2

81 8 0
                                    

Terkekeh milik suara dua pelajar perempuan di meja kantin itu. Mawar menceritakan balik apa telah terjadi dua hari yang lalu sebab masa hari rabu itu, Mawar tidak dapat hadir ke  sekolah. Yelah, dengan tulang punggung sakit lagi. Tak ke merana dia nak mendaki tangga kelas sendiri. Paling hujung!

"Jodoh lah tu..." komen Zhafira, selamba.
Lalu menyambung makan bihun goreng. Mereka berdua tersengih. Wajah merah padam Mawar dipandang serentak.

Suka betul mengusik aku!

"Eh kau orang ni." Mawar menidakkan ayat yang mereka lontarkan sebentar tadi.

Mereka tergelak apabila melihat reaksi yang Mawar tunjuk. Aku merengek dekat situ. Nugget ayam digigit geram.

Sorry ye aku tak suka senior tu pun.
Mawar melihat ke arah lain. Dah agak dah akan jadi macam ni. Patutnya aku tak ceritakan kepada dia orang. Tak lama tu loceng mengeluarkan suara agak kuat. Eh eh nak bagi telinga aku pecah ke apa?

Kami membersihkan meja yang diduduki tadi dan terus buang semua plastik makanan yang telah habis dimakan lalu mendaki anak tangga untuk ke kelas 3 beauty and the beast.
Sungguh unik kan nama kelas kita orang.

Sejam kemudian, Mawar berpisah dengan dua kawan rapat dia kerana kelab atau persatuan berbeza. Kita jumpa waktu balik sekolah  lah. Sebelum Mawar ingin menuju ke kantin semula, kaki berhenti di anak tangga terakhir.

Iris mata Mawar menoleh ke arah kantin sekolah. Dah ada orang berkumpul dekat sana. Aish, Adena dah lah tak datang.

Mawar cuba menenangkan diri dengan cara menaik nafas dan hembus selama 3 kali dan selepas itu Mawar terfikir sesuatu.

"Okay, kalau dekat dalam kelab tu ada si senior yang aku jumpa dekat hospital.
Aku akan tulis kisah kita orang berdua ini yang ditulis oleh aku sendiri." cabar aku kepada diri sendiri.

Ya, tepat sekali. Mawar Fariha ialah seorang penulis di dalam dunia wattpad tetapi dia tidak lah terlalu terkenal dan tidak semua kawan-kawan sekolah nya tahu akan identiti Author Mawar. Oleh kerana dia lebih memilih untuk tidak memberitahu mereka buat masa sekarang kerana bimbang salah satu kawan sekolah Mawar akan memberitahu kepada senior yang disukainya.

Maklum lah si Mawar ini seorang yang overthinking. Nasib baik lah dia ada seorang kawan baik yang selalu menenangkan kerisauan di dalam diri Mawar.

Mawar pun mula berlari ke arah kantin. Sebenarnya aku tersalah duduk tempat tadi tapi sebaik tak ramai yang tahu.

Mawar membuat keputusan untuk duduk berhadapan dengan kakak senior nya tak silap lah...aku tengok dia duduk seorang je so aku teman kan lah dia.

Kakak tu bagi jelah. Saat Mawar nak melabuhkan punggung, aku terdengar cikgu memanggil nama seseorang. Tergerak cuping telinga kanan Mawar.

"Amsyar!" Seorang pelajar lelaki berlari anak ke arah cikgu kelab kami.

"Ya, cikgu!" Sahut nya.

Eh macam kenal? Mawar mencuba mengenal pasti wajah jejaka yang memakai songkok hitam tersebut. Selepas lama merenung nya baru lah Mawar segera menundukkan kepala. Jari jemari menguis pelapik kain meja kantin. Kalau Mawar berasa gementar atau stress memang dia suka buat macam ni. Contohnya situasi sekarang. Oh no!

Aduh, tak expect pula jadi betul-betul.

Aku pasti itu ialah dia! Walaupun aku rabun tapi aku masih dapat cam dia!

Wah! Ni kebetulan ke apa? Dah lah aku tak pakai topeng mulut sekarang. Terkena air paip. Memang tak lah pakai basah-basah.
Aku nak sorok muka kat mana?!

"Menyesal aku tak tarik balik kata-kata aku tadi!" Getus hati Mawar. Aku memandang dia secara senyap-senyap berharap dia tak perasan lah yang aku pandang dia.

Meja yang Mawar duduk ini berada dekat hujung manakala senior tu pula depan kaunter kantin. Yang pasti ada 2 meja di tengah-tengah yang memisahkan jarak antara kami berdua. Amsyar dan kawan dia elok je berborak bersama-sama tiba-tiba dia menoleh ke arah aku. Tepat ke dalam anak mata aku.

Mawar cepat-cepat mengalihkan pandangan. Sinaran matahari membasahi muka gadis itu. Mawar melihat senior itu melalui ekor mata.

Dia seperti tengah bisik sesuatu namun Mawar tidak beberapa dengar. Bila fikir balik, tak pelik lah kalau tak dengar sebab jarak mereka jauh. Dah lah tersenyum-senyum.

Haih, malas aku nak layan dia. Dan...buat apa aku nak layan dia! Baik aku dengar arahan yang cikgu aku suruh buat nanti.

Ketika senior tu jadi tukang edarkan kertas kosong. Dia menuju ke meja kami. Mawar sudah tak keruan.

"Dua orang je ke?" Tanya jejaka itu. Dia pandang Mawar. Mawar tidak berani untuk mendongak kepala. Lidah menjadi kaku.

"Haah." Kak senior kat depan aku tolong jawabkan. Maafkan saya...

Mawar tidak memandang wajah dia sebaliknya  tubuh memusing ke belakang,
nak ambil kotak pensel lah sis.

"Fikir aku tahu...kampung aku kat mana?" Mawar menopak dagu mengguna tangan kiri. Jari kanan memutar kan pen dakwat hitam tu berkali-kali.

And blablabla...habis je koko Mawar pantas berjalan meninggal kan kantin. Kebetulan terserempak dengan Fira yang baru keluar dari tempat dia pergi tadi. Bagus!

"Weh Fira! Aku dah tahu nama senior tu..." Mawar berhenti dari berlari ke berjalan seperti biasa.

"Siapa nama dia?" Soal Zhafira, melayan sahaja kawan dia yang satu ini.

"Amsyar." Bisik aku. Zhafira dah sengih semacam. Ah sudah.

"Ouh nama senior tu Amsyar?" sengaja nama senior itu dikuatkan. Panik Mawar dibuatnya.

"Hoi! Perlahankan lah suara kau tu...jangan lah cakap kuat-kuat kang dia dengar lah." Marah Mawar. Ingin sahaja dia mempiat telinga kawan dia dekat situ.

"Hehe nanti aku tolong tanya abang aku eh sebab...si Amsyar tu kawan abang aku je weh." pujuk kawan Mawar.

"Ikut kau lah, wahai pikachu." Balas Mawar acuh tak acuh.

Sejurus itu Mawar menuruni tangga. Zhafira? dia balik ikut atas je dah motor abang dia parking di situ. Kenapa lah aku excited tetiba je ni? Berbalik pada situasi kat kantin.

Yeay! Aku dah tahu nama senior yang aku jumpa kat hospital tempat mak aku kerja dan form? Tak tahu lah pula.

Masa dalam perjalanan nak menunggu kereta ayahnya Mawar datang menjemput anak nya ini. Aku terserempak dengan kawan aku.

Mawar cerita lah semua apa yang dah terjadi sekali dengan nama senior tu. Reaksi kawan aku macam terkejut pun ada. Aku tertanya-tanya lah kenapa riak muka dia macam tu?

"Yang form 5 tu ke?" Dengan mata membulat, soalan membalas dengan soalan.

"Tak tahu lah." Mawar tanya lah kenapa kalau dia betul-betul form 5?

Dia pun membalas "Dia kan jadi pengawas sekolah..." Wajah Mawar terpinga-terpinga.

"Ouh, Amsyar tu member saya." Sambung dia lagi. Lagi bertambah kerutan di dahi Mawar.

Pengawas sekolah?

Member kawan aku?

Hampir jatuh beg kain telekung yang aku pegang. Kawan aku hanya mengangguk kan kepala nya.

Sekejap, patut lah muka senior cam pernah nampak. Serius sebelum ni dia ada pakai baju biru tu masa aku form 2 atau form 1?

Aduh, kau ingat ini macan dunia wattpad ke?
haa terus tajuk cerita aku itu.

'Jodohku pengawas sekolah'
Macam gitu?

Huh, kalau nak tahu kebenaran nya. Kita tunggu besok pagi!

Wait...aku dah gila ke apa!?

࿐0507ᥫᩣ✔️Where stories live. Discover now