2 | 10

90 15 0
                                    

-Only sad people believe in happy ending-*******

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-Only sad people believe in happy ending-
*******

TAWA Han masih belum reda meskipun dia kini sudah tiba di rumah persembunyiaannya yang terletak betul-betul di tengah bandar Sora. Lawak sungguh bila dia teringat wajah Irsa tadi. Macam budak kecil dibuang keluarga. Menyedihkan sungguh.

"Haihlah Irsa. Tulah. Siapa suruh kau baik hati sangat tolong aku? Inilah yang orang katakan buat baik biar bertempat."

Han masuk ke dalam rumah teres dua tingkat miliknya lalu pintu terus dikunci. Dia melangkah ke arah bilik bacaan di tepi tangga bagi membuat persediaan untuk rancangan dia yang seterusnya. Khair sudah tewas di tangannya. Porta pasti sedang huru hara kini tanpa raja mereka. Ini adalah masa yang tepat untuk Han memulakan langkah berikut dalam rancangan besarnya. 

Pintu almari dibuka lalu Pedang Purnama yang tersimpan elok di dalam almari tersebut dibawa keluar.

"Khair dah mati. Porta dah kucar kacir. Apa yang aku perlu buat sekarang ialah pergi Casa, dapatkan budak tu dan bawa dia jumpa Mago. Lepas bawa dia jumpa Mag-"

Bebelan Han terhenti. Pandangan matanya jatuh pada pemegang Pedang Purnama di tangannya. Ada satu lekuk bulat di pemegang pedang tersebut. Lekuk yang kini hanya tinggal lekuk tanpa objek yang sepatutnya berada di situ. Riak wajah gembira Han yang tadi gembira serta merta berubah 180 darjah.




-THE SECOND PAGE-

EIJAZ dan Lutfan berlari mendapatkan Lee dan Idlan yang berdiri di hadapan bilik unit rawatan rapi.

"Keadaan Khair macam mana?" Soal Lutfan sebaik sahaja mereka berdiri di hadapan dua saudara mereka itu. 

"Keadaan dia kritikal. Dia hilang banyak darah. Doktor sedang cuba sedaya upaya nak selamatkan dia. Tapi dia masih belum sedarkan diri," beritahu Lee.  

Lutfan meraup muka lalu dinding berhampiran dengannya disepak berulang kali. Segala rasa bengang dan kecewa yang dirasakan kini dihambur keluar tidak tertahan. Kalaulah mereka semua bertindak lebih awal, Khair pasti tidak akan cedera begini. 

Melihat wajah-wajah sugul para putera yang lain, tangisan Idlan akhirnya pecah.

"Maafkan aku.  Kuasa aku tak cukup kuat untuk sembuhkan Khair. Aku masih tak dapat nak sembuhkan luka dari pedang purnama tu. Kalaulah aku boleh gunakan kuasa aku sebaiknya, Khair pasti akan sembuh serta merta."

Nafas lemah dihela Lee. Belakang tubuh Idlan ditepuk perlahan bagi menenangkan remaja itu.

"Bukan salah kau. Bukan salah sesiapa. Kalau ada orang yang kita perlu salahkan, orang itu adalah Han. Dia punca semua ni terjadi."

"Jangan sebut nama tak guna tu. Aku tak nak dengar nama dia." Keras sahaja Lutfan bersuara. Jelas terselit kebencian dalam nada suaranya.

"Kita tak boleh lemah macam ni. Kita kena kuat. Kita tak ada masa nak layan emosi dekat sini. Sebagai putera Yildiz, kita kena jalankan tanggungjawab kita dalam menjaga rahsia dimensi. Aku yakin si pengkhianat tu masih ada dalam Porta. Kita kena tangkap dia dengan segera," ujar Lee.

PORTA : The Second PageWhere stories live. Discover now