1. Aisy Syakira

8K 259 17
                                    

Aku membuka zip beg sandang hitam yang aku pakai di hadapan. Aku lebih suka menyandangnya di hadapan, senang nak ambik barang. Diseluk tanpa perlu lihat sebab dah hafal dekat mana duduknya kunci loker yang sudah separuh bengkok. Ibu jari dan jari telunjuk memegang zip kecil dan ditolak untuk membuka kocek kecik di dalam. Hanya separuh sahaja tangan aku masuk di dalam kocek sebelum ditarik keluar kunci berkepala hitam.

          Dihunuskan kunci yang bengkok masuk ke dalam lubang sebelum pintu loker yang diperbuat dari papan itu terbuka. Loker yang berada betul-betul paras mata memudahkan aku mengambil dan menyusun barang. Hampir enam tahun, aku duduk mencangkung setiap kali masuk kerja sebab loker aku berada di barisan paling bawah, setelah didesak baru dapat tukar naik atas.

          Aku menggulung sweater hitam yang digunakan untuk menutup baju scrub sebelum dihumban di bahagian belakang loker. Berkerja di jabatan kecemasan memerlukan kami semua berpakaian scrub berbanding uniform. Ada lagi sedikit ruang untuk disumbat beg yang tidak berapa besar. Pen hitam dan merah dimasukkan ke dalam kocek baju sebagai senjata untuk aku menulis report pesakit. Telefon bimbit ditukar menjadi silent mode, takut nanti ada pesakit yang berjoget dengar ringtone aku.

          “Apa masalah mamat ni?” Bebel aku sendiri apabila membaca mesej yang dikirim oleh Amir. Sibuk nak berjumpa bagai. Sedangkan aku dah terangkan semua benda dalam mesej semalam. Kalau jumpa pun, aku akan jadikan mesej semalam sebagai teks ucapan aku nanti.

          “Wei, boss nak jumpa.” Sapa Badrul sebaik masuk ke dalam pantry.

           “Walaikumusalam Mohd Badrul bin Samsuddin.” Aku memerlinya. Pintu loker ditutup dan dikunci.

            “Wah! Dah lama tak dengar nama jantan aku.” Bad ketawa mengedik. Beg tangan yang dibawanya diletakkan di sebelah loker aku. Kami menjadi jiran sebab dia join aku buat protes dekat boss. Botol minyak wangi yang tinggal separuh di tekan-tekan ke seluruh badan.

           “Baik kau bukak penutup tu, tuang terus atas badan.” Bulu hidung aku kena geletek dengan bau minyak wangi dia. Dari zaman belajar, dia memang terkenal sebagai pontianak harum sundal malam kerana sentiasa berbau wangi.

           “Tak boleh nyah. Tengok ini.” Dia menunjukan botol itu. “Tinggal sikit je. Kena jimat.” Terasa macam nak masukkan muka dia yang berlopak tu ke dalam loker, lepas tu hempas pintu loker tu kuat-kuat. Buat-buat tak faham.

           “Kau kerja apa?” Tanya aku kerana aku merasakan dia satu shift dengan aku dan dia baru sampai. Macam mana boss boleh jumpa dia pulak.

           “Kerja nurse la. Takkan nak menjual pulak dekat sini.” Jarang sungguh dia menjawab soalan aku betul-betul.

           “Shift apa setan?” Hilang kesabaran di permulaan shift. Satu tanda yang tidak baik buat aku yang mempunyai meter kesabaran yang berhenti di skala empat. Tidak terus menjawab, Bad memasukkan kembali minyak wangi ke dalam loker. Kali ini lip balm pula dibawa keluar dan ditonyoh dibibirnya yang gelap itu.

          “Okay tak?” Dia menutup bibir dan menggeselkannya sebelum memuncungkan bibirnya yang seperti tikus. Memerhatikan aku untuk memberi pendapat.

           “Hmm. Nampak macam bibir.” Jujur kritikan yang diberi. Tiada apa yang berubah selain nampak berkilat. Aku merampas lip balm dari tangannya. “Kau shift petang kan?”

           “Ye lah.” Suara garaunya dikeluarkan. “Dah tahu, buat apa nak tanya lagi?” Lip balm yang tidak tertutup dirampas kembali. Dibuka mulut seluas-luasanya sehingga nampak anak tekak semata-mata nak letak lip balm.

Pertemuan Tidak DirancangWhere stories live. Discover now