2 | 01

160 16 0
                                    

-Only sad people believe in happy ending-*******

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-Only sad people believe in happy ending-
*******


Porta
4 Februari 495

WATAK utama. Semua orang mahu menjadi watak utama. Watak utama yang diberikan perhatian dan disegani ramai. Watak utama yang paling bersinar meskipun di mana sahaja dia berdiri.

Namun sayangnya, bukan semua orang boleh jadi watak utama. Sesetengah manusia dilahirkan hanya untuk menjadi watak sampingan. Watak sampingan yang bakal membantu watak utama bersinar. Watak sampingan yang wujud tetapi tidak kelihatan. Watak sampingan yang berusaha keras untuk menyerlah tetapi tidak tinggal di dalam ingatan sesiapa.

Kerana mereka adalah watak sampingan.

Cahaya dari lensa kamera datang dari setiap sudut tetapi Irsa masih kekal tersenyum lebar. Dirinya harus kelihatan sempurna apabila keluar di muka hadapan akhbar nanti jadi dia kena kekal tersenyum.

Dari kecil sehingga sekarang, tidak pernah sekali pun Irsa diberi perhatian sebegini rupa. Dirinya yang sentiasa menjadi bayang-bayang kakaknya kini sudah dikenali di segenap pelosok Yildiz. Ke mana pun dia pergi, pasti namanya akan disebut-sebut.

Sebagai permaisuri Yildiz.

Dia agak gembira. Impiannya untuk menjadi watak utama bakal tercapai. Setelah sekian lama sekadar berdiri di belakang dan memerhati, peluang Irsa untuk menyerlah akhirnya tiba juga.

Selesai sahaja sesi bergambar, beberapa orang gadis datang menghampiri Irsa bersama jambangan bunga.

"Irsa, tahniah! Untung betul awak dapat bersuamikan Hakim." Tisya, anak menteri kewangan Yildiz hadir seraya menghulurkan jambangan bunga tulip yang dibawa bersama.

"Betul tu. Hakim dahlah baik, gentleman, kacak pula tu. Untungnya! Tapi yang paling penting sekali sekarang, awak akan jadi permaisuri Yildiz! Mesti awak gembirakan? Indah pun dah tak boleh nak dibandingkan dengan awak." Tambah Rania, anak setiausaha negara.

"Ish, awak ni. Mestilah Irsa gembira. Suami dia Hakim! Lelaki paling sempurna dekat Porta. Irsa dan Hakim memang sesuai. Seorang Raja, seorang lagi anak perdana menteri. Macam pinang dibelah dua!" Celah Lyn, salah seorang anak bangsawan Yildiz.

Senyuman Irsa bertukar sedikit kelat. Hari ini adalah hari perkahwinannya. Majlis gilang gemilang, mewah dan penuh dengan figura-figura penting Porta ini adalah majlis untuk meraikan dirinya.

Beberapa minggu lalu dia telah dipilih oleh merpati untuk menjadi pasangan hidup Hakim, Raja Porta. Menjadi isteri Hakim ialah impian semua gadis di Yildiz termasuklah Irsa sendiri. Pada mulanya dia memang sangat gembira, sekarang pun dia masih gembira. Namun beberapa minggu berada di istana buat Irsa sedar tentang satu perkara.

"Eh, tu Raja Hakim. Wah, kacaknya. Lebih-lebih lagi bila dia senyum. Kacak!"

Mata Irsa melirik ke arah yang ditunjuk oleh Rania. Dari kejauhan kelihatan Hakim sedang bersembang dengan beberapa orang ahli kabinet.

PORTA : The Second PageWhere stories live. Discover now