PAKAIAN yang kusut dan tidak rapi itu dipandang orang ramai. Tangan yang luka dan tidak dibalut juga menjadi perbualan mereka. Adel menunduk sepanjang perjalanannya.
"What's wrong with her? Seram gila," bisik seseorang.
Tiba di surau, dia menunaikan solat asar kemudian dia merintih kuat selepas selesai membaca doa. Ketika semua sudah keluar dari surau kampus, dirinya masih lagi menangis tidak menghiraukan pandangan orang lain.
"Ya Allah, aku tidak tahu apa yang membuat dirinya sedih. Namun kau sembuhkanlah hatinya daripada kesedihan itu," pinta seseorang di dalam doa.
Akhirnya dia memberanikan diri untuk mendekati gadis tersebut lalu kotak kecemasan ditunjukkan. Adel mengangkat wajahnya sebaik sahaja satu suara menyapa dia.
"Nadeem?"
DI taman kampus yang menghadap tasik indah itu, Nadeem memanggil rakan Adel untuk merawat luka gadis itu. Nadeem mungkin terlihat seperti tak mahu mendekati Adel namun hatinya sedikit sedih melihat gadis itu merintih kesedihan di surau sebentar tadi. Dia pun tertanya-tanya apa yang membuat gadis itu begitu sedih lalu mengapa tangannya boleh terluka seperti itu.
"Terima kasih ya, Nadeem tolong tengokkan Adel," tutur Rinne. Kotak kecemasan yang dibawa Nadeem itu dibuka lalu luka di tangan Adel dirawat olehnya.
Rinne mengeluh sedih melihat keadaan rakannya yang tidak bermaya dan murung itu. Dengan berair mata itu melihat luka-luka yang teruk itu.
"Kau kenapa? Kau ada masalah ke? Jangan macam ini, kau tahu kan aku selalu ada untuk kau... Aku tak sukalah tengok kau kusut macam ini." Rinne akhirnya menitiskan air mata ketika dia balut luka Adel.
"Aku minta maaf." Itu sahaja yang keluar daripada mulut Adel.
SEBUAH lukisan permandangan matahari terbenam berserta rama-rama itu diletakkan sebuah kata-kata mutiara. Potret lukisan itu dipandang lalu senyuman tipis meniti di bibir.
"Wah! Cantiknya lukisan, nak bawa ke mana itu?" Puan Khadijah melihat anaknya yang sedang sibuk membawa lukisan kanvas itu masuk ke dalam kereta.
"Nadeem nak bagi dekat kawan."
Puan Khadijah tersenyum mengharapkan sesuatu. Wajah Nadeem dipandang dengan penuh senyuman.
"Kawan? Kawan perempuan ke? Tak akan nak bagi kawan lelaki pula?" Puan Khadijah tertawa suka mengusik anaknya itu.
"Isy umi ini! Rahsia." Nadeem kemudian menyalam tangan uminya.
Kenderaan empat roda itu kemudian memecut keluar. Untung sahaja cuaca hanya berawan. Lagipun, Nadeem tidak boleh memandu sewaktu hujan. Jadi dia ingin cepat-cepat hantar lukisan itu dan balik.
Tiba di taman, lukisan kanvas itu dikeluarkan lalu dia berjalan mencari sebuah pondok kecil. Akhirnya dia menemukan susuk gadis itu yang sedang teliti mengerjakan sesuatu di komputer ribanya itu sambil menikmati permandangan matahari terbenam di hadapannya. Nadeem kemudian mendekati gadis tersebut. Aryna perasan akan figura Nadeem yang datang mendekati mereka namun dia hanya mendiamkan diri.
"Asalammualaikum."
"Waalaikumusalam." Selamba Adel menjawab sambil jari-jemarinya fokus mengetik papan kekunci komputer tersebut. Dagunya ditongkat menggunakan tangan kirinya.
Aryna menyenggol bahu Adel tanda menyuruhnya menoleh. Terkejut Adel melihat gerangan Nadeem muncul di hadapannya secara tiba-tiba lagi. Nadeem cuba menjarakkan dirinya sedikit sebelum menghulurkan lukisan kanvas itu kepada Adel.
"Saya harap awak suka lukisan ini. Maafkan saya buat awak terkejut je tapi Rinne kata awak suka lepak dekat taman ini setiap kali awak sedih. Tak sangka awak betul-betul ada dekat sini."
"Asalammualaikum, saya pergi dulu. Jangan duduk sampai maghrib ya," pesannya sebelum beredar.
Adel membuka sarung lukisan kanvas itu kemudian matanya mula berkaca melihat betapa indahnya lukisan tersebut. Ayat yang ditulis di atas lukisan tersebut juga menyayat hati.
Ingatlah masih ada keindahan yang mampu mengubati kesedihan. Perancangan Allah Swt adalah yang terbaik.
Tulisan Nadeem tersusun indah sama dengan makna ayat tersebut hingga air mata gadis itu menitis.
"Dan saya sedar, awak juga keindahan yang mengubati kesedihan saya," tutur Adel.
Nadeem memasuki perut keretanya dengan jantung yang berdegup laju. Dirinya kemudian termenung beberapa saat.
"Kenapa aku buat lukisan itu? Kenapa aku baik dekat dia?" tanya Nadeem terhadap dirinya.
Akhirnya perkataan yang disebut oleh uminya terngiang-ngiang di kepala.
"Nadeem, umi tahu Nadeem tak pernah ada kawan perempuan tapi mungkin kali ini seseorang dah gerakkan hati anak umi ini sampai anak umi ini buatkan lukisan khas. Nadeem kalau dah berkenan bagitahu umi tau!" pesan Puan Khadijah ketika di halaman rumah sebentar tadi.
Nadeem menggelengkan kepalanya.
"Astaghfirullahalazim, Nadeem sedar! Wanita datang dalam hidup seorang lelaki adalah sebagai ujian sebelum perkahwinan."
Senyuman lebar ditunjukkan Aryna, bukan hati Adel sahaja yang berbunga malah hatinya juga turut tersentuh dengan kegigihan Nadeem yang ingin memberi semangat.
"Amboi...dapat hadiah daripada encik crush terus abaikan aku ya!" usik Aryna.
Adel tertawa sambil mengusap air matanya menggunakan sapu tangan.
"Jomlah balik, dah nak maghrib ini." Adel terus menutup komputer riba dan mengemas barang-barang miliknya ke dalam beg galas.
"Pandai ikut nasihat crush. Boleh jadi isteri misali ini, suami nasihat terus hadamkan." Aryna terkekek-kekek ketawa sambil menggeleng kepalanya.
Habis ditepuk bahu Aryna.
"Bukan main kau usik aku eh!"
YOU ARE READING
Akhir Tak Pasti
Romance[SELESAI] Sebuah memori silam telah menjadi titik perubahan, Nur Adellea Arelyne. Siapa sangka bahawa gadis yang sedang taat dengan Allah dan mematuhi pakaian syariah itu lahir di dalam sebuah keluarga yang hanya meletakkan agama di atas kertas? Di...