54. Akhir

6.1K 278 28
                                    

Leon POV

"Hiks..hiks.."

Telinga aku menangkap bunyi orang yang sedang menangis di sebelah. Kelopak mata yang masih lagi berat dibuka perlahan-lahan sehingga terlihat Ira sedang duduk bersandar pada katil.

Bunyi mesin pengepam kedengaran dari dalam baju. Tangannya sesekali mengelap kedua-dua belah pipi. Hidungnya pula tidak berhenti mengeluarkan bunyi seperti orang yang sedang selesma.

"Kenapa sayang menangis ni?" Aku bingkas bangun apabila melihat matanya yang merah. Dia pantas menghapuskan air mata yang mengalir laju di pipi.

"Sorry kalau bunyi mesin ni kuat sangat." Bibirnya menipis sebelum melarikan pandangan ke mesin.

Aku menongkat dagunya, mata sudah membengkak manakala pucuk hidung kemerahan. Tapak tangan aku terasa lembab apabila diletakkan pada pipinya.

"Kenapa ni sayang?" Aku menahan wajahnya apabila Ira cuba untuk menunduk.

"Ira okay." Kata dan kelajuan air mata yang mengalir tidak selaras.

"Jangan tipu. Ira tahu kan yang abang tak suka bila Ira sorok benda daripada abang." Ibu jari aku menyapu pipinya.

"Ira cuma..Ira cuma rindukan anak kita." Semakin deras dia menangis sebelum wajahnya tertanam di dada aku. Semakin parah sehingga dia tersedu-sedu.

"Sayang, look at me." Aku mengangkat mukanya. "Esokkan baby dah boleh balik. Tinggal lagi berapa jam je lagi."

Jam di dinding sudah bergerak masuk pukul tiga pagi. Aku masih celik dek kesedihan dan kerinduan seorang ibu yang masih tidak dapat memegang anaknya.

Berkali-kali aku menyuruh Ira bersabar tetapi tangisannya semakin kuat. Aku sudah buntu sebelum dia bersuara.

"Tengok ni." Dia membawa keluar pam dari dalam baju. Ada sedikit susu di dalamnya. Aku tidak pasti apa yang dia ingin sampaikan.

"Sayang nak abang buang susu ni?" Aku main teka sahaja, harap mengena.

"Buang?" Suaranya bergegar seperti petir. "Dahlah susu Ira tak banyak. Abang nak buang pulak."

Raungan disambung.

"Okay..okay. Abang mintak maaf. Tapi boleh tak sayang cakap je apa yang buat sayang abang ni sedih?"

Tangsiannya sudah reda tetapi masih ada sendu yang berbaki.

"Esokkan anak kita nak balik dah..."

"A'ah..." Aku masih berhati-hati.

"Dia nak minum apa sebab susu Ira tak banyakkkk...."

Fikiran aku yang tadi kalut memikirkan cara untuk memujuk tetapi sekarang sudah jem dengan tangisannya. Aku sendiri tidak ada ilmu untuk membantunya. Hari pula sudah malam, pasti aku akan dimaki kalau menelefon ibu Ira sekarang ini.

Buat malam ini, aku perlu mencari jalan sendiri supaya Ira kembali tenang. Aku pasti dia sendiri tahu apa yang perlu dilakukan kerana dia seorang nurse tetapi mungkin emosinya tidak stabil lagi sekarang ini.

"Mungkin...mungkin sayang letak pam ni tak betul. Biar abang adjust." Pam yang masih ada di dada kanan digerakkan sedikit sebelum tangan aku ditepis kuat.

"Owhhh..." Ira merintih sambil memegang dadanya. Semakin lama badannya semakin membongkok.

"Sakit ke? Sayang." Aku cuba untuk memeriksanya. Tangan aku diletakkan di atas bahu kanan sebelum terasa panas di bahagian tapak. Aku terus menarik turun baju yang dipakai membuatkan mata aku terbeliak.

"Ya Allah. Kenapa merah macam ni?" Bermula dari bahu sehingga dadanya sudah menjadi kemerahan. Aku tidak pernah melihatnya tetapi aku pasti ia sangat menyakitkan.

Pertemuan Tidak DirancangWhere stories live. Discover now