Part 6

1.1K 62 5
                                    

Part 6

"A... abang? Ni siapa?" Berkaca-kaca mata Adawiyah menyoal aku. Keadaan dia sangat tidak terurus. Matanya sangat sembab, rambutnya kusut masai dan hidungnya merah-merah. Selekeh. Pakaiannya juga caca marba. Aku mengeluh kesal. Malu depan Suzanne. Pasti bekas kekasihku mengejek aku dalam diam kerana memiliki isteri tak semenggah seperti ini. Jatuh maruah aku. Kerana rasa marah, aku merangkul pinggang Suzanne dengan mata tajam menikam wajah Adawiyah. Aku hendak melihat hatinya sakit seperti yang aku  rasakan sekarang. Meskipun ini hanyalah lakonan, aku akan pastikan dia berfikir ini adalah benar.

Suzanne kelihatan sedikit terkejut namun dia relakan sahaja tingkah aku. Senyumannya terlebih lebar, seolah-olah suka dengan cara aku. Ah, maafkan aku Suzanne kerana terpaksa mempergunakan kau.

"Kenalkan ni Suzanne, kekasih abang. Suzanne, depan you ni isteri I." Puas. Aku melahap pandangan di depan mata. Sebutir air mata menitik di pipinya. Meskipun aku puas, namun kerana air mata itu aku jadi serba salah. Terasa ingin memujuk dan memperbetulkan keadaan. Tangan juga cuba melerai semula. Apa aku cuba buat ni? Betulkah tindakan aku?

"You ni nakallah, Adha. Sorry tau Adawiyah. I ni bekas kekasih suami you je. Baru jumpa tadi. But, I berharap you sudi benarkan I get back dengan dia. Sebab I masih cintakan dia."

Aku terkesima bila Suzanne semakin menambah kekacauan masalah. Adawiyah menangis lagi, tanpa suara. Dia mengetap bibir, menahan perasaan. Keadaan dia meragut ketenanganku. Aku melepaskan pautan pinggang Suzanne. Mataku terpejam seketika, melawan pertelingkahan dalam fikiran. Mana satu perlu aku buat? Memujuk atau membiarkan saja? Perlukah aku menyakiti dia?

"S... saya takde hak. S... saya harap abang boleh buat keputusan yang tepat. Pilih saya atau Suzanne." Getaran suaranya merobek jantungku. Aku dapat merasakan hatinya hancur lebih dalam daripada apa yang aku rasakan. Aku membuka mata. Wajah Adawiyah yang lencun itu aku alihkan mata ke arah Suzanne.

"You pergi balik dulu. I panggilkan teksi. I ada hal nak selesaikan."

Suzanne diam dan bersetuju. Aku lega Suzanne tidak banyak kerenah, mungkin dia juga tidak selesa berada dalam situasi yang semakin tegang ini. Kini, hanya aku dan Adawiyah sedang berhadapan antara satu sama lain. Aku jadi kelu. Wajah Adawiyah juga tidak kupandang.

"Abang pilih saya atau dia?"

Ngilu hatiku. Soalan itu tidak patut diusulkan kerana hanya dia dihatiku. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Aku sangat khilaf kerana membawa Suzanne berjumpa Adawiyah. Lakonan aku juga tidak berasas kerana mencetuskan salah faham yang tidak pernah wujud.

"S... saya faham... takpe, abang. Saya tahu saya tak layak untuk abang. Saya tak sempurna. Saya tak nak tanya lagi. S... saya balik rumah mak ayah ya hari ni. Saya balik sana... Saya..." Teresak-esak suara Adawiyah menangis. Aku turut sesak nafas. Mataku terkeluar sedikit cecair hangat. Bukan ini yang aku mahu. Melepaskan Adawiyah adalah perkara gila yang tidak mungkin aku lakukan. Aku tak sekejam itu. Tapi mengapa aku tetap berdiam? Aku perlu kumpul kekuatan untuk menjernihkan kekeruhan hubungan kami. Dalam nafas yang sesak aku menutur bicara.

"Masuk dalam, Adawiyah. Bincang kat dalam." Aku menarik lengan Adawiyah. Namun dia berkeras tidak mahu mengikut. Bahkan dia menepis tanganku.

"Saya tak nak bincang. Biar saya kat sini. A... abang... maaf, awak masuklah dalam lepas awak c... ceraikan saya." Terbuntang mataku seluasnya. Gila! Perkataan cerai tidak pernah ada dalam kamus hidupku. Ya Allah... kenapa jadi seteruk ini?

Bahu Adawiyah aku paut sekemasnya. Mata aku mencari matanya. Kini, kami saling beradu. Sinar kesengsaraan dimatanya menikam jantungku dengan kejam.

"Abang minta maaf, sayang. Abang bersalah." Aku mengalah. Tidak sanggup melihat mutiara itu terus mengalir lesu. Bukan diriku jika menyakiti Adawiyah. Tubuh kecil itu aku dakap erat. Kini, Adawiyah tidak melawan. Terasa gegaran tubuhnya menandakan dia sedang menangis teruk. Aku mengusap belakang tubuhnya, cuba meredakan. Ya Allah, berdosanya aku.

"Suzanne bukan kekasih abang. Dia cuma klien abang. Abang hilang akal tadi, abang hanya berlakon. Abang..." Dadaku kian basah dengan air mata milik isteriku. Pedihnya terasa menyengat sehingga ke ulu hati. Inilah akibatnya jika cetek akal. Ah, setan apalah yang telah merasuk aku. Suami apa aku ni?

...

Writer's comment : Aaa sedihny 😭

𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐊𝐇𝐔𝐒𝐘𝐀𝐈𝐑𝐈 | 𝐂Where stories live. Discover now