25. Orang ke-3

3.9K 266 29
                                    

Leon POV

“What's wrong with you, pa?” 

Marah aku sebaik masuk ke dalam pejabatnya. Dia yang sedang duduk di kerusi hanya memandang aku seperti tiada apa yang berlaku. Air kopi yang masih berasap dihirup dari cawannya.

“What do you mean?” Tenang suaranya jika dibandingkan dengan aku. 

Cawan yang mempunyai corak emas diletakkan di atas pelapiknya. Dia bersandar ke depan dengan meletakkan kedua-dua tangan di atas meja. 

“Tak payah nak berpura-puralah. Leon tahu papa yang ikat jamin Amir kan?” Tanya aku sebelum dia ketawa kecil. Papa bangun dari kerusi dan berjalan menghampiri aku.

Yes. That’s me. Tapi kenapa kau nak marah pulak?” Papa berasa sangsi dengan reaksi aku. Tangan disilangkan di depan dada dengan menyandarkan punggungnya pada meja menatap aku yang sedang berpeluh.

Aku pula kehilangan kata kerana tidak boleh memberitahu hal yang sebenar. Macam mana kalau papa tahu tentang kandungan Ira dan lebih teruk aku sudah berkahwin tanpa persetujuannya.

“I’m still waiting, Leon.” Suara papa menjadi keras. Matanya tajam memandang seolah-olah dia dapat merasakan aku sedang menyorokkan sesuatu daripadanya.

“Sebab…sebab…dia cederakan tunang dia. Kebetulan Leon ada dekat situ sebab tu Leon report dekat polis.” Aku terpaksa menipu kerana aku pasti Amir tidak memberitahu hal sebenar pada papa.

Tidak mungkin dia ingin mengaku bahawa dia bersubahat dengan pihak musuh sementara dia berkerja untuk papa. Aku juga perlu berhati-hati supaya rahsia aku tersimpan dengan selamat.

“Itu tunang dia. Biarlah dia nak buat apa pun. Kenapa kau nak masuk campur? Kau tahu tak, disebabkan kau buat report polis habis jatuh reputasi syarikat kita. Nasib baiklah aku cepat ikat jamin dia, wartawan tak sempat nak buat liputan.” Sekarang ini papa membelanya tanpa mengetahui Amir adalah orang yang bakal menjatuhkan syarikat.

“So, biarkan je kalau dia nak buat kerja jahat dekat luar sana? Kalau dia kena tangkap nanti macam mana dengan imej syarikat?” Aku mempersoalkan keputusannya namun jawapan papa membuat aku lebih marah.

At least he is smarter than you. Dia pukul tunang dia dalam hutan. Tak ada siapa yang ada. Bukan macam kau. Keluar berfoya terang-terangan. Menyusahkan aku setiap kali kena tangkap.” Herdik papa. 

“At least, I’m not hurting woman like he did.” Aku membalas namun papa menepuk tangan seolah-olah mengejek aku. 

“Wow. So, you are the angel now?” Papa menyoal dengan sinis membuatkan aku memberikan jawapan yang dia sendiri tidak suka.

“At least I’m not the devil like you. Did you forget what you did to mama?” 

Pang

Satu tamparan diberikan mengenai pipi kanan aku. Walaupun tidak kuat namun terasa perit sedikit di hujung bibir sebelum terasa metalik di dalam mulut. Aku menggerakkan rahang sedikit sementara papa menunding jari ke arah aku.

“Kau jangan nak libatkan mama dalam hal ini. Dia tak ada kena mengena.” Tengking papa namun sedikit pun tidak membuat aku takut padanya. Aku menjilat sedikit sudut bibir yang terluka sebelum membalas.

To me, you and Amir are the same. Tunjuk kuat depan perempuan sampai berani naik tangan dekat mereka. Dekat mama.” Aku mengetap gigi saat teringat kembali bagaimana papa menampar mama ketika dia sedang sakit dahulu.

Selepas mama terbaring lemah di atas lantai, papa pergi tanpa menoleh. Tidak sekali pun dia menyesal dengan perbuatan dia.

Merasakan aku sudah mula melampaui batas, papa menaikkan tangannya namun kali ini aku tidak memberikannya peluang. Genggaman aku sudah diangkat namun terhenti sebelum sampai ke mukanya.

Pertemuan Tidak DirancangWhere stories live. Discover now