Kakak aku cakap tunggu sebulan lah.
Betul ke tidak kau sukakan dia?Lambat betul!
"Assalamualaikum semua, hari ini kita main softball dengan kelas 3 Aesthetic..." Kami semua beratur di hadapan cikgu Nabil. Kami sudah bersedia, cikgu!
Bermain bersama dengan kelas budak bijak-bijak tu lah. Yeay! Boleh jumpa dengan Dena!
Softball? Hmm aku tak reti main sangat.
"Okay semua, sila turun ke padang dulu ya dan yang lagi lima pelajar lelaki itu, tolong ambilkan alatan sukan softball dari stor sukan." pinta cikgu Fauza.
"Baik, cikgu!" Patuh mereka berlima.
"Pelajar perempuan try main sekali tau...kalau tak pandai main nanti si Fad eh bukan sifat ya dan Fad yang pakai baju sukan warna kuning tu akan tolong ajar kamu mana yang mampu tapi kalau malu nak bertanya...boleh je bertanya dengan cikgu Fauza."
Terang cikgu Nabil panjang lebar. Jejaka itu langsung meniup wisel yang tergantung pada leher dia sambil tangan menunjuk ke arah padang sekolah. Budak lelaki semua turun padang dengan perasaan suka kecuali pelajar perempuan tapi Mawar dikecualikan.
Setelah tiba di sana, rumput yang basah itu dipijak oleh mereka.
Mawar yang baru sampai itu dia terus tercari-cari kelibat kawan baik dia dari sekolah rendah. Apabila menyedari gadis itu tiada, automatik terus dia dapat meneka.
"Alaaa hari ni Mira tak datang ke..."
"Heyyo Mawar! Tengah cari siapa tu?" Adena mencuit bahu Mawar dari belakang.
"Cari kau lah, aku ingat kau tak datang tau. Kau pergi mana tadi?"
"Aku pergi tandas jap dengan Hana..hehe tiba-tiba perut aku memulas." Ucap dia sambil mengusap perut dia.
"Sekarang kau dah lebih better?"
"Ouh don't worry lah, aku dah sihat dah..haa tengok ni." Laju Adena memukul belakang aku dengan sarung tangan softball.
Aku dah macam adoi!
"Kuat betul kau pukul! Okay dah terbukti kau dah sihat...tapi serius sakit lah weh." Mawar menggosok belakang badan dia.
Tulang belakang aku baru nak sembuh!
Tak pasal-pasal aku kena pergi hospital balik lepas tu tunggu nombor dipanggil macam tunggul kayu.
"Maaf weh!"
Aku menggelengkan kepala tanda tidak mengapa. Dia pukul tak kuat mana pun hehe.
Mawar mula menyarung kan sarung tangan itu.
Sekejap...aku dah lupa nak masukkan jari ni dalam lubang mana.
Hmm okay done!
"Weh besar gila sarung tangan ni! Jari aku dah lah kecik je...payah lah juga nak genggam bola ni."
Sejujur nya aku lenguh nak pakai ni lama-lama tapi bila aku nak tanggalkannya.
"Mawar Fariha! Cuba lah main softball ni...yang lain bersedia ya?"
Cikgu panggil nama aku pula. Dah lah asyik aku sahaja jadi orang pertama yang kena main dahulu. Ini Mawar tak suka tapi tak boleh nak ingkar. Kang berdosa.
Nak lari tak sempat dah.
"Mawar, pilih je pemukul yang awak nak pakai."
Mawar tanpa banyak bunyi terus ambil yang berada di hadapan aku. Aku bukan ambil tu sebab warna emas dah kayu tu je aku dah selesa pakai dan pernah pakai sebelum ini.
YOU ARE READING
࿐0507ᥫᩣ✔️
Novela Juvenil◤──•~❉᯽❉~•──◥ Pernah dia terfikir, kenapa dia boleh terjatuh cinta dengan seseorang yang dia tak expect langsung? Yang membuatkan Mawar Fariha, seorang pelajar perempuan sering hadir lewat ke sekolah, kini kerap hadir lebih awal daripada pelajar lai...