LAMA tak balik ke rumah tempat dia membesar, Hareez gunakan kesempatan yang ada bermanja dengan Tok Ma.
Duduk menempel di sebelah Tok Ma dengan kepala direhatkan ke atas bahu. Bukan selalu dia begitu tapi tak tahu kenapa kepulangan kali ini, dia rasa nak bermanja.
Mereka sekeluarga pulang ke Johor untuk menyambut Maulidul rasul bersama Tok Ma. Ada sedikit majlis di rumah Tok Ma untuk keluarga terdekat.
"Amboi! manjanya dia." Tiba-tiba terdengar suara menegur.
Hareez angkat kepala, nampak Lya melangkah keluar dari ruang dapur sambil menatang sedulang air.
"Cemburu?"
"Eeeuuuwww....Tak sesuai." Lya ketawa perlahan.
Memang sepanjang mengenali Hareez, dia tak pernah melihat situasi begini. Dia kenal Hareez sebagai seorang yang sentiasa serius dan tegas tapi bila melihat Hareez yang manja begini, nampak sangat pelik di matanya.
"Minum Tok Ma." Secawan kopi, Lya letak di depan Tok Ma dan secawan lagi di depan Hareez.
"Dan...Tak sesuai juga bila dah besar panjang duduk bermanja begini. Kalau Antasya tu logik la juga." Lya menyambung sebelum mengatur langkah menuju ke pintu, menghantar air untuk Zhafran yang sedang bersembang dengan Tok Ayah di anjung depan.
"Patut la cucu Tok Ma ni tak kahwin-kahwin sampai sekarang." Datin Sri Norli bersuara tiba-tiba dengan pandangan menghantar langkah Lya sehingga hilang di balik pintu utama.
Sehari Lya di situ, dia sudah jatuh sayang dengan cucu menantunya itu. Selama ini dia hanya bertemu Lya sekejap saja, tidak berkesempatan untuk beramah mesra.
Sejarah silam membuatkan keluarga Junaina, satu-satunya anak perempuan yang dia ada jarang sekali mahu pulang ke rumah itu.
Hari ini dia rasa bertuah kerana semua anak menantu dan cucu menantunya berkumpul sebagai sebuah keluarga. Dan hari ini juga dia sudah kenal Lya sedalamnya.
Sebagai wanita, Lya punya pakej lengkap. Lembut dalam bertutur dan pandai membawa diri. Tidak terlalu cantik tetapi punya aura yang boleh buatkan orang akan memaku mata tatkala memandangnya.
"Kenapa Tok Ma cakap macam tu?" Hareez angkat kepala. Matanya tepat ke wajah Tok Ma sebelum berpusing mengikut arah mata orang tua itu.
"Memang dia wanita istimewa tetapi kalau dah Tuhan tetapkan dia bukan jodoh kita, anggap saja Tuhan sedang atur jodoh yang lebih baik untuk kita. Lepaskan dan reda, itu yang terbaik" Panjang nasihat Datin Sri Norli.
Hareez terdiam tanpa mampu mengeluarkan kata-kata.
Ya! Tok Ma, dia sudah reda dan sedang cuba melepaskan semuanya.
"Nak tak kalau Tok Ma carikan?"
Hareez angkat kepala sekali lagi.
"Cari apa?" Pura-pura bertanya walhal dia sebenarnya sudah tahu maksud di sebalik soalan tersebut.
"Cari calon untuk Reez laaa..." Datin Sri Norli menjegilkan mata. Tahu sangat Hareez ingin mempermainkannya.
Dia serius kerana di kepalanya sudah terencana sesuatu . Wajah cucu teman baiknya tiba-tiba terbayang di ruang mata.
Pun begitu, dia juga tidak ingin memaksa. Sejarah lama telah mengajarnya. Paksaan bukanlah cara yang sesuai untuk memenuhi kehendak hati sendiri.
Dulu, suatu ketika dulu, dia pernah memaksa Junaina berkahwin dengan pilihannya tetapi kerana cinta Junaina sanggup mengetepikan keluarga, berkahwin tanpa pengetahuannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/319508004-288-k259563.jpg)
YOU ARE READING
YANG DIA PILIH (New Version)
RomansaKisah kesinambungan Hati Kala Cinta. Kisah Hareez yang cintanya tak kesampaian dengan Lya. Adakah dia akan bertemu cinta yang baru?