Suzanne yang aku kenal menghinggap kotak ingatanku. Kami berdua sangat akrab, dan saling menyintai, bermadu kasih sehingga pernah mengangankan mahligai pelamin indah. Kerana kehidupanku yang sangat jauh berbeza dengan kehidupan kayangannya, percintaan kami terhenti separuh jalan. Cinta itu tak dapat bersambung semula dek kerana Dato' Zahrain menentang keras hubungan kami dahulu, sehinggalah Suzanne dipaksa berhenti belajar di Universiti tersebut. Aku ditinggalkan terkapai-kapai, hampir tidak ada semangat hidup.
"Anne... I sayang you, sangat-sangat. Kenapa you tak pertahankan cinta kita? You tipu I selama ni? You tak pernah sayangkan I, kan?" Aku menabur pandangan, meneliti riak wajah sang kekasihku, yang sangat jelita. Wajahnya bujur sireh, matanya bundar bulat, hidungnya kecil dan mancung, bibirnya nipis dan merah bak delima. Sangat mempersona. Suzanne merupakan antara gadis tercantik di kampus kami. Ramai lelaki cuba mencuri hati si jelita, tapi kesemuanya aku kalahkan. Aku juga merupakan antara salah seorang lelaki kacak, orang ramai kata muka aku persis pelakon korea. Dan, aku akui aku memang kacak dan paling hots di kampus ini. Tapi, aku tidak kaya. Kekurangan itu juga menjadi aku hilang keyakinan pada awal usaha aku memikat bunga menawan ini, namun siapa tahu si bunga ros yang sangat rupawan ini juga menyukai aku dalam diam.
Dan, sekarang. Kebahagiaan kami hancur lebur kerana orang tua Suzanne. Hanya kerana aku miskin, dipandang hina aku seolah-olah aku ini sangat menjijikkan dan tidak setaraf anaknya yang kaya raya. Terkadang aku menyesal menyukai gadis berduri ini, sukar digapai kerana dia jauh dari gapaian aku. Dia terlalu jauh. Bagai langit dan bumi.
"I love you, Adha... I janji I tak kan ikut telunjuk papa I, demi you. I takkan berdiam diri dah. You perlu sabar. Jangan desak I, please." Pipiku diusap lembut. Aku memegang tangannya, lalu mengucupnya penuh kasih. Kami jarang bersentuhan begini, namun kerana dibutakan dengan cinta sudah lupa halal haram. Mujur kami tidak pernah terlanjur. Aku masih menghormati harga diri seorang wanita, walaupun Suzanne kelihatan rela saja andai aku menyentuhnya. Kata dia dahulu, dia sejenis wanita berfikiran terbuka, akan lakukan demi apa pun demi cinta. Aku yang terdidik dengan didikan terbaik dari Nek Siti, masih memikir dosa yang terpunduk berat di atas pundak. Aku akan pelihara hubungan kami tanpa menodanya dengan maksiat.
Aku sanggup menunggu sehingga ikatan kami halal. Itu tekadku.
"I pun bersabar untuk you, honey. I janji akan tunggu sampai papa you terima I. I janji akan berjaya juga capai cita-cita dan jadi kebanggaan you. Trust me, honey." Senyuman manis aku hadiahkan, dalam keperitan aku tetap berfikiran positif. Aku tidak mahu dihina kerana miskin, aku juga boleh berjaya dan memiliki harta yang banyak seperti Dato' Zahrain. Tidak selamanya aku kekal miskin. Kehidupanku yang kelam selama ini akan cerah semula dengan adanya Suzanne di sisi, menemani aku dan menjadi tulang belakang untuk aku. Aku tidak akan melepaskan dia. Suzanne milikku sampai bila-bila.
...
Writer's comment : Setia ke Adha ni?

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐊𝐇𝐔𝐒𝐘𝐀𝐈𝐑𝐈 | 𝐂
RomanceCOMPLETE ✓ Nur Adawiyah & Adha Khusyairi Sedutan kisah ~ "Sayang. Abang... minta maaf ya. Abang silent handphone. Tak dengar sayang call." Tangan kekarku berlabuh atas bahunya, mengusap lembut hendak memujuk duka isteriku. Namun, pantas saja ditepi...