2 | 46

46 6 0
                                    

[Porta - 14 Jun 513]

"Pilih."

Mata pedang diletakkan betul-betul di leher pemuda di hadapannya. Darah menitik keluar meskipun mata pedang sekadar diletakkan bukan ditekan. Si pemuda tidak menjawab sebaliknya air mata kini sudah lebat membanjiri pipinya.

"Aku suruh kau pilih bukan menangis. Kau nak mati terbakar ke kau nak mati lemas."

Tangisan pemuda itu semakin menjadi-jadi. Anum merengus kasar. Dia bangun dari duduknya.

"Lupakan. Apa pun kau pilih, yang pasti kau tetap akan mati hari ni."

Pedang diangkat tinggi mahu melibas kepala lelaki itu. Namun sebilah pedang tiba-tiba terbang kemudian menepis pedang Anum sehingga terpaling jauh ke lantai.

Anum memejam mata menahan geram. Apabila matanya dibuka kembali, kelihatan Han sudah berdiri di hadapannya.

"Pergi," arah Han kepada pemuda yang sedang berlutut sambil menangis di hadapan Anum. Pemuda itu memandang Anum dan Han bersilih ganti lalu cepat-cepat bangun dan beredar dari situ. Beberapa orang penduduk kota yang dari tadi menjadi turut bertempiaran lari.

"Lari! Lari! Lari! Hahahaha! Kau semua lari lah ke mana pun! Kita akan jumpa semula juga nanti!" Pekik Anum  kepada semua tahanannya yang lari tidak cukup tanah. Anum berpaling kemudian mencapai dua pedang yang berteraburan di lantai. Salah satu dari pedang itu diambil lalu diserahkan kepada Han.

"Berhenti kacau aku," ujar Anum seraya menyerahkan semula pedang Han.

"Kau yang patut berhenti. Berapa banyak nyawa orang lagi kau nak ambil?"

Anum diam seketika lalu dia ketawa. Mula-mula perlahan tetapi semakin lama semakin kuat.

"Kau tak dengar ya pengumuman aku hari tu? Semua. Aku akan hapuskan semua makhluk bernyawa dekat Porta ni. Pengecualian untuk kau sebab kau abang aku. Tapi kalau kau asyik kacau aku, aku tak boleh jamin yang aku tak akan apa-apakan kau," ujar Anum yang kini sudah mati tawanya.

"Semua kuasa besar dekat Porta ni dah habis Anum. Semuanya kau dah hapuskan. Dah tak ada sesiapa yang tinggal kecuali putera-putera. Semua yang ada sedang bersembunyi sekarang semuanya rakyat yang tak bersalah. Yang tak ada kaitan pun dengan apa pun terjadi."

"Siapa kata mereka tak ada kaitan?! Mereka yang membenarkan adat saling berbunuhan dekat sini! Aku cuma buat apa yang mereka buat!"

"Tapi ada di antara mereka tu bayi-bayi yang bahkan tak pandai berjalan! Warga emas yang dah tak larat bergerak. Tak kan tu pun kau nak bunuh?!" Pangkas Han.

Mata Anum memerah. Dia menghampiri Han.

"Bayi-bayi yang kau cakap tu, akan membesar dan jadi tak ubah macam mak ayah dia. Orang-orang tua tu pula dah memang pernah ada darah dekat tangan mereka. Daripada aku pilih-pilih orang..."

Anum menjalarkan tangannya ke hadapan. Tidak sampai sesaat, pemuda yang tadi sudah melarikan kini terbang dan lehernya terus berada di dalam cengkaman Anum.

"... lebih baik semuanya mati."

Leher pemuda itu dipatahkan Anum dengan sebelah tangan dan si pemuda terus terkulai jatuh tidak bernyawa.

"Manusia. Bila bangsa mereka dah sampai tahap Tuhan pun mereka nak lawan, tak ada sesiapa pun boleh ubah mereka. Satu-satunya cara untuk betulkan mereka adalah hapuskan bangsa mereka bersih serta merta."

Anum berjalan melepasi Han.

"Sesi merayu dah habis Han. Sekarang tempoh hukuman. Jangan cuba halang aku. Sekali lagi kau cuba hentikan aku,  kau bukan abang aku."


PORTA : The Second PageWhere stories live. Discover now