10

55 4 0
                                    

Tepat pukul 5 petang, Mawar ada janji dengan kawan baik dia yang berbeza sekolah itu. Dia sendiri mengajak Mawar buat kerja sekolah sama-sama di pondok tasik depan balai bomba. Dalam perjalanan menuju ke pondok yang dah dipilih oleh Adena tiba-tiba tubuh Mawar kejung dekat situ.

Dia nampak Amsyar di pondok itu. Bersebelahan dengan pondok mereka. Ringan pula kaki aku petang ni. Nampak Adena tersengih-sengih, tahu sangat. Dia sengaja cop pondok situ sebab tahu senior tu ada sekali!

Okay. Tak apa, Mawar. Tak apa. Tarik hembus, tarik hembus, tatatalah. Aku lari ke pasar tani dulu!

"Mawar! Letak lah beg kau dulu. Apa yang kau takut sangat?" Sengaja Adena menyoal tatkala menyedari bahawa Mawar mahu meninggalkan kawasan tersebut. Tidak toleh belakanglah jawabnya sampai Adena ikut berdiri lalu mengejar langkah panjang Mawar. Awat kelam kabut sangat?

"Eleh, diamlah kau! Dah tahu sengaja buat tak tahu." Jari dituding ke arah diri sendiri seolah-olah ingin mengatakan "lah, aku pula dipersalahkan? Siapa suruh susah sangat nak move off!"

....

"Weh, aku nak pergi tandas awam sekejap. Kau nak ikut tak?" Ajak Adena yang sedikit lompat terkinja-kinja. Tak tahan dah gayanya. Sikit lagi nak buat dance break tapi takut kena terajang pula dengan Mawar. Automatik anak mata Mawar ke atas. Bukan tanda menyampah. Itu maksudnya Mawar sibuk berfikir. Aik, nak pergi tandas pun ambil masa lama ke?

"Tak rasa nak pergi lagi." Pecutlah si Adena menuju ke pintu tandas yang sudah ternganga luas-luas ingin menjemput tetamu seterusnya masuk ke dalam.

10 minit berlalu, sedar-sedar Mawar terlelap pada bahu pondok. Penat dari semalam lepas balik kelas tambahan 3 kali. Petang, pagi dan malam pada hari yang sama tak hilang lagi. Mengalahkan penat orang dewasa sudah bekerja sahaja. Takutlah nak masuk alam dewasa nanti. Kalau aku tak akan matang selamanya, macam mana?

"Hei." Habis kerut muka Mawar. Siapa pula ganggu dia tidur petang ni?

"Hei..." panggilnya lagi. Kepala digaru-garu. Kenapa susah nak kejut budak ini?

"Kau hei, hei daripada tadi lagi bagus kau bagi salam." Mawar dengar sahaja perbualan dua orang misteri. Suara siapa? Mawar dah terjaga sebenarnya sebab dia mudah terbangun namun disebabkan dia takut akan gerangan misteri itu. Mawar membuat pilihan untuk kembali pura-pura lelap. Telinga amati kata-kata mereka berdua.

"Assalamualaikum...kertas sekolah kau dah terbang masuk dalam tasik." Oh, kertas terbang masuk tasik. Aku ingatkan hal penting lah...

Apa?

Dengan sekuat tenaga dan sepantas kilat Mawar membuka mata lalu bingkas berlari mendapatkan kertas di dalam tasik. Namun Mawar bernasib baik bahawa kedudukan dia dengan kertas, tidak terlalu jauh.

Hujung bajunya basah lencun. Terlupa hendak melipat lengan baju dahulu. Dah lah tangkap pakai tangan je mana tak basah baju. Sedangkan lelaki yang tolong mengejutkan aku tadi bersila elok di pondok nya. Dasar encik crush! Tak gentlemen man langsung.

Baru aku nak sumpah seranak kerana lelaki itu tidak sudi pun nak menolong nya tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu seperti batu besar dicampak dalam tasik. Mawar melihat ke arah pondoh tadi. Didapati jejaka itu tiada di situ.

Mawar mulai cemas. Dia pergi ke tempat kali terakhir lelaki itu duduk. Mata melilau sekeliling. Pantulan air itu tiada langsung menunjukkan tanda-tanda air bergelora atau tangan yang sedang tergapai. Mawar rasa seperti hendak nangis.

"Tak, tak... Amsyar!" Jatuh terduduk Mawar di atas rumput, begitu drama sekali.

"Sayang juga kau dekat aku..."

Mawar menoleh belakang. Jejaka itu keluar dari tempat sembunyian dia. Dia menyorok belakang tong sampah. Ha, elok sangatlah tu, dia pakai baju hijau hari ni jadi sedondonlah dekat tong sampah tu!

"...walaupun kita tak rapat." Terasa dunia menjadi gelap seketika.


-TBC-

࿐0507ᥫᩣ✔️Where stories live. Discover now