Part 7
"Nek Siti mana?" Setelah kami berdua bertenang semula, aku mengajak Adawiyah duduk di dalam. Dia ikut juga kata aku. Kami sedang duduk di sofa. Masing-masing senyap sehinggalah aku mulai sedar kelibat Nek Siti tidak muncul-muncul. Kemanakah menghilang?
"Pagi tadi Nek Siti pergi rumah kawan dia. Ada masalah kat sana."
"Sejak bila Nek Siti ada kawan? Masalah apa pula?" Aku menyoal sangsi. Setahu aku Nek Siti tidak ada kawan rapat. Kawan biasa-biasa tu adalah. Risaulah. Entah kemana orang tua tu pergi?
"Saya tak tahu. Nek Siti cakap macam tu je. Hm, awak... saya nak masuk bilik dulu." Adawiyah bangun. Kakinya sudah menapak ingin berlalu. Aku pula menghalang. Panggilan abang sudah berganti awak. Aku tak suka.
"Kenapa panggil abang dengan gelaran awak?"
"Saya tak nak awak makin benci kat saya. Awak kan dah ada kekasih lain." Seakan direntap jantung ini. Dia masih menganggap Suzanne adalah kekasih aku?
"Abang tipu tadi, sayang. Dia bukan kekasih abang." Aku menjelaskan lagi.
"Takpe, awak. Saya tahu awak suka dia dan cintakan dia. Saya tak apa. Saya terima awak dah tak sayang saya macam dulu. Saya tahu... saya boleh balik rumah mak ayah saya. Ayah pernah cakap kat saya, kalau awak dah tak nak saya. S... saya boleh balik sana. Ayah saya cakap..." Tangannya aku capai dan kucup bertalu-talu. Air mata turut berlinangan mendengar luahannya yang penuh kejujuran. Aku sangat berdosa. Tak layak jadi suami. Kenapa aku sangat ego? Hal kecil aku rasa besar. Perasaan aku saja aku fikirkan. Perasaan isteriku?
"Abang minta maaf. Jangan macam ni sayang. Abang hanya sayang dan cintakan sayang. Jangan balik rumah mak ayah ya, sayang?" Pujukanku ternyata tidak berhasil. Dia berlalu pergi meninggalkan aku. Langkahnya laju dan dia sempat mengunci pintu dari dalam. Aku mengetuk pintu bersilih ganti. Kerisauanku mencanak naik. Ini semua salah aku.
"Sayang, buka pintu ni." Keras suaraku memanggil dia. Aku berjalan mundar mandir di luar. Kusut! Inilah padahnya buat sesuatu tak guna otak. Jahanamlah kau ni, Adha! Hamunku pada diriku. Berbagai makian lain menujah diriku, menyalahkan segalanya pada pundakku.
"Sayang. Abang rempuh pintu ni kalau sayang tak buka!"
Senyap.
Aku berundur kebelakang dan menghempas tubuh pada pintu. Terbuka luas pintu itu. Segera mataku rakus mencari Adawiyah. Kelihatan dia sedang memasukkan pakaiannya di dalam bagasi sederhana besar. Tatkala ini bagaikan ada tamparan hebat menghinggap muka. Aku rasa segalanya sangat kelam. Kakiku deras mendekati Adawiyah. Tangannya yang rakus menyumbat segala pakaian itu aku capai dan genggam. Terhenti tingkah Adawiyah.
"Lepaskan saya." Perlahan suara itu. Tenggelam timbul dengan serak-serak.
"Adawiyah!" Aku seru namanya dengan suara yang meninggi bila dia cuba meronta minta dilepaskan. Sebelah tangannya yang bebas diseluk ke dalam poket seluarnya.
"A... awak... tangan saya sakit..." Aku meleraikan jua. Tak sampai hati melihat murahnya air mata membasahi sepasang mata sembab itu. Adawiyah berundur setapak kebelakang, seakan mencipta jarak. Tangan kirinya dibawa keluar, dalam telapak tangannya ada kad atm. Aku kerut dahi, tidak faham. Tujuan apa Adawiyah bawa keluar kad pemberian aku ni?
"Ni kad awak. Saya pulang balik. Saya tak bawak barang awak. Awak jangan risau. Dan, ni cincin kahwin." Aku mengancing gigi. Dada bagai ditumbuk-tumbuk kencang. Tangan Adawiyah yang terhulur itu tidak kuterima. Sampai begini Adawiyah nekad. Rambut kusebak kasar.
"Stop, Adawiyah! Abang dah cakap itu hanya lakonan. Kenapa tetap buat perangai macam ni?" Aku menjerkah tanpa sengaja. Terhenjut bahu Adawiyah. Tangannya terjatuh semula. Diletak saja kad dan cincin di atas katil. Tangannya kembali lincah mengemas pakaiannya. Aku bertambah berang kerana tidak dihiraukan.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐊𝐇𝐔𝐒𝐘𝐀𝐈𝐑𝐈 | 𝐂
RomanceCOMPLETE ✓ Nur Adawiyah & Adha Khusyairi Sedutan kisah ~ "Sayang. Abang... minta maaf ya. Abang silent handphone. Tak dengar sayang call." Tangan kekarku berlabuh atas bahunya, mengusap lembut hendak memujuk duka isteriku. Namun, pantas saja ditepi...