Bab 27

7.6K 555 6
                                    

SEBUAH kereta bertapak di hadapan rumah tersebut. Salam diberi lalu pagar rumah dibuka oleh Mika. Mika menjemput keluarga Nadeem masuk ke dalam rumah.

"Asalammualaikum." Puan Khadijah menyapa Puan Merlyna yang sedang duduk di sofa itu.

Tangan Puan Merlyna menyentuh wajah Puan Khadijah beberapa kali namun dia tidak dapat mengenalpasti siapa orang tersebut.

"Saya Khadijah, ibu kepada Nadeem Amsyar yang dekat dengan anak awak." Puan Khadijah mengusap tangan Puan Merlyna dengan lembut.

Puan Merlyna tersenyum lalu mengangguk.

"Nadeem yang selamatkan Adel kan, along?" soal Puan Merlyna kepada Mika.

"Ya ibu," jawab Mika.

Adel pun membawa sedulang air ke ruang tamu. Dia kemudian menghidangkan air panas tersebut. Mika kemudian menyuruh Adel duduk sekali.

Pada mulanya mereka berbincang tentang keadaan Puan Merlyna lalu bertanya tentang hidup Mika kerana ingin mengenal keluarga si gadis. Akhirnya, mereka pun berterus terang dengan tujuan mereka datang.

"Sebenarnya kami datang untuk merisik anak awak, Adel." Dengan nada perlahan Puan Khadijah jelaskan.

Mata Adel membulat. Apa yang didengarinya saat itu bukan sebuah ilusi ke?

"Jika Adel bersetuju maka pihak kami akan merancang majlis tunang sementara tunggu Nadeem berkerjaya dan kumpul duit kahwin."

"Adel boleh ambil masa untuk fikir nak terima ke tidak, umi tak paksa," sambungnya lagi

Gulp! Adel kemudian memandang abangnya lalu abangnya juga memandang dirinya dengan clueless. Puan Merlyna mencapai tangan Adel dengan perlahan.

"Adel, ibu setuju dengan apa pilihan anak ibu buat. Ibu tahu Adel akan terima orang yang terbaik dalam hidup Adel. Adel pernah cakap dekat ibu nak lelaki yang baik lalu mengamalkan ilmu agamanya, apakah ciri-ciri itu ada pada Nadeem?" tanya Puan Merlyna.

Adel diam sejenak.

"Ya ibu, Adel tahu dia orang yang baik-baik."

"Tanpa berlengah-lengah, saya terima kerana sudah lama saya menaruh hati dekat Nadeem. Alangkah baiknya kalau kami bersatu dengan cara yang diredhai Allah." Jawapan yang matang itu melegakan hati semua orang.

"Alhamdulillah."

ETERNITY ring itu disarung perlahan di jari manisnya. Senyuman kegembiraan terlakar di bibir. Tangan wanita tua itu disalam dan dikucup. Akhirnya, impian Adel untuk menjadi seseorang yang bermakna di hidup Nadeem sudah tercapai.

Kemudian Nadeem diminta untuk duduk di sebelah Adel untuk sesi bergambar. Adel mengambil bouquet bunga itu dan menutup wajah Nadeem. Gambar yang mereka ambil itu terlihat manis bagai cincin dengan permata.

"Terima kasih dan selamat berkenalan dengan cara yang diredhai Allah." Dengan seikhlas hati dia ucapkan.

Nadeem terharu mendengar ucapan tersebut lalu dia mengangguk.

"Selamat bertunang Nadeem dan Adel." Sambut Rinne yang berjalan menghampiri mereka berdua.

"Aku dah tunang, kau bila lagi?" Saja Adel mengusik teman baiknya itu.

Habis masam muka Rinne tanda merajuk.

"Tak nak kawan kau." Rinne menyilangkan tangan ingin dipujuk.

"Amboi dia dah besar panjang pun ugut-ugut tak nak kawan kita ya!"

"Terima kasih hadir majlis kami," kata Nadeem pula.

Rinne tertawa lalu berkata,

"Alhamdulillah. Akhirnya, Muhammad Nadeem Amsyar ini sedar juga, kan? Ingatkan dia lembab sangat sampai buat-buat tak nampak je permata depan mata rupanya bukan main-main terus tunang." Rinne tersengih.

"Biasalah, TUNANG saya." Sengaja ditekankan perkataan 'tunang' itu.

Wajah bangga itu terpampang jelas apabila dia dapat menjadi tunang kepada lelaki yang disukai selama beberapa tahun itu. Tak sia-sia juga dia mengejar.

"Adel, bagi saya berjuang untuk kerjaya buat beberapa tahun ini. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk halalkan awak. Awak hanya perlu berjuang melalui doa," jelas Nadeem.

"Saya tak pernah lupa untuk doakan awak, Nadeem."

"Saya nak buat permintaan boleh?" sambung Adel lagi.

Nadeem mengangguk laju.

"Izinkan saya panggil awak Amsyar. Saya suka nama Amsyar itu."

Nadeem mengukir senyuman lalu dia mengangguk bersetuju.

"Semoga Allah lindungi cinta kita, Amsyar."

BEBERAPA minggu kemudian, Nadeem mengambil keputusan untuk ke Kuala Lumpur bersama ayahnya dan bekerja sebagai engineering oil and gas. Mereka berkumpul di lapangan terbang bersama.

"Saya pergi dulu." Nadeem memandang Adel.

Mata gadis itu hampir mengeluarkan air mata namun dia cuba menahannya selagi boleh di hadapan Nadeem.

"Doa saya sentiasa ada awak. Tolong cepat kembali, ya? Selamat tinggal, Amsyar." Dia menundukkan wajah kerana tak mahu melihat wajah lelaki itu.

"Saya akan tetap tunggu awak, Amsyar. Jika menunggu lama dan jawapannya awak. Nikmat apa lagi yang saya dustakan kerana sesungguhnya berjodoh dengan awak bukan sekedar mimpi namun ia adalah apa yang ingin saya jadikan kenyataan melalui doa-doa yang selalu saya titipkan." Mendengar ucapan tersebut, Nadeem menghadiahkan segulung senyuman.

Akhirnya, Tuan Naz dan Nadeem berjalan pergi. Bayangan mereka yang semakin menghilang itu dilihat oleh Adel. Adel kemudian memeluk Puan Khadijah.

"Adel, jangan sedih ya? Nadeem akan balik untuk halalkan kamu." Puan Khadijah mengusap perlahan belakang tubuh gadis itu.

"Adel harap Nadeem betul-betul kembali tunaikan janji."

Akhir Tak PastiWhere stories live. Discover now