2 | 43

53 3 0
                                    

TIGA orang manusia itu berjalan di laluan pejalan kaki diketuai dengan si kanak-kanak di hadapan. Hilang sahaja bangunan tadika dari pandangan, si kanak-kanak lantas berpaling menghadap Han.

"Abang bukan abang saya. Kenapa abang cakap abang ni abang saya?" Soal si kanak-kanak.

"Aku bukan abang kau. Tapi kenapa kau mengaku aku ni abang kau depan cikgu kau tadi?"

Kanak-kanak itu menunduk.

"Kalau saya tak cakap macam tu, nanti cikgu bergaduh dengan ibu lagi dan dia tak akan bagi saya balik. Ibu sibuk kerja. Tak boleh nak ambil saya," jawab si kanak-kanak dengan wajah muram.

"Abang dengan akak ni penculik ke?" Soal si kanak-kanak lagi.

Irsa berlutut sebelah kaki di hadapan kanak-kanak itu.

"Eh kami bukan penculik. Kami ni orang baik. Erk... mungkin tak baik sangat tapi kami bukan orang jahat. Adik jangan risau tau."

Han memerhati kanak-kanak itu dari atas ke bawah. Baju si kanak-kanak lusuh. Rambutnya juga tidak disikat rapi. Beg sekolahnya pula sudah rosak zip dan kotor.

"Anum. Kau tak ingat aku?"

Si kanak-kanak dan Irsa serentak memandang Han.

"Macam mana abang boleh tahu nama saya?"

Si kanak-kanak berundur setapak. Sudah bersedia untuk melarikan diri. Irsa bangun dari duduk melutut lalu terus berpaling menghadap Han.

"Kau kenal budak ni ke Han? Anak kau ke?"

Irsa ditolak ke tepi dan belum sempat kanak-kanak yang bernama Anum itu mahu melarikan diri, Han terlebih dahulu mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya iaitu sekeping plaster.

Tangan kanak-kanak itu ditarik lalu Han melutut dan melekatkan plaster itu ke siku si kanak-kanak yang ternyata ada luka. Apabila Han menyentuh kulit Anum, dapat dia rasakan kulit kanak-kanak itu berubah keras seperti kulit kayu untuk beberapa detik.

Benar nampaknya tebakan Mago. Ketika Han melalui ruang masa untuk pertama kalinya dahulu, ternyata bukan dia seorang sahaja yang merentas masa. Han menatap wajah kanak-kanak di hadapannya itu.

"Jangan luka teruk sangat. Jangan selalu menangis. Bila masanya dah tiba, aku akan datang dan dapatkan kau," ucap Han dan sejurus setelah itu dia terus bangun dan melangkah meninggalkan kanak-kanak itu. Irsa segera mengekori Han tanpa sempat membuka mulut.

Anum menyentuh plaster di sikunya. Dia menoleh dan ketika itu dia sedar sesuatu.

Dua orang manusia yang menjemputnya tadi kini sudah lesap dari pandangan.









-THE SECOND PAGE-


"OKEY Han cukup. Tolong bagitahu aku sekarang apa yang sebenarnya jadi? Mana kau pergi tiga bulan sebelum ni? Kenapa kau balik dan tiba-tiba berubah? Kenapa kau jumpa Mago? Apa yang kalian borakkan sebenarnya? Siapa budak tu? Macam mana kau boleh kenal dia? Apa yang kau tengah cuba buat sekarang ni sebenarnya?"

Soalan bertubi-tubi dari Irsa menyebabkan langkah Han terhenti. Dia memalingkan tubuhnya menghadap Irsa dengan wajah tanpa riak.

"Berhenti ikut aku."

"Hah?"

"Kalau kau perlukan hidup yang baru atau tak ada arah tuju aku ada kenalan dekat Casa ni yang boleh tolong kau. Dia boleh bagi kau kerja dan identiti yang baru. Kau boleh hidup normal semula. Kau tak perlu risau."

PORTA : The Second PageWhere stories live. Discover now