2 | 39

54 7 0
                                    

LAMA Han dan Hakim saling bertentangan pandangan sehinggalah ketawa Han tiba-tiba pecah. Hakim menjeling Han.

"Lawak ke?"

"Apa? Tak lawak ke? Bagi aku lawak. Kau patut tengok muka kau sendiri. Muka kau nampak macam bila-bila masa saja boleh layang sebiji penumbuk dekat muka aku."

"Han, boleh tak serius?"

Tawanya Han habiskan.

"Seriuslah. Bila masa pula aku tak serius? Kau patut lepaskan dia. Tak rasa tamak ke ada dua isteri?"

Hakim berpaling.

"Rehat malam ni dekat rumah aku. Esok kau boleh beredar. Hantar Irsa ke istana semula. Kalau kau tak hantar dia, aku sendiri akan hantar."

Senyum Han bertukar sinis.

"Untuk apa? Supaya dia boleh terus jadi banduan kau?" Perli Han. Dia bergerak ke hadapan Hakim dengan wajah yang kini sudah berubah riak.

"Lepaskan dia."

Nada Han kini sudah berubah dingin.

Hakim memandang Han. Dari wajah sahaja dia tahu yang kali ini lelaki itu benar-benar memaksudkan kata-katanya.

"Kau tahukan benda tu mustahil? Aku tak boleh ubah takdir," ujar Hakim.

"Benda tu tak mustahil Hakim. Kau boleh ubah takdir kau kalau kau nak."

"Ubah takdir boleh rosakkan aturan dunia!"

"Dah tu lari dari takdir tak rosakkan apa-apa?"

Hakim diam.

"Kau mesti tahu tentang kuasa Eijazkan? Dia boleh ubah takdir orang. Kalau kau minta dia ubah takdir Irsa dengan Qaisara. Aku yakin dia akan tolong. Dia akan tolong sebab kalau Qaisara jadi wanita yang dipilih merpati, kau tak akan lari lagi. Kau akan kembali ke Yildiz."

"Wanita yang dipilih merpati..."

Hakim membuang pandang ke arah  kawasan kediaman yang jelas kelihatan dari puncak bukit.

"Wanita yang dipilih merpati lahir dengan takdir hidup yang sangat berat."

Pandangannya Hakim alihkan ke arah Han.

"Aku tak boleh biarkan Qaisara pikul takdir tu," ujar Hakim.

Ketawa tak percaya Han terlepas. Dia memandang tepat muka Hakim dengan mata yang langsung tidak berkerdip.

"Qaisara tak boleh pikul takdir tu? Tapi kalau Irsa yang pikul, tak apa? Itu ke maksud kau?"

"Qaisara anak yatim piatu. Dia tak ada sesiapa. Kalau dia jadi wanita yang dipilih merpati, dia akan jadi buruan semua orang disebabkan aku. Irsa lain. Dia anak perdana mentari. Datang dari keluarga elit. Hidup dia jauh lebih baik dari Qaisara. Walaupun aku tak ada dekat sisi dia, dia tak akan apa-apa. Selagi dia ada di Porta, dia tetap akan dilindungi. Lagipun dia-"

Kata-katanya tidak dapat disambung apabila Han tiba-tiba bertindak mencekak kolar baju Hakim. Han merenung Hakim dengan pandangan yang tajam menikam. Hujahan jejaka itu menyebabkan seluruh tubuh Han kini menggeletar menahan baran.

"Kalau dia lebih kuat... dia ada hidup yang lebih baik... adakah itu bermakna dia boleh disakiti? Boleh tanggung derita untuk orang yang tak kesah pun untuk dia?!" Bengang Han.

"Dia pun manusia. Dia pun menangis. Setiap kali aku jumpa dia, setiap kali tu dia menangis!"

Nafas dalam ditarik sebelum kolar baju Hakim dilepaskan.

"Manusia macam kau, tak layak langsung ada tempat dalam hati dia."

Tubuh Hakim ditolak.

"Jangan kata aku tak ingatkan kau. Aku dah suruh kau lepaskan dia tapi kau tak nak. Tanggung sendiri apa yang akan jadi nanti," pesan Han  kemudian dia terus angkat kaki beredar.









PORTA : The Second PageWhere stories live. Discover now