Dua hari telah berlalu...
Pantas kerusi kayu ditolak ke belakang.
Mawar berdiri dari tempat duduk.
Disebabkan tiada cikgu masuk kelas untuk sementara waktu, lebih baik aku bertindak sekarang. Pergi mana? Tandas. Mawar menapak laju melepasi kelas 3 Aesthetic.Sesampai sahaja di sana. Mawar berdiri tegak sejenak di anak tangga pertama, atas sekali. Penuh pula dengan kaum Adam dekat sini. Memang tak ada tempat lain ke nak berlepak? Aku baru nak lalu!
Kepala berpaling ke kanan, tubuh dalam posisi nak bersedia bertukar arah. Mawar menghela nafas. Tak ada pilihan lain. Aku terpaksa guna tangga lagi satu. Dalam masa yang sama, aku teringat mesej Zhafira hantar pada malam itu.
"Weh, abang aku kata Mr. A tu dia dah ada girlfriend."
Baru Mawar tahu macam mana perasaan orang lain apabila dengar lagu itu sambil teringat crush sendiri. Sungguh perit!
Menyukai dia dari jauh tanpa bertegur sapa memang sakit nak hadap!
Cuba beritahu, siapa sahaja tak akan menangis bila kita dah on crush dekat dia tapi kita tak tahu pula dia dah ada girlfriend sebab mana pernah nampak atau kata lain relationship in silent.
Weh,aku tanya pasal nama dia je..boleh pula dapat maklumat tambahan!
Mawar terus badmood balik.
Wah, Memang aku akan palau kau jelah wahai crush!
Sedang aku elok-elok menyumpah seranah dia dalam hati. Kaki aku berhenti sendiri dan membuatkan aku terserempak dengan seseorang yang aku nak sangat lari dari dia.
Selangkah aku dah jejak koridor pandang je kanan eh?
Boleh pula Mawar terserempak dengan Amsyar dekat depan bilik Puan Athia.
Guru yang mengajar sains rumah tangga.
Aku lupa dia salah satu pelajar tingkatan lima yang ambil aliran sains rumah tangga.Panjang umur anda ya.
Huh, kalau bukan sebab tangga sana ramai budak lelaki memang tak lah aku nak guna tangga jauh ni. Amsyar diam tidak bergerak seinci pun kecuali si Mawar.
Kenapa cara kau macam sukakan aku je?
Setapak Mawar mendekati senior itu.
Padahal kau dah ada girlfriend kan?
Selangkah lagi. Mawar berdiri betul-betul depan lelaki itu. Terkulat-kulat wajah senior itu melihat jelingan maut Mawar itu.
Kenapa Amsyar!
Terkebil-kebil senior itu memandang mata junior dia namun Mawar menarik muka sendiri. Mawar tidak sedar yang dia sudah takutkan senior itu.
Mawar terus berjalan melepasi dia. Makin lama, makin laju kaki aku menghayun. Tidak tahu nak cepat sampai ke tandas paling hujung ataupun sebenarnya nak larikan diri daripada Amsyar.
Mawar menoleh belakang balik.
Dia dah masuk bilik khas untuk kelas Aesthetic semula. Mawar melangkah dalam tandas tanpa secalit senyuman pun. Dah lah Mawar, Amsyar tak akan pernah suka kau balik lah.
"Weh kau orang, aku...ada terserempak dengan senior tu." Cerita aku tanpa ada perasaan. Mereka berdua pula terlebih bersemangat nak dengar.
"Lepas-lepas tu, apa jadi?" Jerit mereka serentak. Eh, bawa bersabar kakak semua.
"Aku jeling dia lah, nak buat apa lagi." Benci aku tengok muka dia.
"Eleh kau, jangan sedih pula kalau tak dapat jumpa dia nanti." Mawar membuat muka kosong. Gelak sinis terkeluar dari mulut Mawar. Tak akan ku pernah rindu dia!
"Habis tu kau nak suruh aku tenung muka dia puas-puas sampai dia rasa rimas dengan aku?" Apa yang Mawar dapat hanya lah sengihan mengusik daripada dua kawan rapat nya.
Excuse me? Kau orang berada di pihak siapa?
Kerusi ditarik. Punggung dihempas atasnya lalu menyambung masuk alam mimpi. Tidur lagi seronok!
-TBC-
YOU ARE READING
࿐0507ᥫᩣ✔️
Teen Fiction◤──•~❉᯽❉~•──◥ Pernah dia terfikir, kenapa dia boleh terjatuh cinta dengan seseorang yang dia tak expect langsung? Yang membuatkan Mawar Fariha, seorang pelajar perempuan sering hadir lewat ke sekolah, kini kerap hadir lebih awal daripada pelajar lai...