13💀

25 2 0
                                    

Dalam kesibukan kemas gerai buah-buahan ini. Gambar utama gerai tercabutlah, reben panjang yang tergantung dekat depan papan terputus. Baru Mawar nak menghela nafas kuat-kuat langsung disedut semula tatkala gegendang telinga dia dapat mengesan bunyi tapak kasut menghala ke arah sini. Mawar menoleh kanan. Terasa jam berdetak begitu perlahan.

Terhenti nafas sesaat. Terhenti sekali tangan yang mahu membaiki tali gerai dari tertanggal lagi. Ada sedikit jarak diantara Mawar dan Amsyar. Senyap-senyap gadis itu memerhati gerak geri jejaka yang membuatkan jantungnya berdebar hebat untuk sekian lama.

Lama-lama hujung bibir Mawar ternaik kecil sebelum bertukar fikiran. Apa aku buat? Kepala tergeleng lantas menyambung pekerjaan tergantung tadi.

Mawar menunggu ketibaan Cikgu Nadira dan Haikal balik dari bawa semua barang kelengkapan semua gerai.

Lantas dia melabuhkan punggung di salah satu kerusi berwarna biru pekat. Secara mengejut, Amsyar muncul dari tepi gerai  sambil memegang telefon miliknya.

Namun adalah juga meja menjadi penghalang antara mereka berdua di tengah-tengah iaitu meja yang penuh dengan makanan yang ingin dijual nanti.

Aku? Buat tak kisah jelah..dia nak ambil gambar gerai kita orang je kan?

Eh kejap

Kenapa dia berdiri ke depan sangat.
Nampak ke gambar gerai ini?

Takkan dia nak ambil gambar...

Lah, perasan betul aku!

Tidak lama kemudian, kesemua pelajar keluar dari dewan dan menuju ke gerai-gerai yang mereka berkenan di hati.

Kelam kabutlah juga kami nak buat tapi Alhamdulillah lama-lama dah semakin baik.

Mawar tiada selera nak makan sebab setiap kali dia nak makan dia cam nak termuntah balik. Tapi nak tak nak, dia paksa juga makan hanya satu nugget serta air oren dari gerai sebelah kanan. Air dihirup banyak.

Dahaga..

Aku dah elok termenung tiba-tiba gerai sebelah kiri gerai Mawar memutarkan lagu sangat terkenal dalam kalangan anak remaja sekarang lagi-lagi sedang bersedih. Ceh!

Kebetulan, Amsyar dan kawan dia berjalan melintasi gerai mereka, ingin menuju ke dewan tertutup.

Mawar menongkat dagu. Otak sudah merungkai 101 ayat patah hati namun hanya satu ayat dipilih.

"Siapa lah gadis yang dia sukai tu? Dia sungguh bertuah dapat hati dia..." Mawar tersenyum sendiri. Air mata ditahan. Eh, jangan nangis Mawar kang orang lain nampak lak.

Teringat pula aku dengan kenangan pahit. Terpanah sekejap dengan cinta hati Amsyar. Ketika itu, kereta dipandu ayah Mawar menghantar mereka ke sekolah pada pukul 7: 21 pagi. Sikit aje lagi dia akan terlewat.

Jangan salahkan Mawar tapi sila salahkan ayah dia yang lebih sayangkan kerja dia berbanding perasaan anak perempuan dia.

Mental Mawar selalu diusik dan dibuli sejak dia belum akil baligh lagi. Mawar dipaksa untuk menjadi dewasa padahal haih...

"Nanti kau dah habis sekolah, kau nak jadi apa?" Sedari seronok mengikat tali kasut lalu Mawar mendongak.

"Pengar..." takut-takut Mawar menjawab. Sudah tentu apa yang akan lelaki tua itu cakapkan.

"Pengarang buku cerita? Buang masa sahajalah. Tak ada faedah langsung buat semua itu." Selamba ayah Mawar menghina cita-cita yang ingin Mawar capai sejak dulu. Mawar mendiamkan diri. Yelah, semua benda tak kena dengan mata dan hati dia.

Usai Mawar keluar dari kereta, Mawar bergegas berlari masuk ke dalam. Bilik air dicari untuk melepaskan tangisan yang dipendam lama.

Lega luahkan semua. Muka dilihat melalui pantulan cermin. Mata sedikit sembab dan hidung merah. Air mata degil nak bermain lagi tapi aku dah penat menangis. Mawar membawa diri ke tangga berdekataan bilik RBT untuk menenangkan fikiran yang semakin serabut ini.

Bila entah aku akan bebas daripada manusia macam itu. Entah bila aku akan dapat kebahagian aku nak.

Sedang melayan perasaan sedih yang melampau, hadir seorang hamba Allah ini berjalan ke arah sini. Mereka bertiga yang seronok bergelak ketawa sambil mendekati tempat Mawar berada. Gadis itu menyorokkan diri di anak tangga tingkat atas. Mata fokus dalam setiap langkah mereka tika mendaki anak tangga.

Mawar tertarik dengan salah seorang tiga lelaki di sana. Seseorang yang mempunyai senyuman begitu manis dan membuatkan aku berasa tenang tiba-tiba. Terus masuk balik air mata. Dengar cakap pula air mata si Mawar ini.

Tak tahu kenapa namun sejak kejadian itu, Mawar dari seorang remaja yang tak sah setiap kali mari ke sekolah mengalir air mata sahaja kini menjadi seorang remaja sekolah menengah rendah paling ceria dekat sekolah mereka. Ada yang kata Mawar terlebih hype active.

Maaf, gedik sekejap.

Dan begitulah hari yang berikutnya.

"Ha, tolong aku cuci buah dalam bakul tu pula." Pinta kakak Salwa, setiap saat. Hanya aku dan senior Hud sama-sama menghiris dan membuang kulit buah dipegang.

Mawar mengangguk. Aku ulang, aku tengah sakit tekak. Nanti aku dah sembuh, aku jerit kuat-kuat dalam sekolah ini biar pekak terus siapa yang dengar! MUAHAHAHA


-TBC-

Dah tahu jalan cerita ni boring, why nak teruskan baca juga?

࿐0507ᥫᩣ✔️Where stories live. Discover now