Part 2

1K 60 3
                                    

"Nek... Adawiyah mana? Isteri saya mana?" Bergegas aku merempuh pintu. Panggilan telefon dari isteriku tadi tidak terjawab. Aku sibuk mengendalikan meeting. Panggilan yang cecah 50 kali itu tidak aku tersedar. Masa nak balik sahaja aku cek handphone, memang terkejut aku dibuatnya. Kegusaran juga menjengah. Bimbang jikalau ada sesuatu berlaku pada wanita kesayanganku.

Nek Siti berpeluk tubuh. Di tangannya ada sehelai baju kurung. Entah siapa punya? Mata Nek Siti langsung tidak berpaling pada aku. Masih juga fokus pada skrin televisyen. Aku yang sedang dilanda kebimbangan terus menerpa ke arah Nek Siti. Kerlinganku berhenti pada skrin televisyen, rupanya ada sinetron kesayangannya. Patutlah leka benar! Aku tanya pun tidak dijawab... Aduh, Nek Siti ni pun...

"Nek, mana Adawiyah?"

Nek Siti kalih pada aku bila aku berdiri di tengah-tengah, menghalang pandangannya. Padan muka, tak nak jawab. Kan dah kena kacau.

"Kamu ni kacau nenek je. Kamu dah buat masalah, pandailah pujuk. Dia menangis tak sudah bila kamu tak jawab call dia. Nenek pun pening nak pujuk macam mana. Dia tu bukan senang nak dipujuk."

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Nafas berat terlepas bebas. Memang salah aku. Terlalu sibuk dan mengabaikan dia.

"Hm, yalah salah saya. Saya masuk bilik dulu ya, nek. Selamat malam." Aku mengucup dahi Nek Siti sebelum beredar. Itu kebiasaan aku lakukan sebelum masuk tidur. Nek Siti umpama ibuku. Dia sahajalah tempat aku menumpang kasih. Walaupun aku dah kahwin, aku tetap membawa dia ke rumah aku. Tinggal bersama. Senang nak tengok keadaan dia.

Tok! Tok!

Sengaja aku mengetuk pintu walaupun tak dikunci pun dari dalam. Salam diberi lembut dari luar. Aku memanggil nama dia dengan suara lirih. Meminta perhatiannya.

Tapi. Kekal senyap.

Sudahnya aku masuk juga ke dalam. Pandanganku terlekat pada belakang tubuh Adawiyah. Dia sedang duduk bersandar pada kepala katil. Menunduk sambil memeluk lutut. Perlahan-lahan suasana sunyi meresapi ruangan bilik sederhana besar ini. Briefcase pada tangan aku letak atas meja kayu yang terlantar bersebelahan pintu bilik. Aku menarik nafas dan berjalan perlahan ingin mendekati isteriku. Skill memujuk perlu diasah semula. Sudah lama terbiar.

"Sayang. Abang... minta maaf ya. Abang silent handphone. Tak dengar sayang call." Tangan kekarku berlabuh atas bahunya, mengusap lembut hendak memujuk duka isteriku. Namun, pantas saja ditepis. Ah, sudah. Aku tersentak juga kerana jarang dia berperangai begini. Seingat aku, dia pernah merajuk tika aku terlupa hari jadinya. Itu pun dah lama sangat. Masa tu kami belum bercinta. Masih belum habis belajar.

"Buang je handphone tu kalau tak nak jawab!" Dia merenggus geram. Wajahnya diangkat dari tersembam terus di lutut. Jelas riak kesedihan menghias wajah isteriku. Serba salah sangat aku melihat itu. Aku juga terasa sakit melihat sebutir air mata mengalir di pipinya. Hendak saja aku seka tapi nanti dia tepis. Marahnya begitu tebal untukku. Kesalahan aku besar kali ini. Aku khilaf.

"A... bang dah tak sayang saya. Abang tak pernah tak jawab call saya. Abang benci saya ke sebab ada a... anak dalam ni?" Terburai lagi air hangat itu. Mengalir lesu, menggambarkan kekecewaannya. Aku menggeleng lemah. Bukan itu maksudku. Aku tak pernah tidak menyayangi dia. Sedetikpun rasa sayang ini tidak menghilang. Mengapa dia terfikirkan kerana anak aku berubah laku? Aku juga ditebus kecewa kerana sangkaan dia, namun aku faham akalnya tidak seperti aku. Dia insan istimewa yang kurang daya fikir, sedikit lembab berbanding manusia normal.

"Bukan, sayang. Abang busy. Bos abang baru naikkan pangkat abang. Er, naik pangkat tu abang dapat kerja lagi bagus. Gaji abang lepas ni lebih besar. Abang lagi kaya dari sebelum ni." Bersungguh aku menjelaskan biar Adawiyyah faham. Tetapi dia terus mengelak bangun. Seakan tidak mengerti bicaraku tentang apa. Ataupun memang dia terlanjur kecewa kerana tingkahku yang acuh tak acuh dengannya.

"Saya tak nak kawan abang. S... saya nak tidur luar..." Dikaut bantal dan selimut dalam pelukannya. Matanya yang berlinang air mata dibiar tidak dikesat. Aku bangun juga hendak menghalang. Kasihan. Belum pernah isteriku berada dalam keadaan sesedih ini. Mengapalah aku alpa?

"Jangan sayang. Sayang nak abang buat apa untuk tebus salah abang? Nak abang beli aiskrim? Sayang suka perisa rainbow, kan? Abang pergi beli ya." Sebelum ini, Adawiyah sering terpujuk dengan makanan kegemarannya. Kerana itu, aku terfikirkan pujukan ini. Berharap agar dia akan lembut hati.

Adawiyah memandang tepat ke arahku. Namun, dia segera mengelak apabila aku terus-terusan meraih simpatinya melalui sinaran mataku. Tak senang hati jika Adawiyah tidur luar. Apa pula kata nenek nanti? Mesti dibebelnya aku sampai bernanah telinga.

"Tak nak! Abang pergi! Pergi!" Dia merempuh tubuhku dengan kasar. Bahuku terasa sengal sedikit, tapi dia yang bertubuh kecil itu pasti lebih sakit. Aduh, kenapalah bini aku boleh sekuat ini sehingga menyakitkan diri. Apa aku nak buat ni?

Aku berundur ke belakang sehingga badanku melekat di belakang pintu. Tangan terdepa di kiri dan kanan, hendak menghadang dia daripada meloloskan diri keluar.

"Sayang? Tidurlah sini. Please..." Adawiyah menjelingku tajam. Dia cepuk mukaku dengan bantalnya, lenganku juga ditarik. Berkeras hendak keluar. Hembusan nafas terhela berat. Masih sukar dilenturkan amarah sang isteri. Aku akhirnya buka pintu dan menghantar pemergiannya dengan ekor mata. Biarlah hatinya sejuk nanti. Sebagai suami, aku perlu mengalah sekali sekala lagi pula aku yang bersalah. Muka diraup kesal. Aku berjanji tidak akan mengabaikan dia lagi.

...

Writer's comment : Kalau ada rasa mcm kurang tegur2 lah ye sbb dah lama sgt xmenulis. Hmm.

𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐊𝐇𝐔𝐒𝐘𝐀𝐈𝐑𝐈 | 𝐂Where stories live. Discover now