30. Sedia?

4.6K 303 22
                                    

Aisy POV

“Datang bilik aku lepas Lily tidur.” 

Pesanan Leon yang membuatkan aku duduk di depan bilik dia sekarang ni. Menyesal pulak usik dia tadi. Sekarang ni dia sengaja bawa pregnancy pillow aku masuk ke dalam bilik dan ugut nak pulangkan balik kalau sampai pagi nanti bantal ni masih ada dalam bilik dia. Suka sangat ugut nak refund barang.

Hampir setengah jam aku berdiri di luar setelah lampu bilik dimatikan. Harap sangat dia dah jauh melayang dalam mimpi. Sekurang-kurangnya nanti aku boleh bagi alasan yang dia sudah tidur masa aku sampai. 

Jarum pendek di jam berada pada nombor satu sementara pasangannya berada di sebelah kiri. Kesemua lampu sudah di padam oleh Leon sebelum dia masuk ke dalam bilik. 

Hampir yakin yang Leon sudah tidur, aku mematikan lampu meja sebelum berjalan ke biliknya. Keadaan yang sunyi membuatkan aku lebih berhati-hati menolak pintu supaya tidak ada sebarang bunyi. 

Masuk bersama kaki kanan dengan harapan aku dapat keluar dengan selamat dari sini. Sama seperti di luar, Leon sudah menutup hampir kesemua lampu dan yang tinggal hanyalah lampu yang dililit di sepanjang rangka katilnya. Agak menarik dan cantik lampu tersebut membuatkan katilnya kelihatan mewah.

Berbekalkan lampu dari telefon, aku mula mencari hadiah pemberian Uncle Alan. Agak susah untuk menyorokkan kotak yang sebegitu besar di dalam bilik yang tidak mempunyai banyak perabot. 

Aku menutup lampu dengan tangan semasa melintas di depan katil. Leon yang tidak berbaju sedang lena dibuai mimpi. Secara perlahan-lahan aku menolak pintu almari sebelum menyuluh di dalam. Hanya ada pakaian Leon sedang tergantung tanpa kelibat bantal.

Pintu ditutup kembali selepas lampu dimatikan. Hampa kerana aku tidak tahu di mana hendak cari lagi selain bertanya pada orang yang menyorokkannya. Seperti mendengar rintihan hati, mata aku terus terpaku pada bantal berbentuk U yang dicari. 

Elok terhampar di atas katil bersebelahan Leon. Macam mana aku boleh tak nampak masa aku melintas tadi? Kalau tak dah jimat waktu, tak payah selongkar almari. Mungkin juga kerana bantal itu berwarna putih, sama seperti warna cadar.

Berjalan seperti orang hendak mencuri sebelum aku melutut di sebelah katil. Hujung bantal di tarik perlahan-lahan supaya ‘penjaga’ nya tidak terbangun. Sebelah kaki bantal sudah berjaya dipegang, hanya tinggal lagi sebelah. Menggunakan taktik yang sama, aku meneruskan misi menyelamat sebelum tarikan aku disekat.

Can I help you?” Suara Leon yang garau membuatkan aku terkejut.

“Eh Leon.” Aku tersenyum kekok, malu kerana tertangkap. “Kenapa tak tidur lagi?”

Leon menarik bantal yang ada di tangan aku sebelum membetulkan kedudukannya. “Sebab ada orang nak curi bantal my pregnant wife.

“Ini bantal aku la. Uncle Alan yang bagi.” Aku bertegas sebelum naik duduk di atas tilam.

“Bantal kau?” Tanya Leon sambil tersenyum. “That means you are my pregnant wife, right?

Walaupun soalan Leon agak kebudak-budakkan tapi kenapa pipi aku terasa panas? Mula la jantung ni nak berdegup laju. Kenapa dia nak tanya macam tu?

“Kau ada nampak orang lain yang buncit macam aku ke dalam rumah ni?” 

Nope.” Leon bersandar pada kepala katil. “Tapi aku tak nak assume kalau orang tu tak sudi nak mengaku.” 

Anak matanya tidak berhenti memeriksa aku dari atas hingga bawah. Dadanya yang berotot ditayang sambil menyilangkan tangan di dada. Lemah lutut tengok dia seksi macam ni.

Pertemuan Tidak DirancangWhere stories live. Discover now