11🙄

57 4 0
                                    

"Siapa kat sini JPJ?" Ujar seorang kakak senior yang merupakan tingkatan empat mula mengajukan soalan kepada junior dia iaitu pelajar tingkatan tiga. Laju semua kepala berpaling ke arah pintu masuk. Dia sedang memegang cardboard di tangan sambil menulis sesuatu. Orang yang bertanggungjawab untuk mengisi nama peserta dalam sesuatu pertandingan.

"Zhafira?"

"Tak datang!" Jawab Mawar sedikit kuat takut tak dengar pula.

"Ada tak kat sini kelab geografi dan sejarah?"
Mawar terus berdiri dan menuju ke arah kakak tadi.

"Nak sertai tak aktiviti explorer. Cari perkataan sekitar sekolah?" Permainan kegemaran aku.
Tanpa banyak fikir Mawar terus membuat keputusan. Bersinar mata dia.

"Nak. Nak." Sungguh jelas dan ceria sahaja nada suara Mawar.

"Nama?" Tangan yang memegang sebatang pen sudah bersedia untuk menulis nama gadis itu. Mata Mawar dilhat sejenak.

"Mawar Fariha..." nama dia dieja satu persatu. Bimbang kakak ini salah mengeja nama Mawar lagi-lagi Fariha bertukar Farid. Elok nama cantik terus jadi nama kacak. Ceh!

"Itu sahaja kan?"

Kakak itu hanya menganggukkan kepala. Mawar apalagi? Dia melangkah masuk ke dalam kelas dengan senyuman paling lebar.
Tapi sayang tiada sesiapa nampak sebab masing-masing memakai topeng mulut.

"Kena ajak Amni sekali Rabu lagi satu. Tak seronoklah dia tak sertai sekali..." getus Mawar dalam hati. Kepala digoyang ke kanan ke kiri.

Gembira nampak?

Eh, of course-lah dan mesti aku akan terserempak dengan Amsyar!

Ah. Lantaklah, bukan susah pun nak palau dia nanti.

Kelas matematik pun dah tamat. Masa untuk kelas reka bentuk dan teknologi. Namun kedua-dua mereka tidak menghadiri pada hari tersebut. Oleh itu, cikgu Nabillah akan menggantikan cikgu mereka. Dua kelas. Dua cikgu berlainan. Jadi, cikgu Nabil kena ambil kedua-dua kelas. Nasib baiklah mereka semua suka dan selesa duduk belajar bersama dengan beliau.

Sudah elok Mawar menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap segala kata-kata yang cikgu tersebut sampaikan.

Naya kalau tak fokus.

Tiba-tiba lengan Mawar disiku oleh Amni.
Aku menoleh dengan kening sebelah diangkat. Dia tidak menjawab sebaliknya dia muncungkan mulut ke arah pintu masuk kelas. Mawar pandanglah tempat dia muncung.

Ada seorang senior lelaki je. Wajah Amni dilihat penuh hairan.

"Cuba awak tengok balik." Berkeras Amni berkata seperti itu. Tidak mahu menolak, Mawar langsung menoleh ke tempat yang sama semula. Menunggu sesuatu yang menarik itu keluar sendiri. Awak kat mana? Awak, awak kat mana?

Sekali muncul satu kepala menjenguk dalam kelas melalui tepi pintu . Tidak Mawar sangka dia akan memandang tepat ke arah Mawae lalu mata mereka bertembung dalam kiraan dua atau tiga saat sebelum Mawar mahu mengukir senyuman minta kaki. Mawar teringat semula kejadian tiga bulan lepas.

"Sayang juga kau dekat aku..."

Gugur jantung aku!

Aku baru je sebut nama dia. Terus kau munculkan diri di hadapan mata kasar.

Mawar tersengih janggal sebelum melarikan matanya terlebih dahulu. Aku dah gelabah kat situ. Laju kepala dia memandang kanan. Muka Amni dipandang lalu membuatkan wajah meminta tolong namun yang Mawar dapat hanyalah senyuman penuh mengusik. Alahai.

"Agaknya, boleh tak aku curi-curi tengok reaksi dia?" Gumam Mawar. Janji, sekali sahaja lepas tu aku tak buat dah.

Mawar memberanikan diri untuk melihat Amsyar bercakap bersama dua lelaki kawan sekelas dia. Mereka dipanggil kerana mesyuarat pengawas sekolah. Amsyar siap menyandar dekat dinding koridor tapi badan dia menghadang ke arah kelas atau lebih tepat.

Ke arah Mawar. Lantas Mawar memutarkan bebola matanya. Bilalah perasaan suka ini akan menghilang sendiri?

-TBC-


Dah tahu cerita ni hambar kan? Kenapa nak teruskan baca lagi? TT

࿐0507ᥫᩣ✔️Where stories live. Discover now