43. Elak

3.4K 283 24
                                    

Leon POV

Di saat aku sudah bersedia menunggu Ira bersiap di dalam bilik air, aku menerima panggilan daripada Felix mengatakan mereka berjaya menangkap Carlos.

Lelaki yang membunuh anak aku. Bayi yang tidak sempat melihat ibu dan ayahnya. Aku akan pastikan Carlos menerima balasan yang setimpal atas apa yang dia lakukan.

Tanpa menunggu Ira keluar, aku terus menyarungkan baju lalu berlari keluar dari bilik. Keadaan rumah sudah sunyi kerana papa dan Lily sudah masuk tidur.

Berlari anak kerana tidak sabar untuk melihat wajah lelaki yang bakal aku tamatkan riwayatnya sebentar lagi.

Aku menendang pintu sehingga terbuka luas. Kelihatan seorang lelaki sedang diikat di atas kerusi. Mukanya tertutup dengan kain hitam sementara Felix berada di sebelahnya.

“Good job.” Aku menepuk perlahan pipi Felix memberikan pujian.

Mendengar suara aku, lelaki yang dipercayai sebagai Carlos mula bergerak di atas kerusi. Dia cuba untuk melepaskan diri namun ternyata sia-sia.

“Hai.” Sergah aku sebaik aku menarik kain dari kepalanya.

Wajah Carlos kelihatan takut saat menatap wajah aku. Tidak seperti mafia lain, dia kelihatan terlalu takut sedangkan aku tidak berbuat apa-apa lagi padanya.

“Maafkan aku. Aku tak tahu itu isteri kau.” Rayu Carlos sebelum sempat aku membuka mulut.

Relax la. Kenapa takut sangat ni? Aku tak buat apa-apa pun lagi.” Aku baru hendak menyentuh kepalanya namun Carlos mengelak ketakutan.

“Bunuh je aku. Tolo..ng jangan seksa aku.” Dia tidak berani mengangkat muka memandang aku.

Mungkin dia sudah mengetahui apa yang berlaku pada kawan-kawannya yang lain. Aku tersenyum sinis kerana dia masih berani meminta sedangkan dia sudah hancurkan hidup aku dan Ira.

“Bunuh? Tak semudah itu aku akan lepaskan kau. Aku akan pastikan kau rasa sakit yang sama aku rasa.” Aku sudah mengeluarkan pisau dari dalam sarung yang diletakkan di atas meja.

Pisau pemberian papa semasa aku baru masuk ke dunia mafia ternyata berguna juga. Pemegangnya diperbuat daripada kayu membuatkan ia terasa ringan di tangan.

“Aku tak sengaja pijak perut dia.” Air mata jantannya mengalir saat bilah pisau berjalan di atas dada.

“Tak sengaja sampai dua kali?” 

Aku terus menarik pisau sehingga kelihatan satu garisan panjang di atas kulitnya sebelum ia mula berdarah.

“Argh..sakit!” Teriak Carlos sehingga mengiggil satu badan. Kedua-dua tangannya tergenggam kuat.

Terasa puas mendengar dia menjerit kesakitan. Puas lagi apabila melihat darah merahnya mengalir menuruni badan yang tidak berbaju.

“Ini baru permulaan. Ada banyak lagi yang menanti.” Sekali lagi aku menoreh kulitnya tapi kali ini di bahu kiri pula.

Semakin seronok aku rasakan melihatnya menangis menahan sakit. Aku berjalan ke meja untuk menukar peralatan. 

Dilema ketika ini samada ingin menggunakan spanar ataupun tukul. Dinilai dari segi berat, aku memililh tukul akhirnya.

“Leon. Aku mintak maaf. Tolong.” Carlos bersungguh-sungguh merayu saat aku menghampirinya. 

Aku memilih lutut kanan sebagai mangsa yang seterusnya. Tukul besi diletakkan di atas kepala lutut dahulu supaya tidak tersalah tuju. Aku baru hendak menghayunkannya, Carlos terus bersuara.

“Amir. Amir yang suruh aku pijak perut isteri kau. Dia nak isteri dengan anak kau mati.” 

Tukul yang sudah berada di udara masih kekal di situ sementara menanti ayat seterusnya.

Pertemuan Tidak DirancangWhere stories live. Discover now