Bab 8

444 25 0
                                    

MELANGKAH perlahan ke lif untuk ke parkir, pintu lif hampir tertutup tetapi jemari Hareez sempat menahan.

Sebaik pintu lif terbuka kembali, Hareez terus meloloskan diri. Dan sebaik matanya ternampak figura yang berdiri betul-betul di depan butang lif, dia pegun sesaat.

Dari arah belakang, dia yakin dari pakaian yang dipakai oleh perempuan yang sedang menunduk dan fokus pada telefon di tangan itu ialah Fatia.

Kebetulan lagi. Pada hal dia lebih awal meminta diri untuk beredar tadi. Tapi tersangkut lama di lobi hotel menjawab panggilan telefon.

"Cik, butang lif tu orang lain nak guna juga." Hareez terus menegur bila dia tidak boleh menekan butang lif kerana Fatia berdiri terlalu hampir dengan butang tersebut.

Orang yang ditegur terus angkat wajah dan berpaling ke belakang.

Nampak kejutan pada wajahnya.

Ada lagi dua orang di dalam lif tersebut hanya tersenyum apabila dia menegur begitu.

"I tak ada kuasa ajaib nak tekan butang lif tu."

Serentak kata-kata itu,

"Arrgggghh." Dia terus terjerit sambil tangan menggagau untuk berpaut.

Tidak bersedia, Hareez pula yang hilang imbangan badan apabila tubuh si gadis terdorong ke arahnya.

Gedebukkk!!!

"Aduhhhh..." Hareez mengaduh sambil menggosok belakang kepala yang terasa sakit.

Dia sudah separuh terbaring kerana tersekat dengan dinding lif dan si gadis elok landing di atasnya. Di celah pahanya.

Rasa senak.

Rasa nak menjerit kuat.

Tapi cuba ditahan sekuat mungkin.

Saat yang sama, pintu lif terbuka dan dua orang lagi yang berada di dalam lif tersebut melangkah keluar dengan senyuman lebar.

Tergamam di situ, Fatia sempat bangkit apabila pintu lif tertutup kembali meninggalkan mereka berdua di dalamnya.

"You tak nak bangun ke?" Hareez bersuara dengan wajah berkerut.

Bagai tersedar dari tidur yang panjang, Fatia tergopoh bangkit.

Hareez senyum dalam usaha untuk menenangkan diri sendiri. Sebenarnya, cuba untuk menenangkan jantung sendiri yang seakan lari tempo rentaknya.

Lelaki yang kuat iman pun rasanya boleh menipis imannya jika ditindih begini oleh gadis secantik ini.

Bangkit berdiri, Hareez mendekati si dia yang menggelabah menekan butang lif agar pintu kembali terbuka.

"Ini dah kira you cabul I tau. You kena bertanggungjawab kalau jadi apa-apa kat I." Hareez berbisik mengusik.

Sepantas kilat Fatia berpaling. Wajahnya sudah memerah menahan malu. Dan dia hilang kata-kata juga saat melihat ada senyuman di bibir lelaki yang sedang berdiri rapat di belakangnya.

Sekali lagi pintu lif terbuka dan pantas saja Fatia berlari anak keluar dari lif tersebut. Sesak dadanya bila memikirkan adegan terlanding dia atas celah paha lelaki yang sedang tersenyum itu.

Hareez hanya memandang sementara menunggu pintu lif kembali tertutup.

Tapi bila pintu hampir saja tertutup, dia bagai terdengar jeritan seseorang.

YANG DIA PILIH (New Version)Where stories live. Discover now