Dari jarak jauh. Mawar boleh nampak dah papan tanda di hadapan pintu dewan sekolah yang bertulis 'peperiksaan sedang dijalankan. Buat bising, anda akan dibuang sekolah MUAHAHAHA!'
"Kejam sungguh anda!" Mawar sambung menampal segala stick note pada tubuh sendiri. Ada dekat dahi, dua belah pipi. Terus jadi hantu cina. Alaa hantu lompat-lompat tu.
Malah kawan Mawar turut menolong tampal kan sekali.Tanpa Mawar sedari, kawan baik dia pergi tulis sesuatu dekat stick note and tampal kat belakang Mawar. "Saya sukakan senior." Zhafira tersengih penuh jahat.
muehehehe.
Dan akhirnya hari yang tidak ditunggu-tunggui oleh para pelajar SMK Gajah Melompat. Good luck ya!
Jangan pelik nama sekolah kami sungguh rare.
Saat Mawar mengatur langkah melepasi pintu masuk dewan. Bapak ah!
Pehal banyak sangat pengawas sekolah baju biru ada kat sini...? Ada sesuatu akan terjadi ke? Memang tak ada kerja ke?
"Cepat semua, cepat! Lagi beberapa minit waktu menjawab akan bermula." Cikgu mengeluarkan suara melalui speaker besar itu. Di dewan ini hanya ada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan dan pengawas berbaju biru sahaja. Jadi apa-apa yang berlaku semua di bawah tanggungjawab pengawas sekolah.
Semua pelajar berlari bertempiaran ke tempat duduk masing-masing sedangkan Mawar masih tercengang di situ. Tergesa-gesa Mawar mendapatkan tempat duduk selang 5 baris dari tempat duduk dua kawan rapatnya. Tatkala Mawar mendongak ke sisi kiri. Sengaja ingin tengok wajah pengawas itu yang menyerahkan kertas peperiksaan kepada Mawar. Terbuntang mata gadis itu. Crush aku!
"Err sekejap! cikgu, kenapa boleh ada pengawas sekolah berdiri kat sebelah meja kita orang? Dah macam bodyguard pun ada?" Terhenti langkah cikgu yang mahu beredar dari sini. Tubuh cikgu berpusing, merenung wajah Mawar yang sudah kebingungan.
"Lah, takkan kamu tak baca betul-betul ke apa yang saya hantar mesej semalam. Pengawas kenalah ada sekali...takut lah kamu ada tiru member sebelah." Mawar tidak senang duduk.
Pengawas. Tingkatan 5? Wait! Hal itu ke cikgu maksudkan? Mati-mati aku ingat cikgu main-main je. Ini lagi seram daripada pengetua lalu lalang tengok aku jawab periksa.
"Aish...perlu ke kena sampai macam ni?" Kesal Mawar dalam kebisikan. Dalam hati dah menjerit dalam keseksaan. Sanggup cikgu buat anak muridmu begini!
"Habis lah, mesti aku jawab soalan ni terabur terus. Maafkan saya, cikgu!" Gumam Mawar. Mawar menayang muka paling menyedihkan. Muka ditekup sesaat. Apa salah aku?
Amsyar yang mendengar gumaman Mawar tu terus tersenyum nipis. Dia mengambil stick note di belakang baju Mawar. Masalahnya gadis itu tidak perasan langsung sebab dia khusyuk sungguh menjawab soalan kbat sejarah itu. Lama lah juga Mawar tersekat dekat soalan yang sama. Idea...Idea...datang lah kau ke mari!
Tak, tak masalah kedua sekarang...
Kenapa kawan-kawan aku yang lain dapat perempuan why aku seorang je dapat lelaki? Kuat betul eh 'jodoh' aku dgn senior kaki terseliuh. Ceh, tak nak aku!
Kalau aku tak boleh fokus, aku salah kan senior kat sebelah aku ni.
Sejam berlalu, semua pelajar fokus menjawab soalan dan ada yang dah siap menjawab.
Soal betul atau salah tu. Sila tolak ke tepi ya...HAHAHA!
Mawar kepenatan nak perah idea lalu terlelap sekejap. Tersengguk-sengguk kepala dia.
Dahi hampir terkena muka meja.pap!
Amsyar menedang meja Mawar dan menghasilkan bunyi yang kuat. Terkena sikit hujung hidung Mawar. Terbuka lebar dua kelopak yang mempunyai bulu mata yang lentik itu.
"Eh Amsyar, kenapa kau susah nak..." pantas mulut menggigit dua batang pencil.
Kepala jejaka itu menunduk sedikit. Ingin tahu ayat terakhir Mawar. "Susah nak apa? Dapat aku?"
Laju Mawar menjatuhkan kepala berkali-kali eh silap, Mawar menggeleng kepala.
"Hehe, nothing. Tak penting pun."ish, Mr.crush ni terkejut aku! Kalau tersasur kata tadi...malu siot...
Lepas tu tiba-tiba aku rasa terdengar dia bisik sesuatu...
"Ya?" Jejaka geleng kepala dan terus mengarahkan Mawar cepat menyelesaikan soalan itu. Eleh, tahu lah kau bijak! Kalau kau bagi jawapan tak apalah juga.
Mawar cuba memulaukan dia. Walaupun Mawar nampak dia seperti merenung Mawar dari tadi. Saya tahu saya terlalu cantik...okay joke.
Mereka semua berebut-rebut keluar dari dewan. Benda pintu ada banyak, nak juga keluar ikut satu pintu je. Alahai!
Mawar tidak balik lagi, masih menunggu dua kawannya. Dari sana, Mawar boleh nampak dia orang tersenyum-senyum. Senyum mengusik. Tahu dah dia orang nak cakap apa nanti. Tak tunggu lama, Mawar mengambil langkah seribu. Mereka berdua mengejar langkah laju si Mawar. Malu lah tu, HAHAHAHA!
"So sweet! Mawar dengan Amsyar!" Zhafira, orang pertama yang menyakat.
"Nampak sepadan!" Disokong oleh Amni.
"Kau orang tarik balik!" Mawar memangkahkan semua kata-kata dua kawan rapat dia lemparkan. Itu semua tidak benar!
Mereka gelak terhibur melihat wajah cemas Mawar. Kaki berhenti berlari. Cukup lah sesak otak, jangan sesak nafas dan mereka bertiga menuruni tangga. Berjalan pulang bersama-sama. Seorang bawa motor, dua orang lagi mak atau ayah datang ambil.
-TBC-
YOU ARE READING
࿐0507ᥫᩣ✔️
Genç Kurgu◤──•~❉᯽❉~•──◥ Pernah dia terfikir, kenapa dia boleh terjatuh cinta dengan seseorang yang dia tak expect langsung? Yang membuatkan Mawar Fariha, seorang pelajar perempuan sering hadir lewat ke sekolah, kini kerap hadir lebih awal daripada pelajar lai...