12🌷

53 3 0
                                    

Untuk makluman ibubapa dan penjaga.
Pada hari esok, hari rabu dan lusa.
Pihak sekolah akan mengadakan aktiviti karnival kokurikulum peringkat sekolah bertempat di perkarangan SMK Gajah Melompat.

Dijemput kepada penjaga yang berkelapangan untuk hadir ke gerai jualan pelajar-pelajar. Pelbagai makanan dan minuman ada dijual.

✼  ҉  ✼  ҉  ✼      ♡     ✼  ҉  ✼  ҉  ✼ ♡

Tapak tangan mulai berpeluh banyak. Tepi kain digengam kuat seolah-olah ingin mengumpul keberanian yang banyak untuk menghadapi kayaklah seorang pelajar perempuan berpakaian baju kurung kepunyaan ibu dia.Tangan dia menjinjit erat beg kertas yang mengandungi kain batik dan 2 pakej besar gula-gula.

Dia sedang berjalan sangat laju akibat terlalu malu dengan orang sekeliling yang melihat gadis tersebut.

"Ya Allah! Malunya. Aku harap bukan aku seorang je pakai baju kurung." Gumam Mawar perlahan.

Kau tak rasa ke warna ni macam terserlah sangat?

Mawar punya malu tu sampai menyorok dalam tandas sekejap HAHAHAHA!

Lalu gadis itu berjalan keluar sepantas tikus melarikan diri selepas kehadirannya dikesan oleh kucing. Tidak sampai beberapa minit, cikgu langsung mengarahkan mereka berkumpul dan beratur di tapak perhimpunan. Sewaktu dalam perjalanan ke sana, sejak dari mula laju sahaja Mawar berkepit dan menyorok di belakang tubuh kawan baiknya.

Semua mata hanya tuju ke arah Mawar. Like, semua terpukaulah betapa cantiknya gadis remaja itu apabila mengenakan tudung kelabu dan dipadankan dengan baju kurung labuh warna oren milik zaman muda-muda ibu Mawar. Masih tersimpan elok sehingga sekarang.

Kenapa baju itu menjadi pilihan hati ibunya? Hanya kerana...

Gerai kelab mereka adalah tema 'Mat Kilau'. So dah terjawab kan?

"Weh, cantik doh engkau." Komen salah satu kawan sekelas 3 Aesthetic.

Sebaik Mawar memakai topeng mulut. Kalau tidak, kau dah boleh nampak dua belah pipi menebal merah padam mengalahkan orang guna blusher!

"Okay, ke aku pakai baju ni?" Soal Mawar yang ke berapa belas. Dia tidak begitu yakin. Takut-takut tidak layak langsung menyarung baju klasik ini.

"Eh. Okay, je weh. Serius sungguh cantik kawan aku ini..." Fira  sambil pusing memandang aku.

Aku tersengih dan pada masa yang sama leher aku dipanjangkan kerana ingin mencari kelibat seseorang yang tidak hadir sejak semalam. Punyalah aku tertunggu dia tahu? Kepala aku duk pandang kiri, kanan, atas, belakang dan depan.

Tengok, tengok hurm! Tak datang rupanya. Elok sangat semalam Fira pun tak datang.

Bosan sungguh tika mereka berdua tidak menghadiri ke sekolah. Mawar seperti orang tidak tentu arah kerana tiba-tiba tidak dapat mengingati terletak mana kelas sendiri. Ha tak ke teruk? Sampai kan senior yang tidak dikenali Mawar laju menghampiri gadis itu. Hanya nak mengajak atau lebih ke memaksa untuk sertai menjual makanan dan buka gerai semua itu. Sorry, baru tahu kewujudan kau.

"Busy tak?" Mata mereka bertembung. Kelihatan gadis bertopeng mulut hitam itu sedang berfikir keras. Berkerut habis dahi dia.

"Tak, hari-hari saya free..." semestinya ayat terakhir itu dipendam sahaja. Gila ke apa berkata seperti itu. Jejaka itu menjatuhkan kepala sekali, dua kali.

"Okay, nak tak join jual makanan dan air?" Ternaik dua belah kening jejaka itu.

"Hmm...tak apalah." Jawab Mawar dengan nada tak bertenaga. Yelah, kawan baik tak ada buat apa nak keluarkan banyak tenaga. Malas aku.

"Alaaa...masuklah eh?" Mawar memandang senior lelaki itu sebelah mata sahaja. Aduhai, dasar senior baby face!

Kalau ikutkan kata kepala, mahu sahaja aku menolak baik namun aku berpatah balik. Kembali menyetujui untuk sertai gerai dari kelab persatuan sendiri kerana Mawar tidak sampai hati pula melihat cikgu Bersungguh-sungguh nak majukan gerai ini.

Dua kali lima je dengan si Amsyar. Eh, lupa. Mereka kan saling kenal. Tak peliklah boleh satu kepala.

Bagaimana Mawar boleh tahu nama senior lelaki itu sedangkan aku tidak minat langsung nak ambil tahu tentang senior sendiri. Berterima kasih pada cikgu ada menyebut namanya. Kalau tidak memang aku panggil senior jelah. Tahu-tahu Hud ditugaskan untuk jadi ketua kalau cikgu tiada dekat gerai nanti. Dapatku lihat muka pasrah Hud even dia sedaya upaya tutup dengan topeng muka penuh percaya diri.

Dan inilah Mawar sekarang, Pada pagi yang segar dan sejuk ini, awal-awal lagi aku sangat bersemangat hendak menjaga gerai beralaskan kain batik dan membuka gerai di tempat letak kereta milik para guru.
Dahlah kali pertama aku buat kerja jual-jualan.

Ampun cikgu tersayang, kalau saya tak pandai buat itu inilah ya. Berbalik pada realiti, Aku mencari seseorang kan?

"Dia ni datang ke tak? Kalau dia tak datang ada juga aku palau dia sampai hari Jumaat baru tahu kelam kabut nak muncul depan aku." Omel Mawar tanpa tahu erti sabar itu apa. Ah, sudah. Si peminat Amsyar dah naik angin. Puih.

"Tahu pun nak datang." Mawar dari mata tajam bertukar lembut. Dia pakai baju kelab JPJ serba lengkap. Cair jangan tak cair!

"Mawar! Uuuuuuu...itu Amsyar." Mulalah Zhafira di hadapan mengusik nakal. Terjegil biji mata Mawar.

"Apa?" Balas aku dingin walhal sedang tersenyum riang di sebalik topeng mulut hitamku. "Ceh, nak marah tapi rindu dia. Siapalah itu?"

Kawan-kawan Mawar pantas meninggal dirinya kerana pertandingan yang mereka masuk lebih penting berbanding Mawar. Hastag, Mawar disakiti. Hastag, Mawar membosankan. Tulang rahang digerakkan ke kiri dan ke kanan. Lega! Tangan sebelah diputar-putar dan sebelah lagi mengulangi perbuatan sama. Nasib Mawar kawal diri supaya tidak berlari setempat. Lupa sekejap tengah pakai kain hehe.

"Tolong ambilkan double tick dengan gunting dekat makmal komputer." Cikgu meminta bantuan kepada mereka berdua. Turut berdiri bersebelahan cikgu berumur dalam kira-kira 50-an.

Aku apalagi akurlah. Mawar bergerak serentak bersama dengan kakak yang bernama Salwa dari tingkatan empat. Mawar menekup mulut sesaat. Kenapa aku teruk sangat tidak tahu langsung ada kakak senior paling cantik dalam sekolah kami ini?

Dengan cahaya matahari yang membakar belakang badan mereka, tika itulah bermacam reaksi ditonjolkan oleh pelajar lain-lain. Maklumlah, jakun jumpa manusia berpakaian baju kurung sopan. Ingatkan sarung baju PJ je memanjang.

"Kak, Cantiklah!" Tegur satu suara.

"Weh, nanti dia dengarlah" kakak atau junior yang sertai berkawad kaki mencelah tiba-tiba

"Wa...wah!" Gagap habus lelaki yang...entahlah tak penting. Aku pun tak tahu dia buat apa di tapak perhimpunan ini. Namun kaki digagahkan jua mendaki anak tangga sambil menghiraukan pandangan pelajar sekeliling. Bagi aku, kami nampak biasa sahaja. Bagi mereka, kami nampak luar biasa. Ha ha. Nonsense.

Tapi terima kasihlah puji kakak Salwa cantik tadi!

So...nak dijadikan cerita sebenar. Kau cuba bayangkan, baju Mawar dahlah warna cerah pastu dengan cahaya matahari masa tu bapak lah terang. Kau tak rasa ke baju aku bercahaya kat situ. Seketika aku macam matahari.

"Menyesal aku masuk kalau tahu akan jadi macam ini." Getus hati Mawar.

-TBC-

Hey, you! Yes you sedang baca ni. Sila baca cerita lain yang lagi menarik dari cerita clishe ini.

࿐0507ᥫᩣ✔️Where stories live. Discover now