2 | 31

76 12 0
                                    

[Perkampungan Tanturuk - Khasun]

"AYAH, Melati sudah pulang."

Tok Rowa, ketua Kampung Tanturuk turun dari rumah kayunya lalu terus menerpa ke arah Melati.

"Melati, ke mana saja kamu? Berpurnama menghilang!"

"Maafkan Melati ayah. Melati cuba lari dari putera-putera Porta sebab tu Melati tak pulang ke rumah."

"Lari? Kamu ni tak pernah tak buat masalah! Sudah! Mulai sekarang ayah tak benarkan lagi kamu keluar dari kampung! Arjuna!"

Arjuna, abang kepada Melati yang turut keluar dari rumah tatkala mendengar berita kepulangan adiknya menghampiri sang ayah.

"Ya, ayah?"

"Ambil gelang mata air! Pakaikan pada Melati. Dia dilarang sama sekali keluar dari kampung lepas ni!"

"Baik, ayah," jawab Arjuna.

Nafas lelah dihela Tok Rowa. Benarlah kata orang-orang, menjaga seorang anak perempuan lebih susah daripada menjaga seratus ekor kambing.

"Ini siapa pula?" Soal Tok Rowa tatkala sedar akan kewujudan seorang lagi gadis di belakang anaknya.

"Kawan Melati. Melati tinggal di rumah sebelum ini. Nama dia Irsa. Boleh dia tinggal beberapa hari di sini bersama kita?" Soal anak perempuan Tok Rowa itu dengan berhati-hati.

Muka Tok Rowa yang masih tegang menyebabkan si Melati dan Irsa kedua-dua menunduk.

"Ikut kamulah! Janji jangan buat hal lagi! Dah, naik rumah!"

Tok Rowa berpaling, mahu naik semula ke dalam rumah.

"Ayah."

"Apalagi?!"

Mata si Melati terpejam. Lama-lama bercakap dengan Tok Rowa ni boleh pekak telinga dia jadinya.

"Melati minta maaf atas kesalahan Melati. Untuk tebus kesalahan Melati, Melati akan ikut cakap ayah. Jadi Melati kira Melati nak belajar ilmu pengubatan yang ayah pernah nak ajar Melati dulu. Boleh?"

"Betul-betul menyesal kamu ya. Baik. Kalau macam tu esok kita mula belajar."

-The Second Page-

"ISH, sakit kepala aku dengar suara orang tua tu."

Han mencampakkan selendang kepalanya ke atas tilam lalu dia turut merebahkan tubuhnya.

"Woi, kau tu perempuan. Pakai kain pula tu. Baring elok-eloklah. Tegur Irsa yang kemudian melabuhkan punggung di atas kerusi kayu di dalam bilik Melati.

Alkisahnya beberapa hari lepas, Han cipta satu lagi rancangan gila. Dia mahu belajar ilmu perawatan dengan Tok Rowa di dimensi Khasun. Jadi dia pun berubah bentuk dan menyamar menjadi Melati, anak perempuan kepada Tok Rowa. Bila Irsa tanya ke mana Melati yang sebenar pergi Han kata perempuan itu sudah dibunuhnya.

Sejujurnya Irsa rasa dia ada masalah jiwa macam Han juga sekarang. Bila Han bunuh seseorang, Irsa sudah tak rasa apa-apa. Sedangkan suatu masa dahulu Irsa sangat menggeruni kelakuan kejam Han yang satu itu.

Han bangun lalu membetulkan kainnya yang terselak sampai ke betis kemudian kembali berbaring di atas tilam kekabu.

"Hebat betul kau berlakon jadi perempuan. Sampai aku lupa yang kau ni lelaki."

Han ketawa.

"Terima kasih atas pujian. Aku memang hebat dan cantik."

Matanya Irsa gulingkan.

PORTA : The Second PageWhere stories live. Discover now