Leon POVPang.
Satu tamparan tepat mengenai pipi sebaik aku memberi tahu apa yang telah terjadi antara aku dan Ira sebentar tadi.
“Kau tinggalkan dia tepi jalan? Dengan hujan lebat macam ni? Manusia jenis apa kau ni?” Herdik Bella yang tidak berhenti memukul dada aku.
Aku hanya tersengih melihat Bad memeluknya untuk menghalang serangan kedua. Pipi tidak terasa sakit tetapi ego aku agak tercabar apabila di tampar oleh seorang perempuan.
Mereka menunggu kepulangan Ira di rumah aku. Mereka bercadang untuk memberikan kejutan padanya tetapi mereka yang dikejutkan. Tetapi kejutan yang mereka terima tidak sehebat apa yang diberikan pada aku.
Perempuan yang aku terima sebagai seorang isteri sanggup menipu semata-mata hendak menolong tunangnya merampas perniagaan aku.
“Kau sedar tak yang dia tengah mengandung? Anak kau!” Teriak Bella.
Entah-entah anak yang dikandung itu juga merupakan anak Amir. Mereka sudah merancang semua ini dari mula. Sejak awal, Ira sudah rela di tiduri oleh aku dan sebab itu pagi tadi dia tidak kelihatan terkejut atau marah apabila tangan aku memegang dadanya.
“Are you sure that she carrying my child?” Ragu aku menghempaskan punggung di atas kerusi. Bad melepaskan Bella lalu menghampiri aku.
“You merepek apa ni? You tahu tak Aisy tu tak pernah tidur dengan mana-mana jantan selain you tau.” Bad mencekak pinggang.
“Excatly! Dia sanggup tidur dengan aku semata-mata nak tolong tunang dia.” Suara aku bergema di dalam rumah.
Mengetahui aku merupakan orang pertama yang menyentuhnya hanya menambah kemarahan aku. Kesucian yang dijaga sanggup digadaikan untuk Amir.
Aku bodoh kerana percayakan Ira. Disebabkan rasa selesa akan kehadiran dia, aku dengan mudah memberikan kepercayaan padanya. Sedikit sentuhan dan perhatian dari orang lain membuatkan aku leka.
“Tunang? Maksud kau si Amir tu?” Tanya Bella. Samada dia tidak tahu atau berpura-pura tidak tahu tentang rancangan mereka.
Bad dan Bella berpandangan sesama sendiri. Mereka berinteraksi menggunakan mimik muka sebelum Bad bersuara.
“Sekejap. Kepala aku tengah pening. Macam mana Amir boleh masuk dalam masalah you dengan Aisy ni? Sejak bila pulak you kenal dengan Amir?”
Jadi mereka berdua hendak meneruskan permainan dan berusaha menyakinkan aku yang mereka tidak terlibat. Baik. Aku juga akan teruskan permainan. Aku yakin sampai satu tahap mereka akan tersalah langkah, sama seperti Ira.
Aku menceritakan segala yang berlaku semasa di shopping mall sampai saat Ira memberitahu tentang Amir kepada aku. Mereka cuba untuk menyampuk tetapi aku tidak memberi peluang sehingga aku bercerita tentang siapa Amir yang sebenarnya.
“Okay. So, Amir cuba nak rampas projek kau dengan cara expose kan bad lifestyle kau dekat pemegang saham.” Bella membuat ringkasan sebelum Bad menyampuk.
“Tapi Amir tak dapat bukti, jadinya dia perangkap you supaya ada anak luar nikah dengan Aisy. Macam tu?” Akhirnya mereka nampak juga bagaimana Amir dan Ira memerangkap aku.
“Kau tak rasa ke Aisy tu pun sebenarnya mangsa keadaan?” Kenyataan Bella membuatkan aku ketawa.
“Mangsa? She fu*king engaged with Amir! Kenapa Amir nak aniaya tunang dia sendiri? They are in love.” Aku menekan penumbuk di atas meja kaca.
YOU ARE READING
Pertemuan Tidak Dirancang
Romance"Forgive me for robbing your purity, but I will give the whole world as return."- Lee Leon ************ Aisy Syakira, 30 diculik ketika sedang menenangkan diri selepas berperang besar dengan ibu bapanya di malam hari. Dikurung di dalam bil...