Part 5

952 45 4
                                    

Part 5

Masih rasa ini adalah mimpi. Aku berhadapan dengan Suzanne, bekas kekasihku. Dia kelihatan sangat anggun, tidak berkurang langsung kejelitaannya. Aku jadi kelu. Pertemuan pertama setelah bertahun-tahun berpisah merupakan keajaiban dalam hidupku.

Namun, Suzanne sangat komited semasa bekerja. Langsung dia tidak menunjukkan sebarang sikap tidak profesional. Sepanjang kami berbincang, kami menyentuh hal berkaitan projek besar ini saja tanpa menyelit hal peribadi. Aku juga tidak mahu merendahkan kredibiliti aku sebagai pekerja harapan syarikat Mr Chen. Maka, aku berlagak tidak mengenali dia. Cuma, awal-awal saja aku hilang fokus. Pabila dia bersikap serius aku terus kekalkan momentun pekerjaanku untuk meyakinkan projek kerjasama bersama syarikat milik Dato' Zahrain termeterai kukuh. Mujur juga aku pandai menyembunyikan gelodak hati dan perasaan. Jikalau tidak lingkuplah aku dan Mr Taufik kerana gagal mengikat perhubungan bisnes antara dua syarikat megah ini.

Tak disangka juga, pertemuan ini tidak berakhir. Suzanne sendiri mengajak aku makan di hotel 5 bintang. Aku setuju saja memandangkan permintaan klien, kerana kusangka ini hanyalah kerana mahu meraikan hubungan antara dua hala. Namun, tidak terduga dia bertanya hal peribadiku. Kerana itu aku termangu tanpa dapat membalas sebarang kata.

"Adha? You dengar tak soalan I?" Aku tersentak bila sebelah tanganku diramas lembut oleh sepasang tangannya. Tidak pula aku menepis. Sekadar membiarkan seraya aku meneguk liur dalam kepayahan. Gementar merasuk aku dalam situasi begini. Entah mengapa aku perlu berperasaan begini sedangkan aku sudah punya Adawiyah. Ah, serabut kepala memikir Adawiyah. Teringat pagi tadi, pesanan teks dan panggilan dari Adawiyah tidak berhenti. Kesudahannya aku block nombor Adawiyah. Kejam memang kejam. Tapi, dah melampau. Aku sibuk dengan kerja, tiada masa melayan perangai tidak matang isteriku. Rimas dan sesak!

"You ni nampak ada masalah. Tadi bincang pasal kerja you okay je. Bila I tanya you dah berkahwin atau belum, you termenung panjang. Kenapa? Terlalu peribadi ke soalan tu? I buat you tak selesa?" Aku segera menggeleng. Lebih baik berterus terang tentang status aku sebagai suami orang. Untuk apa berahsia? Suzanne pun pasti sudah dimiliki, anggun dan cantik begini siapalah tidak mahu? Aku yang ada isteri ni pun hampir terjatuh hati pada dia semula. Parasnya buat aku terpegun.  Kalau aku masih bujang pasti aku akan menakluki hatinya kembali. Malangnya, aku dah berkahwin.

"I dah kah..."

"Terus terang I masih menunggu you. I tak boleh lupakan you. Papa I paksa I kahwin dengan lelaki lain. I tak nak..." Suzanne menunduk seperti mencuba menghalang emosinya daripada meledak.

Aku terkedu. Hilang kata untuk berlaku jujur. Tapi, aku kembali sedar. Tak boleh berbohong. Aku perlu jujur juga. Walaupun cinta pertamaku adalah Suzanne, aku tidak boleh mengenepikan perasaan Adawiyah. Marah dan bengang sekalipun Adawiyah tetap mendiami seluruh hatiku. Tiada pengganti.

"Tapi, I dah kahwin. I bakal jadi ayah." Pahit mengakuinya. Aku senyum kelat apabila riak Suzanne berubah. Dia mencicip segelas air tembikai. Serautnya jelas tidak menyukai berita yang aku sampaikan. Keruh dan tidak bermaya caranya merenung aku.

"I tak percaya. You tipu I, kan? You sengaja nak sakitkan hati I sebab tinggalkan you dulu?" bentak Suzanne dengan kesal. Pipinya sedikit memerah kerana diasak marah. Perhatiannya penuh pada aku. Tak terkelip mata bundarnya menantikan buah bicaraku. Aku menggeleng lagi. Tak pernah ada benci terhadap Suzanne. Cuma aku kesal jodoh kami tiada. Itu saja.

"Memang I marah you tinggalkan I. I cari you merata. Semua tempat I cari, I hampir gila. Tapi, I sedar I tak layak berdamping dengan merak kayangan seperti you. I cuba move on, dan I kahwin dengan perempuan lain. Nama dia Adawiyah. Dia buat I jatuh hati dan melupakan you."

Sekali lagi tanganku dipegang. Aku tidak mengalih juga. Mungkin kerana rindu yang kembali menjelma membuatkan aku membiarkan walaupun ini satu kesalahan. Lagi- lagi aku berstatus suami orang. Berdosa.

"I minta maaf. Salah I. I tak nak tinggalkan you, semuanya rancangan papa I. Dia pisahkan kita. Dia ugut akan apa-apakan you kalau I masih berdegil setia dengan you. I tak nak you cedera atau sakit kerana I."

Pengakuan Suzanne membuatkan aku lebih merasa berat. Berat untuk melepaskan dia pergi dari hatiku. Aku sebenarnya sudah dapat mengagak papa Suzanne akan lakukan apa sahaja supaya kami berpisah. Silap aku kerana tidak bersabar, kalaulah aku masih menunggu Suzanne. Pasti aku dapat memiliki Suzanne semula dengan cara apa sekalipun. Allah... Berat dugaan-Mu ini...

"You tak bahagia tanpa I, kan? I tahu... You terseksa... You lebih bahagia dengan I dulu. Muka you teruk sangat. I nampak you banyak termenung. Mesti isteri you buat masalah?" tebak Suzanne mengena tepat ke batang hidungku. Bagaimana mungkin aku berbohong, aku memang ada masalah. Sejak mengandung perangainya bermacam-macam. Aku yang penyabar ni pun boleh hilang sabar. Tapi berkaitan bahagia itu Suzanne silap. Aku terlebih bahagia bersama Adawiyah. Cuma waktu ini saja aku diuji dengan tingkah Adawiyah. Cuma waktu ini saja aku bengang dengan sikapnya.

"Biasalah Suzanne. Setiap rumahtangga pasti ada masalah. I akan selesaikannya, you jangan risau. I bahagia dengan Adawiyah. Dia isteri yang baik."

"Kalau macam tu izinkan I jumpa isteri you. Saja nak berkenalan. Nak tengok juga cantik ke perempuan yang merampas kekasih I ni?" Sinis melempar kata. Suzanne menayang senyum tak ikhlasnya. Aduh, ini kalau mereka berjumpa risau jadi perang ketiga.

"Kat sini takde istilah merampas. Dah jodoh I dengan dia. You tak boleh pertikaikan. I rasa tak perlu kut berjumpa, takde kepentingan."

Suzanne tergelak kecil. Aku tercengang. Emosi Suzanne ni kacau bilau ke, tersampuk perangai Adawiyah? Pelik-pelik belaka.

"You takut I apa-apakan bini you ke? You sengaja kan buat I jealous. Alaa, you ni kedekutlah. Takkan kenalkan sekejap pun tak boleh. Even kita takde apa-apa hubungan macam dulu, kita still berkawan, kan? Takkan tak boleh kawan you ni nak jumpa dengan wife kesayangan you tu?"

Sungguh pandai gadis di depanku melenggok bicara. Pipiku juga jadi mangsa jemari runcingnya. Sesuka hati saja menyentuh aku. Keluhan terlepas bebas, segera aku menjauh muka. Tengok gaya Suzanne memang melebih-lebih. Kalau aku single bolehlah aku menggatal. Ini dah ada isteri, kena elak berperangai bukan-bukan.

"You nak jumpa sangat dengan dia, kenapa? Ada motif lain ke?" Bukan nak menuduh, cuma aku tak sedap hati. Fikiran orang perempuan ni bukan senang ditebak. Ada-ada saja yang dirancang. Cukuplah melayan perangai moody Adawiyah, tak nak ditambah satu lagi perangai pelik Suzanne. Bukan aku tidak kenal Suzanne macam mana. Selagi dia tidak dapat apa yang dia nak, dia akan berusaha juga. Macam dulu, aku ni pada awalnya tidak berminat hendak mengikat cinta, sekadar hendak berkawan dulu. Tapi bila digoda Suzanne, aku terperangkap dalam dakapan cintanya. Bermulalah episod cinta aku dan Suzanne di kampus. Pernah dicanang pasangan paling hangat bercinta.

"You ni tak elok menuduh I. Saje je nak tengok dia. Mana tahu boleh jadi madu." Usikan Suzanne meremangkan bulu romaku. Senyuman manja juga ditebarkan untukku. Aku menahan debar di dada. Tak larat menanggung kegelisahan, sudahnya aku bangun.

"I balik dululah. Wife minta balik awal." Terpaksa berbohong. Aku tak nak berlama-lama melayan Suzanne. Datang gatal aku, risau imanku tidak kuat menangkis godaan Suzanne. Lirikan Suzanne dah banyak kali mencairkan hati aku.

"Wife you queen control, eh? You ni takut sangat bini. Masih tak berubah. Dengan I dulu, you takut I. Nak marah I pun you tak berani. Selalu berikan I kasih sayang. You romantik. Buat I happy selalu. I menyesal lepaskan you dulu. Kenapalah I bodoh sangat?"

Terjegil mataku. Ada ke patut dia kata aku takut bini? Punggung aku labuhkan semula ke kerusi. Duduk menghadap dia dengan muka tegang.

"Suzanne. You jangan tuduh I bukan-bukan. I tak suka. Kalau you takde benda elok nak cakap baik you diam. I tak nak ada masalah dengan klien I." Kesabaran tetap berada di atas. Walaupun telinga rasa berasap tapi senyuman Suzanne cepat saja menyejukkam bara api kemarahanku.

"Sorry, Adha... I nak jumpa isteri you je. Nanti you cakap jelah I ni klien you. Boleh, kan?" Terkerdip-kerdip matanya meminta aku menyetujui permintaan dia yang merepek itu. Aku mengeluh kasar. Ikutkan hati memanglah ini tak betul, namun aku mengangguk juga. Sambil menyelam minum air. Manalah tahu lepas Adawiyah melihat Suzanne, di hatinya akan timbul cemburu dan mula berubah sikap menjadi isteri yang baik seperti sebelum ini? Haraplah begitu.

...

Writer's comment : Part lepas ni sedih 😢

𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐊𝐇𝐔𝐒𝐘𝐀𝐈𝐑𝐈 | 𝐂Where stories live. Discover now