Prolog

1.5K 69 4
                                    

KATALAH dia tidak gembira dengan berita yang disambut gembira oleh semua orang. Katalah jiwanya sakit melihat kegembiraan semua orang meraikannya.

Tapi dia perlu akur pada ketentuan.

Ya! Ketentuan yang dia tak mungkin mampu untuk mencelah dalam kehidupan Lya dan Zhafran.

"I'm happy for you." Kesempatan yang ada, Hareez gunakan untuk mengungkapkan kata-kata indah walau di hatinya tidak seindah ungkapan tersebut.

Ya! Saat telinga mendengar Lya sedang mengandung, entah bagaimana untuk digambarkan rasa hatinya.

Separuhnya dia gembira sebab anak Lya dan Zhafran adalah anaknya juga. Anak saudara yang boleh dianggap anak sendiri.

Tapi yang separuh lagi, hatinya sakit. Entah bagaimana untuk diceritakan sakit tersebut.

"I harap you akan jumpa seseorang yang lebih baik dari I."

Hareez senyum. Buat waktu sekarang, hatinya hanya nampak Lya. Tak nampak perempuan lain. Tapi dia tahu, cinta Lya pada Zhafran tak mungkin mampu digugah.

"Sebab hati you selamanya takkan berubah, betul?" Hareez sekadar mahu menduga.

Kali ini Lya pula yang senyum.

"Sejak dulu hinggalah ke saat ini dan InsyaAllah, kalau you tanya soalan yang sama selepas seribu tahun akan datang, jawapannya tetap sama, hati I tetap pada Zhaf." Lya berpaling, menatap sisi wajah Hareez.

Tadi dia hanya duduk-duduk di situ selepas makan tengah hari. Tiba-tiba Hareez datang dan duduk di sebelahnya. Nasib baik lagi Zhafran sudah naik ke bilik, mahu ke tandas katanya.

"Tolong jangan ada rasa cinta pada I Reez. Tolong buang semuanya. Sebab you tak akan mampu dapatkan hati I." Mungkin itulah ayat paling kejam pernah dia lafazkan pada Hareez. Tapi Lya rasa dia patut katakan ini sejak dulu lagi.

Untuk kebaikan Hareez dan untuk kebaikan semua.

Hareez menoleh pandang. Melihat seraut wajah Lya, rasa sakit datang lagi mendera hatinya. Rasa ini sama seperti saat dia melihat Lya begitu cantik di atas pelamin di sisi Zhafran.

Bagaimana dia ingin memujuk hati sendiri agar melepaskan Lya tanpa sebarang bantahan?

Bagaimana dia ingin menanam rasa tidak sukanya pada Lya sedang dari sudut mana sekalipun, hatinya tetap menyukai Lya?

"Bercerita tentang cinta, semua antara kita tak pernah ada kuasa, Lya. Bercakap tentang 'kita', ada banyak yang perlu dileraikan. Biar masa jadi penentu." Itu yang keluar dari bibir Hareez buatkan Lya terdiam lama.

"I doakan yang terbaik untuk you." Lya bangkit dan terus berlalu.

Perginya Lya, dia masih termenung di situ. Mencari sesuatu yang boleh dijadikan selimut untuk menyelimut hatinya yang tiba-tiba terasa dingin.

Tak tahu berapa lama dia di situ, Zhafran datang dan duduk menggantikan tempat Lya tadi.

"Bang...." Zhafran menyeru.

Hareez berpaling.

"Aku tak nak bermusuh dengan kau hanya kerana seorang perempuan." Tenang saja bicara Zhafran.

"Bercerita tentang Lya, semua perkara sudah tidak penting buat aku." Itu yang keluar dari bibir Hareez.

Zhafran geleng kepala.

"Aku akan minta Lya cuti sampai dia bersalin. Kalau kau tak benarkan, dia akan berhenti terus." Diluahkan apa yang ada di kepalanya. Hal ini walau belum dibincangkan dengan Lya, ia sudah nekad di hatinya. Dan Lya harus ikut.

"Terpulang." Tiada kata lain yang mampu Hareez luahkan saat ini.

Tapi hatinya sudah mula bergalau. Tanpa melihat Lya setiap hari, entah bagaimana dia mahu lalui hari-harinya di pejabat.

Sungguh... Dia sendiri tidak mengerti bagaimana Lya itu begitu mudah masuk ke hatinya dan mencipta satu rasa indah yang tidak pernah dia rasai selama ini.

Kalau nak dikira teman wanitanya, sepuluh jari kaki dan sepuluh jari tangan pun belum tentu cukup untuk digunakan membuat kiraan. Malah dia juga pernah berkahwin. Tetapi, rasa indah itu tak pernah muncul di hatinya.

Pada dasarnya, Lya itu bukanlah perempuan yang boleh dikategorikan sebagai cantik bergaya seperti bekas isterinya tetapi cantik Lya itu adalah pada hati dan tingkahnya.

Lya memang nampak kasar tapi dalam kasarnya ada kelembutan yang tersendiri. Sentiasa spontan dalam berbicara tapi ada kejujuran dari hatinya.

YANG DIA PILIH (New Version)Where stories live. Discover now