15. Dikejar

3.8K 277 39
                                    

Leon POV

Mengambil tahu tentang Ira merupakan perkara yang aku paling malas hendak lakukan. Lebih-lebih lagi sekarang penculik sedang memerhatikannya. Tapi aku terpaksa bersetuju kerana aku tidak mahu Lily terus merengek.

Namun sekarang aku serta merta menyesal kerana Lily mengajak aku untuk berjumpa dengan Ira di tempat kerjanya. Dia bersungguh hendak memujuk Ira untuk tinggal bersama kami.

Kalau Ira setuju sekali pun, aku akan buat apa sahaja untuk dia mengubah keputusannya. Tidak mungkin aku akan biarkan dia masuk ke dalam rumah aku.

"Perlu ke nak cari dia malam-malam macam ni? Tak boleh tunggu esok ke?" Tanya Hairee dari tempat duduk hadapan.

"We are already here. Lebih baik jumpa hari ni je." Balas Lily.

Kereta berhenti di hadapan palang. Felix menghulurkan tangannya untuk mengambil tiket. Palang yang panjang itu terangkat sebelum kami melalui di bawahnya.

"Tapi Lily. Oppa nak ingatkan. Don't get your hope too high, okay?" Aku tidak mahu Lily kecewa kalau rancangannya tidak berjalan seperti yang dia mahukan.

Dia mengangguk dan aku menganggap dia faham akan risiko yang bakal ditanggung. Besar kemungkinan dia akan kecewa.

"Tapi oppa akan tolong Lily pujuk dia kan?"

Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab. Perlu ke aku menipunya sekali lagi? Lily menoleh ke sebelah apabila aku tidak memberikan jawapan.

"I will try my best. Tapi tak janji dia akan dengar." Sekali lagi aku menabur janji.

"Buang masa la dekat sini. Bukannya ada apa-apa faedah bawak minah tu balik rumah kau. Nanti dapat susah lagi ada lah. Bayangkan kalau papa kau tahu kau bawak balik perempuan tu." Hairee membebel sebelum Felix menyampuk.

"Can you shut your mouth? Susah nak fokus sebab mulut bising."

"Kenapa? Kau drive pakai mulut aku ke? Tak kan. Suka hati akulah nak bising ke apa." Balas Hairee.

Mereka mula bergaduh mulut sehingga suara mereka menenggelamkan arahan aku yang menyuruh mereka berhenti bertengkar. Semakin lama semakin rancak mereka berlawan sebelum Lily menjerit.

"Ada orang dekat depan. Berhenti!"

Emergency brek ditarik membuatkan kami semua hampir terhumban ke hadapan. Nasib baik ada tali pinggang keledar.

"Bodoh ke apa perempuan ni? Melompat depan kereta macam ni." Marah Hairee.

Perempuan itu terjatuh di atas lantai, bangun berdiri memandang ke dalam kereta sebelum dia berlari dari situ.

"Aisy?"

"Ira?"

Felix dan aku melihat orang yang sama. Ira melarikan diri sebelum beberapa orang lelaki mengejarnya. Felix sudah membuka pintu kereta namun aku menghalang kerana dia perlu melindungi Lily.

Jika mereka mengejar Ira pasti mereka orang yang sama menculik aku sebelum ini. Lagi sekali mereka akan menggunakan Lily sebagai umpan. Aku menyuruh Felix untuk beredar dari situ sebelum mereka menyedari kehadiran kami namun Lily membantah.

"Tapi macam mana dengan Aisy unnie?" Lily sudah mula menangis meminta aku untuk pergi menolong.

"Your safety is more important than her." Tegas aku.

"No! I will go by myself." Lily cuba membuka pintu namun aku menariknya. Dia bergelut untuk melepaskan diri.

"If anything happens to her. I won't forgive you." Lily mengugut dan aku pasti dia tidak berbohong.

Pertemuan Tidak DirancangWhere stories live. Discover now