Bab 8

7.9K 607 21
                                    

KUBUR itu dibersihkan olehnya. Batu nisan itu dipeluk dan dicium lama tanda rindu kepada rakan karibnya yang sudah lama meninggalkan dia. Sudah enam tahun Dee pergi. Tiada teman lain yang dapat menggantikan tempatnya sebagai teman baik nombor satu di hati Adel. Sayu wajahnya terpapar pada pagi itu, sungguh dia rindu terhadap rakannya itu.

"Dee, kau ingat tak budak lelaki yang aku pernah cerita dulu?" Batu nisan itu ditatap sebentar namun rasa sedih yang menyelubungi diri itu membuatkan cecair jernih hangat menitis keluar daripada kelopak matanya.

"Aku kata budak lelaki itu sibuk je lalu-lalang depan mata tapi sekarang dia dah jadi seseorang yang aku nak sentiasa ada dekat depan mata aku. Nama dia Muhammad Nadeem Amsyar," cerita Adel. Dia sering menceritakan apa yang terjadi di dalam hidupnya kepada Dee ketika Dee masih bernyawa. Kini, Dee tidak lagi menjawab segala luahannya.

Adel memaksakan diri untuk memberikan senyuman lalu air hangat yang mengalir di pipi itu diseka. Tangannya pula sibuk mengusap batu nisan itu.

"Tak sangka dah empat tahun aku taruh hati dekat dia. Aku dapat masuk kampus yang sama dengan dia dan aku tak pernah jauh daripada dia. Aku ingatkan lepas habis fasa sekolah menengah, aku dah tak akan jumpa dia lagi namun takdir mengatakan tidak." Adel sempat tertawa walaupun hatinya pilu.

"Kau pernah pesan dekat aku untuk jangan taruh harapan dekat manusia lain secara berlebihan. Maaf, aku tak ikut pesan itu. Aku dah terlanjur menaruh harapan setinggi gunung dekat dia. Aku rasa macam dia adalah satu-satunya. Dia orang yang sangat baik macam kau tapi aku tahu yang dia tak suka aku. Kesian kan kawan kau ini? Mesti kau dah kahwin dekat syurga, kan? Tak perlu menunggu dan berharap dekat orang macam aku sebab kebahagiaan kau dekat sana kekal. Aku bahagia dan aku selalu doakan kau, Dee." Ucapan terakhir itu menimbulkan rasa sebak dihatinya lalu batu nisan itu dikucup lagi sebelum dia pergi dengan rasa duka.

Air mata jantannya berjurai jatuh. Tak sangka dia dapat mendengar luahan perasaan yang begitu mendalam tentang dirinya. Bayangan Adellea Arelyne itu dilihat dari jauh.

"Jadi, sebesar itu cinta dia terhadapku?" Nadeem memejamkan matanya yang sudah basah dengan air mata.

Secara kebetulan, Nadeem juga melawat kubur teman baiknya yang meninggal tahun lalu akibat kemalangan jalan raya. Ketika dia habis membacakan surah yasin, dia terdengar perbualan Adel sendirian. Bukannya ingin mencuri dengar namun suara gadis itu terlalu kuat hingga dapat didengarinya.

"Qayyum, aku pergi dulu." Nadeem mengusap batu nisan milik Muhammad Qayyum itu.

TIBA di rumah, Nadeem menaiki anak tangga rumahnya dan memasuki bilik tidur. Sebuah kotak yang berada di bawah katil diambil. Habuk yang melekat dibersihkan terlebih dahulu sebelum penutup kotak itu dibuka. Gambar kelas terakhirnya di sekolah menengah itu dicapai. Matanya meneliti satu per satu wajah dan akhirnya matanya terhenti apabila melihat wajah yang dia kenali itu.

Patutlah wajah dan nama itu terlihat tidak begitu asing baginya. Rupanya, gadis itu merupakan teman sekelasnya dahulu. Oleh kerana Adel tidak menonjolkan diri di dalam kelas, maka ingatannya tentang Adel masih samar-samar.

"Nur Adellea Arelyne..."

ASAP rokok yang bertebaran di udara itu membuat Adel sakit tekak. Adel terus mencari air putih di dalam jag namun semua telah habis tidak terisi. Akhirnya, gelas besar jus oren yang berada di dalam peti sejuk itu dicapai dan dituang ke dalam gelas kecil lalu diminum olehnya.

Habis tersembur air tersebut apabila Puan Merlyna menepuk belakang badan Adel secara tiba-tiba. Telinga gadis itu ditarik olehnya dengan kuat hingga gelas kecil tersebut jatuh dan pecah di atas lantai.

"Kau ini kan! Kenapa minum air orang!" bentak Puan Merlyna kemudian dia mencampak tubuh Adel ke tepi hingga terjatuh di lantai.

"Ibu...sakit." Adel menangis hingga memeluk tubuhnya.

Gelas besar jus oren itu kemudian di baling ke arah Adel. Habis basah seluruh tubuh manakala darah pekat mengalir daripada kepalanya. Pandangannya mulai kabur namun dia masih merintih meminta pertolongan daripada ibunya itu. Habis dipijak-pijak tubuh anaknya yang lemah itu.

"Kau tahu tak ini air untuk bapak kau! Sibuk nak minum kenapa?" jerkahnya.

"A-adel sakit teka-" Akhirnya dia pengsan tidak sedarkan diri.

"Biar kau baringlah dekat situ sampai mati!"

Akhir Tak PastiWhere stories live. Discover now