Part 9 : Ending

1.9K 102 3
                                    

Pov Adawiyah

Rambut yang kusut aku biarkan tidak disikat. Pakaianku yang hanya tshirt dan kain batik lusuh ini tidak terganti biarpun dia mendatangiku tika ini. Biarlah andai kata Adha jijik melihat keadaan aku selekeh begini. Aku tidak kesahkan lagi. Aku bahagia begini. Bahagia yang tak terperi. Bahagia kerana akhirnya aku bakal dilepaskan bebas seperti dahulu. Seakan burung gagak hitam yang hilang paruh, bulunya gugur berhelaian berhamburan ke bumi, yang dicampak oleh tuannya kerana tidak ada nilai harganya lagi. Begitulah riwayat hidupku saat ini.

Aku bahagia...

Kebahagiaan yang aku dambakan terhapus menjadi serpihan kaca. Halus dan tiada siapa tahu kesakitannya bagaimana. Namun, aku tidak akan pernah mengatakan kepada sesiapapun tentang ini. Biar aku simpan kemas di hujung hati. Kerana aku tidak layak untuk dikasihani oleh seorang insan bernama lelaki.

Aku tekan dada yang mengalir aliran pedih. Sabar, Adawiyah. Semua ini tidak sakit. Semua ini biasa untuk wanita seperti aku.

"Sayang... Abang minta maaf. Semua adalah kesalahan abang. Abang menyesal..."

Maaf? Menyesal? Apakah maksud keduanya itu? Aku tidak mengerti semuanya. Dia saja bermain kata agar aku memperbodohkan diriku lagi seperti dulu? Begitukah? Ini yang dia maksudkan?

"Balik Adha. Tak ada apa lagi antara kita." Aku menepis tangannya yang menggapai kakiku. Keadaan dia melutut untukku. Untuk apa lagi? Hati ini dah hancur untuk merasakan apa lagi.

"Sayang... Beri abang peluang kali ni je. Beri abang peluang." Tangisan garau dari suamiku itu bergema bagaikan ingin meraih simpatiku. Aku berjanji tidak akan goyah lagi.

"Peluang untuk apa? Cukuplah awak. Saya dah mengalah untuk kebahagiaan awak. Saya tak kan ganggu dan menyusahkan awak. Awak bebas dengan hidup baru awak bersama dia. Tak perlu jaga perempuan bodoh dan lembab seperti saya lagi. Tak perlu berpura-pura sayang dan ikhlas terhadap perempuan bodoh ni lagi. Ini yang awak nak dari dulu kan?"

Adha memeluk kedua kakiku. Sangat menyedihkan keadaannya. Mengharapkan apa lagi bila perbuat perkara begini? Akan berubahkah segalanya jika dia memujuk aku? Hatiku akan terubatkah? Ataupun rasa sakit ini akan sirna begitu sahaja?

"Abang yang bodoh. Abang bodoh buat sayang sakit begini. Abang bodoh! Abang lelaki tak guna!"

Aku pejam mata. Tidak terusik sedikitpun hati. Caci dan makilah diri bagaimanapun, aku tidak akan buang pendirianku. Tatkala Adha membawa susuk tubuh wanita itu, hatiku sudah dilanyak seteruknya, hatiku sudah bertekad untuk pergi selamanya. Sebelum Adha pulang ke rumah bersama perempuan itu, berhari-hari aku menyalahkan diri kerana terlalu mementingkan emosiku, namun ternyata tangisanku sia-sia. Kesalahannya bukan pada aku, tapi pada dia. Dia sudah tidak ada hati padaku lagi.

Untuk apa aku bertahan?

"Tugas awak untuk jaga dan sayang saya dah tamat tempoh. Kita bawa haluan masing-masing. Jangan pedulikan lagi perempuan bernama Nur Adawiyah. Buang semua tentang dia dari fikiran awak."

Aku meleraikan pelukan di kakiku. Segera kaki melangkah keluar meninggalkan dia. Pintu rumah aku tutup serapatnya. Kisah kami berakhir di sini buat selamanya. Kakiku melemah terduduk rebah ke atas lantai.

Perutku mulai terasa kebas-kebas. Kesakitan mulai menular di sekitar perutku. Bagai dilibas dengan bilasan pisau. Aku tertunduk lemah, menekan-nekan perutku. Kenapa ni? Kenapa dengan aku?































Pov Adha

Mataku kabur dengan air mata. Dinding langit gelap menampan mata. Aku mencengkam dada. Sakit. Sakit yang teramat sangat. Bibir menggigil menahan esak yang makin menggila.

Ya Allah. Kenapa kau ambil dia pergi?

"Abang... jangan nangis. Semuanya takdir. Saya pergi untuk kebahagiaan abang." Bibir nipis itu tersenyum manis sambil mengusap wajahku yang basah lencun ini. Kepalaku dipeluk erat sebelum melepaskannya perlahan.

"Abang jaga diri. Jangan salahkan diri lagi." Perlahan-lahan tubuh itu menghilang. Lenyap dari pandangan. Aku tersedu sedan, perlahan bangkit dan kembali rebah di atas tanah merah.

Batu nisan yang terukir nama Adawiyah, aku kucup lembut. Dia telah pergi meninggalkanku buat selamanya. Dia, isteri yang paling aku sayang.



                       The End

Hargailah seseorang sebelum dia pergi buat selamanya...

...

Writer's comment : story ni hanya cerpen je. Sbb tu pendek je. Terima kasih sudi baca. Jgn lupa support story saya yg lain. Thanks.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 16, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐊𝐇𝐔𝐒𝐘𝐀𝐈𝐑𝐈 | 𝐂Where stories live. Discover now