Bab 4

624 36 0
                                    

LENGAN baju yang dilipat hingga ke siku, Hareez turunkan sebaik kaki melangkah semula masuk ke bangunan pejabat.

Setiap kali keluar makan tengah hari, begitulah gayanya. Tali leher juga disembunyikan di dalam poket.

Langkahnya yang mahu menuju ke bilik pejabat terhenti apabila mata ternampak seseorang sedang di depan meja setiausahanya.

Ya! Seseorang yang sangat familiar wajahnya walau hanya dilihat dari arah sisi.

Serentak langkahnya terhenti, perempuan tersebut berpaling. Dan ada kejutan pada wajah tersebut.

Hareez pandang setiausahanya yang baru meletakkan ganggang telefon.

"Buat apa kat sini?" Spontan soalan tersebut keluar dari bibir Hareez.

Kakinya kembali melangkah menghampiri meja Irene, setiausahanya.

"Ingat nak beli basikal." Gaya sarkastik jawapan diberi, dengan memek muka sekali. Gaya macam menyampah dengan pertemuan kali kedua ini.

Perlahan bibir Hareez melakar senyum.

"Wartawan Seleksi." Irene mencelah sambil menunjuk ke arah tetamu di depannya.

Hari ini bosnya ada temu janji dengan wartawan untuk sesi temu bual dan juga foto shoot majalah.

Tapi dia jadi pelik melihat dan mendengar gaya wartawan di depannya ini menjawab soalan bosnya.

Nampak macam sudah saling mengenali tapi gaya macam orang nak bergaduh.

Tanpa suara, Hareez terus atur langkah ke belakang pejabat. Dia perlu bersolat dulu dan kemaskan diri sebelum memulakan sesi temu bual.

"Silakan Cik Fatia, I tunjuk bilik bos." Tangan Irene menunjuk arah sebaik encik bos hilang di balik dinding.

"Cik duduk dulu, kejap lagi bos datang. Cik nak minum yang sejuk atau panas?" Sopan Irene bertanya.

"Eh! Tak payah susah susah." Fatia menolak.

"Ini memang tugas I." Senyum manis dilakar di bibir Irene.

"Yang sejuk boleh ya?"

Kali ini Fatia hanya mengangguk. Dia pun tengah haus sekarang ni. Bersua lagi dengan lelaki tadi buat tekaknya kering dengan tiba-tiba.

Irene sudah menghilang di balik pintu tetapi Fatia tidak terus duduk. Kakinya melangkah perlahan sambil matanya galak meneliti suasana bilik yang sederhana besar itu.

Satu set sofa kulit coklat gelap, sebuah meja kerja dilengkapi komputer riba dan kabinet panjang melekat di dinding menempatkan fail-fail yang tersusun rapi.

Melihat kemasnya bilik tersebut, Fatia percaya penghuninya juga seorang yang kemas dan teratur.

Di sudut penjuru sebelah kanan, terdapat sebuah almari kayu jati berdinding cermin, digunakan untuk mempamerkan model pelbagai jenis kenderaan. Ada kereta, motor dan basikal.

Hah! Basikal?

Fatia tekup mulut sendiri. Matanya terus terpaku pada susunan paling bawah sekali.

Baru tadi dia sebut tentang basikal. Tak sangka pula dalam bilik ni ada replika mini basikal pelbagai jenis terpamer di dalam almari kaca di sudut kiri bilik tersebut.

"So, Dah buat pilihan basikal mana yang nak dibeli." Suara seseorang yang menegur dari arah belakang mengejutkan Fatia.

Sebaik menoleh, dia dikejutkan kali kedua dan terus terkaku. Melihat wajah lelaki yang dengan penuh gaya melangkah masuk ke dalam bilik tersebut, nadinya seakan terhenti berdenyut.

YANG DIA PILIH (New Version)Where stories live. Discover now