2 | 18

99 16 2
                                    

-Only sad people believe in happy ending- *******

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-Only sad people believe in happy ending-
*******

[12 Januari 2002 - Casa]

SEBALDI air diangkat lalu disimbah ke muka Irsa tanpa belas kasihan. Irsa yang tadi nyenyak tidur setelah seharian menjadi pelarian terus sahaja tersentak dan terduduk.

"Bangun! Kita ada perjalanan yang panjang untuk ditempuh," ujar Han lalu terus keluar dari bilik Irsa. Irsa menyapu wajahnya yang basah lalu segala sumpah seranah terus diberikan di dalam hati.

"Aku bagi kau masa 15 minit je!"

"Mana sempat!"

"10 minit!"

"Ish, ya lah! Nak bersiaplah ni!"

-THE SECOND PAGE-

Apabila Han cakap mereka akan tempuh perjalanan yang jauh, Han memang tak tipu. Hampir setengah hari mereka berada di dalam kereta sehinggalah mereka sampai di sebuah tempat dengan papan tanda Jeti Teluk Masin.

Sebaik sahaja enjin dimatikan, Irsa terus keluar dari perut kereta. Angin dari laut menyapa wajahnya sehingga rambut kerintingnya habis beralun ditiup angin.

"Ish, tak bawa scrunchies lah pula."

Dalam Irsa sibuk merapikan rambutnya daripada berterbangan, kepalanya tiba-tiba dipakaikan sebuah topi besbol. Irsa mendongak dan Han terus muncul di layar mata.

Dup.

Dap.

Dup.

Dap.

"Aku nak pergi jumpa orang bawa bot sekejap. Kau tunggu sini. Jangan pergi mana-mana," ujar Han lalu terus berjalan pergi.

Irsa tarik nafas dalam lalu dihembus perlahan-lahan. Dadanya diurut dan kepala digeleng-geleng. Ni mesti berdebar-debar sebab terkejut ni. Irsa bersandar di kereta seraya menunggu Han datang kembali. Pemandangan di Jeti Teluk Masin itu dinikmati. Meskipun hari sudah hampir senja tapi masih ramai lagi orang berlegar-legar di jeti itu. Ada yang sedang mengangkat jemuran ikan, baru naik dari bot dan ada juga yang sedang menyusun kotak-kotak berisi hasil tangkap laut.

Dalam pada memerhati, perhatian Irsa mula teralih kepada perbualan sekumpulan nelayan yang sedang mengangkat hasil tangkapan mereka dari dalam bot ke darat.

"Anak si Razak tu masih tak jumpa ke?"

"Hmp, dah seminggu hilang mana nak jumpanya. Polis, tentera laut semuanya lah cari. Tak jumpa juga. Mesti kerja si Mayang lah tu. Diculiknya budak tu tak dipulangkan."

"Ish, tapi hari tu dengar cerita dah panggil orang yang pandai bab laut ni. Tak jalan juga?"

"Tak jalan. Orang pandai tu siap cakap yang Mayang tu nak lagi 3 orang lelaki muda. Hah, kau ingat-ingatkan sikit dekat anak-anak buah kau tu. Balik awal. Sebelum maghrib. Tak fasal-fasal kena culik juga dengan si Mayang tu."

Kening Irsa terangkat sebelah mendengar perbualan mereka.

Mayang?

"Jom."

Han muncul kembali dengan seorang lelaki di sisinya. Irsa segera mengekori Han dan berjalan beriringan dengan sang jejaka. Lelaki yang dibawa Han tadi mengetuai jalan mereka sehingga tiba betul-betul di tepi jeti. Lelaki itu terjun ke dalam salah sebuah bot lalu mula memeriksa enjin bot.

"Weh, tadikan aku dengar. Ada orang kata jangan turun laut waktu maghrib. Nanti kena culik dengan Mayang. Aku pun tak tahu Mayang tu apa. Tapi aku tak rasa Mayang tu benda baik. Dah nak dekat senja dah ni. Tak apa ke kita pergi laut?" Soal Irsa.

Han melompat masuk ke dalam bot terlebih dahulu lalu menghulurkan tangannya kepada Irsa.

"Tak apa. Sebab kita memang datang sini nak cari Mayang."




-THE SECOND PAGE-

[6 Januari 501 - Porta]

"SISTEM beraja perlu dibubarkan. Sesuatu negara dengan terlampau banyak pemimpin hanya akan buatkan negara itu tak teratur. Kita ada kabinet menteri, kita ada ketua puak dan kita juga ada kerabat diraja. Bila terlampau banyak pemerintah, rakyat pun tak tahu nak ikut arahan siapa. Jadi lebih baik kita bubarkan sahaja sistem beraja ni."

Hujah dari Helina, menteri komunikasi mendapat berbagai reaksi daripada kabinet menteri sehingga sidang parlimen itu jadi kecoh. Ada yang menyokong hujahan Helina, ada juga yang membangkang. Para putera pula tidak bersuara di tempat duduk mereka, sekadar memerhati gelagat para menteri untuk sementara waktu.

"Para putera adalah pemimpin yang dipilih oleh Tuhan. Kamu nak melanggar perintah Tuhan ke? Mereka adalah pelindung dimensi. Tanpa mereka semua, kita tak mungkin dapat menjaga rahsia dimensi!"

"Ya. Mereka penjaga pintu dimensi. Tetapi mengikut Kitab Irsyad, kitab panduan manusia di Porta, mereka cuma penjaga pintu sahaja. Bukan pemimpin. Yang mengangkat mereka menjadi pemimpin adalah rakyat Porta sendiri. Jika mereka hilang kredibiliti mereka sebagai pemimpin, itu bermakna kita juga boleh turunkan mereka dari takhta!"

Sesi bertikam lidah bermula lagi dan kali ini semakin teruk. Eijaz bangun dari duduknya lalu meja dihentak.

"CUKUP!"

Tengkingan Eijaz menyebabkan semua menteri terdiam.

"Sidang parlimen ditangguhkan ke hari esok. Kami tak mahu berbahas dengan menteri yang beremosi. Kita akan sambung parlimen ni nanti."

Atas arahan Eijaz, menteri-menteri mula beredar dengan rasa tidak puas hati. Helina yang masih berdiri di tempatnya menjeling Eijaz tajam dengan maksud penuh tersirat dan akhirnya turut beredar. Eijaz menghela nafas lemah lalu kembali duduk.

"Masalah betul lah si Helina tu. Yang dia benci sangat dekat kita dah kenapa?" Lutfan menggenggam penumbuk.

"Dia tak puas hati fasal Irsa lah tu. Hari tu kes Hakim. Lepas tu sekarang Han bawa Irsa lari. Mana yang dia tak bengang."

Helina Hamdan. Wanita yang serba serbi sempurna. Dia adalah satu-satunya wanita yang berjaya menyertai kabinet menteri seawal usia 23 tahun. Anak sulung kepada Hamdan yang juga merupakan perdana menteri Yildiz dan dia adalah kakak kepada Irsa.

Sebelum ini Helina sudah beberapa kali mengutarakan usul untuk membubarkan sistem beraja tetapi usulnya itu sentiasa ditolak. Namun disebabkan tragedi yang menimpa Porta baru-baru ini, usul itu akhirnya berjaya masuk ke dalam sidang parlimen dan menjadi perdebatan hangat di antara para menteri.

"Jadi apa kita patut buat sekarang? Selama ni Hamdan sentiasa pertahankan kita. Tapi tadi dia langsung tak bersuara." Idlan mencelah dalam nada gusar.

Lee diam seketika berfikir. Sejenak kemudian dia angkat muka.

"Jom jumpa semua ketua puak esok."







+Next chapter will be updated after the vote reach 10. Thank you guys ❣️

PORTA : The Second PageWhere stories live. Discover now