2 | 48

58 4 0
                                    

BUNYI dentingan besi kedengaran setiap kali dia menggerakkan tangan dan kakinya. Nampaknya penjara ini sudah dinaik taraf khas untuk dirinya. Kali terakhir Han ditangkap dia tak pula digari dengan rantai besi tebal di dalam penjara. Tapi kali ini mereka nampaknya memang benar-benar tidak mahu Han terlepas lagi. Kedua-dua kaki dan tangan Han digari dan dia kini melekat di dinding tidak mampu bergerak.

Kepala ditunduk lalu nafas berat dihela. Apabila kepalanya diangkat kembali, seorang wanita berambut putih sehingga ke pinggang muncul di hadapannya. Wanita itu sangat jelita dan tidak ada segaris kedutan mahu pun parut di wajahnya.

"Kau. Merata dimensi aku cari kau tapi tak jumpa. Bila aku dah tak ada arah dan nak berputus asa, kau datang lagi."

Wanita misteri itu tersenyum.

"Kau nak mengalah?"

"Aku gabungkan roh dia dengan manusia dari Porta macam yang kau bagitahu. Kau kata kalau dia tak ada kaitan dengan Porta, dia tak akan buat huru hara. Tapi bila aku pergi ke masa hadapan semula, tak ada apa yang berubah. Dia masih raksasa," ujar Han.

"Jadi sebab tu ke kau bawa dia ke Porta semula?"

"Kalau tak ada cara nak selamatkan dia daripada jadi raksasa, lebih baik dia dihapuskan. Itu yang terbaik."

"Jadi sebab tu... kau bawa dia ke Porta semula?"

Soalan yang diulang sang wanita  menyebabkan Han tersedar sesuatu. Dia hilang kata. 

Dia... dia yang bawa Anum ke Porta semula.

Han yang menyebabkan takdir mereka berulang lagi.

Han penyebabnya.

"Ada sesetengah takdir tak boleh diubah. Tapi ada sesetengah dibuat atas dasar pilihan. Pertemuan antara Anum dan Aliyan pasti berlaku. Tapi biarkan diri dia jadi raksasa adalah pilihan Anum."

"Keadaan di Porta sudah banyak berubah atas usaha kau Han. Jika Anum sedar tentang usaha kau, mungkin dia tak akan biarkan diri dia hancur lagi. Mungkin dia akan ubah fikiran."

Han menunduk.

"Macam mana aku nak tahu dia dah ubah fikiran? Anum yang ada sekarang, nampak macam dia. Tapi dalam masa yang sama tidak."

"Masuk dalam fikiran dia. Kau menuntut ilmu dengan Seroja untuk tujuan ini bukan?"

"Ya, tapi sekarang kau tengok ni..."

Tangannya yang diikat rantai besi digoyang-goyangkan.

"Aku tak boleh ke mana-mana. Aku tak boleh guna kuasa aku," ujar Han.

"Bukan kau seorang sahaja yang cuba ubah masa hadapan Han. Di saat kau berusaha mengubahnya, ada seorang lagi manusia yang turut melakukan hal sama. Minta pertolongan dia. Jika dua garisan lurus bergerak pada arah yang sama tetapi secara selari, mereka tidak akan pernah bertemu. Penghujung tak akan wujud. Kadang-kadang, kau kena ubah arah kau untuk cipta kemungkinan yang baru."

Dahi Han berkerut tatkala cuba menghadam kata-kata si wanita misteri. Apabila dia mengangkat semula muka, ternyata wanita itu sudah hilang dan kini diganti dengan Eijaz yang sedang berdiri di luar sel.

"Kau dah kalah." ujar Eijaz dalam nada angkuh.

Han mendongak. Senyuman lucu si jejaka ukir tatkala melihat wajah yakin Eijaz. Dia tidak membalas kata-kata Eijaz malah hanya tertawa kecil lagak orang gila. Eijaz mengetap bibir geram disebabkan reaksi Han.

"Kenapa kau ketawa? Kau tahu tak yang kau tu bila-bila masa sahaja akan jalani hukuman mati? Kau tetap nak ketawa? Ke kau dah gila?"

Dua garis selari bergerak ke arah yang sama.

"Aku memang dari dulu lagi gila. tapi aku ketawa bukan sebab aku gila. Aku ketawa sebab aku rasa kau sangat menyedihkan."

"Kau tak ada dalam situasi di mana kau boleh cakap aku menyedihkan. Atau situasi di mana di mana kau boleh kasihankan aku. Orang yang paling menyedihkan dan patut dikasihankan sekarang adalah kau, Putera Eshan As- Syahid."

Kata-kata Eijaz yang berbaur sindiran itu langsung tidak memberi kesan kepada Han. Kepala diangguk menyetujui kata-kata Eijaz. Han menyandarkan belakang badannya ke dinding lalu dia memejamkan mata.

"Kau ada kuasa yang hebat. Kau boleh nampak masa hadapan. Tapi sayangnya kau tak pandai gunakan kuasa kau sepenuhnya. Kau sentiasa tahu apa yang akan jadi. Tapi kau tak pernah tahu isi perjalanan ramalan yang kau nampak tu. Sebab itulah ramalan yang kau dapat kadang-kadang boleh jadi betul, kadang-kadang boleh jadi salah."

"Kau cakap apa ni?"

"Apa yang aku cuba cakap dekat kau ialah..."

Kelopak matanya dibuka semula lalu matanya terus bertembung dengan sepasang mata Eijaz.

"Kau fikir kau siapa boleh ubah masa hadapan? Tuhan? Ramalan kau bukannya boleh jadi salah atau betul bergantung kepada apa yang kalian buat. Tapi ramalan kau akan jadi salah, sebab kau yang salah faham dengan ramalan kau. Dalam erti kata lain, masa hadapan tak akan pernah berubah. Tak akan."

"Masa hadapan apa yang kau maksudkan?"

"Masa hadapan yang kau dan aku sedang fikirkan sekarang. Tentang malapetaka tu."

Tangannya dikeluarkan dari dalam poket seluar. Eijaz membalas renungan Han.

"Aku bagitahu kau Han. Malapetaka tu tak akan berlaku. Aku akan halang malapetaka tu."

"Aku pun sama."

Kening Eijaz bertaut. Han meneruskan kata-katanya.

"Aku pun cuba halang malapetaka tu. Kau dan aku macam dua garis selari bergerak menuju ke arah yang sama ke penghujung yang tak kelihatan. Walau apa pun yang kita buat, jalan di hadapan kita tetap tak ada kesudahan. Jadi sekarang aku nak ubah arah aku supaya bertembung dengan kau."

"Bekerjasama dengan aku. Mari cipta hala tuju yang baru."

PORTA : The Second PageWhere stories live. Discover now