14

26 1 0
                                    

Meja yang menempatkan Zhafira ditepuk berkali-kali. Fokus betul buat kerja sekolah nanti jawapan tanya aku juga.

"Nanti kau balik dengan siapa?" Tanya Mawar basa basi. Lantas gadis ditegur memejamkan mata sesaat menahan sabar. Aku ingatkan hal pentinglah tadi!

"Siapa lagi? abang aku tolong datang ambillah." Mawar menjatuhkan kepala satu, dua kali sebagai balasan. Maaflah, aku tak pandai nak carikan topik. Rosakkan topik aku pandailah.

"Semalam ada apa-apa terjadi ke? Aku kan tak datang." Langsung Mawar memetik jari tapi tidak berbunyi pun. Zhafira selaku kawan baik Mawar sudi menolong memetikkan jari untuknya. Janji kau gembira.

"Kesian Mawar balik sekolah seorang diri." Sedari Amni mendiamkan diri kerana terlampau menumpukan sepenuhnya terhadap kerja sekolah diberikan. Hampir-hampir sahaja mata menebusi kertas itu. Aduh, apa yang susah sangat nak cari jawapan ni? Kata ada dalam buku teks tapi tidak ada satu sen pun. Haih, sabar. Sabar... kita nak jadi pelajar yang cemerlang bukan mudah. Kita memerlukan kesabaran dan kerajinan yang tinggi.

Bercampur aduk perasaan Amni sekarang. Semua pelajar buat hal sendiri termaksud si Mawar Fariha. Lain yang disuruh, lain yang dikerjakan. Naughty girl!

Mawar melihat Amsyar melalui ekor mata. Terimbas semula ingatan semalam.

"Kau nak aku teman kan kau dekat sana ke?" Soal aku penuh prihatin sebab si Aneesa ni memang malu nak pergi tempat parking motor kalau dah ramai lelaki berkumpul dekat situ.

"Yeah, cause ada ramai sangat bang senior dekat situ..." Mawar langsung menarik lengan Aneesa sebagai balasan. Sebenarnya aku pun takut juga itu yang aku setuju nak temankan kawan aku ini. Sampaikan dua belah tapak tangan aku bergetar kuat kau.

Baru gadis remaja itu tahu datang dari mana punca tapak tangannya jadi begitu adalah tika berpaling muka ke arah kanan sekilas.

Jejaka itu jalan melepasi aku dan Aneesa. Wajah serious dia, aku pandang.

Yang pasti dia ialah Amsyar.

Aku menghadap ke hadapan.

Yes, kita terkejut dengan kehadiran dia...lagi-lagi reaksi dia sama je. Mata dia membulat.

"Aku balik dulu tau. Bye!"

"Bye. Neesa!" Makin lebar sengihan Mawar apabila bertukar tiang dari kanan ke kiri selepas kelibat kereta mak Neesa menghilang.

Melihatkan encik crush tengah memulas pemegang motor sambil menunggu kawan dia terkial-kial menyarung helmet. Nasib baiklah dia berbaik hati nak tunggu kalau tidak terus pecutlah jawabnya. Selesai sahaja urusan kawan di belakang, tayar motor Amsyar laju bergerak. Saat mata Mawar dan Amsyar bertembung. Bebola mata jejaka itu sedikit membesar.

"Paipai, gerhana matahari!" Mawar tahu dia tak akan dengar. Tetapi Mawar nak buat juga.

"Jumpa hari isnin tau! HAHAHAHA kalau jumpa lagi."

Mawar menjerit separuh kuat. Jangan risau tidak semua dapat mendengar suara Mawar kerana suasana dekat tempat menunggu itu ibarat mak kau tengah kisar bawang merah dengan bawang putih guna mesin.

"Amsyar kenal ke junior tu?" Kecuali si paling kecoh ini.

"Dia cakap tak kenal tapi kenapa junior tu nampak beria je kejar-kejar kan dia?" Mereka berdua tergelak kecil. Cinta bertepuk sebelah tangan!

Senyuman Mawar memudar. Oh.

"Aku lupa yang Amsyar tak sukakan aku. Bodoh juga aku ni." Mawar tersenyum hambar.

Pap!

"Jauh hakak termenung...fikir siapa tu? Aku  tanya. Boleh pula termenung depan crush kau." Mawar melarikan mata tatkala menyedari seseorang yang muncul dalam lamunan gadis itu tengah memandang tepat ke arahnya. Bukan semalam. Bukan pagi tadi tapi sekarang.

"T...Terima kasih tapi tak apa lah sebab mak aku datang ambil aku balik ni." Cuba berlagak biasa walaupun dalam hati dah main lompat-lompat. Terkantoilah aku pandang dia tadi!

"Yelah kalau kau dah cakap macam tu. Ha! Kau tahu tak jawapan soalan yang ni. Puas aku fikir jawapan dia apa." Mawar  mengibaskan lebihan tepi tudung panjang. Berasa manusia paling bijaklah di situ sebab tahu jawapan sebenarnya apa.

"Oh, soalan ini. Jawapan dia... B."

"Yeay, thanks babe!"  Bibir kecilnya menguntum senyuman kecil.

"Weh, kita ada ibu negara? Tapi kenapa tidak ada bapa negara?" Lantas kedua-dua dahi dua kawan rapatnya terhingap setapak tangan besar.

Haa sudah, soalan dari cik kbat dah mari!

Amni dengan Mawar tak tahu nak nangis ke nak gelak. Dahlah Mawar, Fira dan Amni.
Mereka yang paling bising dalam perpustakaan.
Ada sahaja topik nak dibualkan.

Sorang buat lawak, sorang tertulis perkataan yang keluar dari mulut orang lepas itu Mawar tukang gelak. Kau bayangkan, dah elok Amni tulis penambahan bertukar dalam tandas.

Gelak. Buat latihan. Berbual. Gelak.

Again!

Kebetulan ada penampakan figura bernama Hud di situ. Duduk semeja belah kanan.

Alhamdulillah. Dia masih hidup BUAHAHAHAHA

Bukan apa, kali terakhir aku berjumpa dia pun bulan-bulan lepas. Sibuk betul. Sampai lubang hidung dia pun aku tak nampak. Ah lupa, calon SPM. Marilah jemaah semua kita mendoakan kejayaan mereka!

Cikgu Nadira berdiri di depan meja pelajar yang terlebih rajin itu.
"Eh, patutnya...sekarang awak dan kawan-kawan awak naik ke kelaslah. Dah sila sambung buat kerja ini di atas." Arah cikgu tersebut.

Mawar dari sini dapat lihat reaksi Amsyar seperti meminta simpati ya. Contoh kalau betul-betul sumpah nampak comel! Eh?

"Alaaa...cikgu! Sikit je lagi ni."

Terletus tawa berdekah Mawar. Kakak dan abang senior lain dah bergerak keluar tapi jejaka itu sahaja yang masih setia dekat tempat duduk itu.

Aduhai. Pinjam sikit kerajinan kau.

Last-last dia keluar juga. Cikgu halau kau tu HAHAHAHA!

"Baiklah masa dah habis, sila menuju ke foyer untuk solat Zuhur ya anak-anak."

Setelah mendengar ucapan cikgu sebentar tadi. Kesemua pelajar laju mengemas pencil box mereka manakala latihan yang diberikan perlu disiapkan di rumah selepas solat.

Mawar pun mengejar langkah dua kawan rapatnya. Sengaja dia keluar lebih lambat kerana mahu bertembung dengan senior itu di muka pintu. Dalam hati Mawar selalu berdoa supaya jejaka itu dapat memasuki ke universiti idamannya dan semoga dapat scored semua mata pelajaran bagi pelajar SPM.

"Aamin!" Terhinjut bahu Mawar. Mana tak terkejutnya tiba-tiba jejaka itu menadah tangan ke udara lalu dua belah tapak tangan bertemu wajahnya. Eh, macam tahu-tahu je aku doakan pasal kau.

-TBC-

Jangan recommended cerita ini pada kawan-kawan readers tau! Clishe sangat-sangat.

࿐0507ᥫᩣ✔️Where stories live. Discover now