Part 8

1.3K 64 11
                                    

Part 8

"Adha? Kau kenapa muka monyok ni? Macam muka baru mati bini je." Teguran rakan sepejabatku menyentak jantungku yang sedang mengelamun jauh. Perkataan 'baru mati bini' tu buat emosiku berlibang libung. Gurauan Aidil itu agak kasar. Kalau diulang kembali pasti aku kasi penampar siap-siap ke muka dia. Celupar sangat!

"Kau cakap baik-baik sikit. Bini aku hidup lagi. Sihat wal afiat." Aku mendengus geram. Kotak tisu yang sudah kosong di depan mejaku tangkas aku capai lalu dicampak ke muka Aidil. Berkerut mukanya kerana tepat terkena pada dahinya. Bibirku terjungkit ke kiri, tersenyum sinis melihat bibir Aidil monyok terus.

"Kau main kasar. Nasib baik tak kena mata aku. Kalau kena memang aku lesing muka kau tau!" Kotak tisu kosong itu dipijak-pijak geram. Ganas betul kawan aku ni. Memang tak boleh sikit diusik. Siapa suruh kacau aku. Itu okey lagi kotak tisu, kalau batu memang sedap sehingga timbul lebam biru kat muka dia.

"Kau cakap pasal bini aku mati apahal? Cakap tu berlapis lah. Gurau lain boleh, jangan nak mention bini aku," rungutku sebal. Handphone di dalam kocek aku kaut, berkelip-kelip cahaya di skrin. Ada satu nama tertera di skrin. Aku mengeluh kecil. Hari-hari nama Suzanne saja mengganggu. Tak tahu kenapalah Suzanne seperti obses dengan aku lagi padahal aku dah terus terang bahawa aku tidak lagi mencintai dia. Namun, dia berusaha benar ingin mendapatkan perhatian aku. Setiap hari call dan mesej aku tidak kira masa. Terkadang malam-malam buta juga dia mengacau aku. Rimas betul!

"Aku kan cakap je muka kau tu macam mati bini. Bukan apa pun. Kau ni aku tengok dah sebulan perangai lain macam. Muka sendu sangat. Kau ada masalah dengan bini kau, eh?" Soalan Aidil melenyapkan ketenangan aku. Wajah Adawiyah terbias di depan mata, seakan wujud memerhati aku tanpa senyuman. Aku pejam mata, dada ini memedih dengan kerinduan. Kerinduan yang sangat menyakitkan. Adawiyah seperti menghilang dari hidupku. Selama sebulan perpisahan kami, dia langsung tidak menghubungi aku. Mesej pun tidak. Aku je beria menelefon. Tapi tidak langsung diangkat. Pak Mertuaku juga jarang menjawab panggilan aku. Kalau jawab pun dingin saja, tak semesra dahulu.

Pernah juga terlintas hendak datang ke sana tapi aku rasa aku tidak layak. Untuk apa ke sana jika Adawiyah tidak mahu menemui aku?

"Adha. Aku nak kau selesaikan masalah kau dengan bini kau secepatnya. Jangan bertangguh, kau kena ingat bini kau mengandung. Emosi ibu mengandung ni lain, Adha. Jangan sampai Adawiyah meroyan, kau juga yang menyesal nanti. "

Aku meraup wajah. Benar kata-kata Aidil. Takut juga meresapiku kini. Jika apa-apa berlaku pada isteri aku, seumur hidup aku tidak akan memaafkan diriku sendiri. Aku perlu berani untuk mendapatkan semula cinta kami yang hancur ini. Aku perlu selesaikan masalah kami berdua sebelum anak kami lahir ke dunia.

"Aidil... Kalau dia tak boleh terima aku semula macam mana? Aku dah buat sebuah kesilapan yang besar." Terpaksa juga aku meluahkan perasaanku  yang terbuku lama. Ya, aku seorang perahsia sebenarnya. Tapi di saat ini aku perlukan seseorang untuk berkongsi  masalah aku. Terus terang, menanti Adawiyah kembali kepadaku adalah sangat sukar. Rindu setiap detik mendera aku. Separuh jiwaku juga seakan dibawa pergi oleh Adawiyah. Siang malam aku menangis mahukan dia kembali pulang ke pangkuanku semula. Ternyata aku tidak bisa hidup tanpa dia di sisiku.

Bahuku disentuh lembut. Keluhan terlepas di bibir Aidil. Dia berjeda seketika. Sedang berfikir mungkin.

"Kau kena yakin, Adha. Dia pasti terima kau semula. Walaupun aku tak tahu apa masalah kau, aku yakin benda ni boleh selesai. Kau jangan lemah sebelum mencuba. Kau kena ingat tak mudah untuk temui orang yang sayangkan kau macam Adawiyah sayangkan kau. Aku pun jealous tengok kau dengan Adawiyah tau tak. Tolong jangan lepaskan perempuan macam dia, Adha. Dia isteri baik dan solehah. Kau sendiri tahu kan."

Terasa air mata hendak mengalir. Aku seka awal-awal, malu jika dilihat oleh kawan aku. Dalam fikiran sudah merancang hendak ke rumah mertuaku selepas pulang kerja hari ni.









Teddy bear dan sejambak bunga ros berada di dalam genggamanku. Dadaku berdebar tatkala melangkah menuju ke rumah mertuaku. Gugup pun ada kerana gusar jika tidak diterima baik kedatanganku hari ni.

Salam diberi dari luar. Dalam beberapa minit tersembul wajah ayah mertuaku. Dia kelihatan terkejut tika ini, dan riaknya bertukar kurang senang. Tidak ada kemesraan seperti selalu. Hanya senyap membisu dan langsung tidak dipandang aku.

"Ayah apa khabar?" Aku menyua tangan untuk bersalam. Namun tidak bersambut. Kecil hatiku kerana itu namun aku cuba tersenyum. Tidak apa, salah aku. Layaklah dilayan begini.

"Kau nak apa lagi datang sini, Adha?" serius dan mendatar saja soalannya, tidak ada kelembutan seperti selalu.

"Saya datang nak jumpa Adawiyah. Nak pujuk dia balik rumah kami semula. Ayah bagi..."

"Aku tak izinkan. Kau balik jelah!" Dia berpaling tubuh, dan bergerak hendak masuk semula ke dalam rumah. Aku menghalangnya dari pergi. Aku nak sangat jumpa isteriku. Aku tahu ini hukuman aku. Tapi, aku nak sangat jumpa Adawiyah. Aku rindukan dia setengah mati. Aku nak tatap wajah ayu dan comel isteriku. Tingkah lakunya yang manja. Dan, suara indahnya yang lembut itu. Ya Allah, aku rindukan semunya tentang dia.

"Ayah... Maafkan Adha, Adha bersalah... Maafkan Adha, beri Adha peluang nak jumpa isteri Adha." Aku merayu sambil kaki melutut. Teddy bear dan bunga itu aku letak tepi. Kedua kaki ayah aku paut erat. Memohon simpati.

"Adha... Aku kesal dengan perbuatan kau pada anak aku. Adawiyah selama ni aku jaga bagai menatang minyak yang penuh, tak pernah aku jentik dia. Tapi kau dah hancurkan hati dia, Adha. Kau hapuskan senyuman dia. Kau buat dia lupa jaga diri dia. Kau buat anak aku..." Bergetar suara ayah.

Aku terkedu. Perlahan mataku memanas dengan cecair hangat. Sungguh, aku bersalah dan aku menyesal. Aku suami dan menantu yang tak berguna. Namun, apa daya aku? Semuanya sudah terjadi kerana kebodohan dan keegoanku.

"Adha mohon maaf. Adha minta maaf sebab lukakan hati anak ayah. Adha mohon maaf sangat-sangat. Adha alpa dengan kerja Adha, dan Adha bodoh sebab menipu tentang ada perempuan lain selain Adawiyah. Adha hilang akal masa tu ayah. Adha tak tahu kenapa Adha sebodoh ni. Tolong ayah... Beri Adha peluang untuk perbetulkan semuanya. Adha janji Adha takkan lukakan hati Adawiyah lagi... Tolong beri Adha peluang, ayah." Bersungguh aku pinta kemaafan dan peluang. Berlumba-lumba air mata berjatuhan ke pipi. Aku menyeka kasar. Sakit tidak terperi namun aku terpaksa hadapinya.

"Pertama kali aku nampak anak aku tak nak makan makanan kesukaan dia. Pertama kali aku nampak anak aku menangis tak berhenti, siang malam. Aku pujuk tak pernah dia diam. Mak dia... Mak dia pujuk dia, langsung dia tak peduli. Apa aku nak buat lagi, Adha? Kau buat anak aku seteruk ni dan kau nak kemaafan? Kalau kau ditempat aku, kau mampu bagi kemaafan untuk orang yang lukakan anak kau? Kau mampu, Adha?!" Jerkahan ayah disulami dengan kesakitan yang tak terperi. Aku teresak-esak menunduk. Lemah segala tenaga. Penyesalan yang dah terlambat. Mungkin aku tak layak untuk perbetulkan semuanya.

...

Writer's comment : Sad or happy ending?

𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐊𝐇𝐔𝐒𝐘𝐀𝐈𝐑𝐈 | 𝐂Where stories live. Discover now