2. Lee Leon

5.7K 214 12
                                    

Pintu dihadapan aku tertutup namun suara jeritan masih boleh didengari dari luar. Suara mereka kecil dan kuat, mesti para gadis yang sedang menjerit. Namun aku anggap itu pekara normal kerana mereka sedang menanti kemunculan. Aku menarik lengan baju kemeja putih yang terlipat di bawah kot hitam yang dipakai olehku.

 Aku perlu memastikan event ini berjalan dengan lancar supaya papa dapat melihat bagaimana sambutan hangat yang orang ramai berikan terhadap produk keluaran terbaru kami. Projek yang menjanjikan keuntungan jutaan ringgit ini merupakan projek pertama aku selepas aku dilantik sebagai CEO. Aku perlu mengotakan janjiku pada papa.

 “Ready Mr. Leon?” Seorang perempuan yang berpakaian seksi menghampiri aku. Bukan salah aku sebab mata aku lebih tertumpu pada bahagian dadanya yang terdedah. “There will be several reporter that will ask you some question. You can answer if you comfortable with it.” Pandangan aku bertukar ke mukanya apabila dia semakin hampir denganku.

Orang Malaysia lebih selesa bertutur bahasa English mungkin. Sejak hari pertama aku mendarat di sini, tiada seorang pun yang berbahasa Melayu dengan aku atau mereka menganggap aku tidak faham. Ditambah pula aku yang sudah lama menetap di Korea.

Namun tiada apa yang perlu aku mengeluh tinggal di sini kerana wanita-wanitanya cantik dan sama seksi di Korea. Buktinya dengan seorang lagi gadis berpakaian dress putih ketat menghampiri kami. Kakinya yang panjang dan licin akan nampak lebih menarik kalau diliit dipinggangku.

“Hi Jue.” Tegur gadis yang berpakaian putih itu. Mereka berlaga pipi sambil berpelukkan. Andai aku berada di tengah-tengah, indahnya hidup ini.

“Hello Lita. How are you?” Gadis yang bernama Jue menegur kembali. Mereka kelihatan mesra.

“Lepas kerja nanti you nak bawak mamat korea ni masuk bilik tak?” Soalan Lita hampir membuatkan aku tersedak. Aku mengigit pipi untuk menahan tawa agar mereka tidak tahu yang aku mengerti apa yang mereka katakan.

Dilahirkan di Korea, mama aku berasal dari Malaysia dan dia yang mengajar aku berbahasa Melayu walaupun aku membesar di Korea. Papa aku pula, pandai berbahasa sebab dia ingin memikat mama. Siapa sangka seorang gangster besar di Korea sanggup berkorban untuk memikat hati seorang perempuan biasa.

“Kalau dia setuju, I nak je. Kau tengoklah badan dia tegap tinggi. Bibir pun merah macam pakai liptint.” Balas Jue lalu ketawa. Aku tidak pernah menolak rezeki. Lagipun aku sudah lama tidak ‘bersenam’.

“I suka rambut dia. So tebal and shiny. Cuba tengok tangan dia, berurat. Boleh aku join sekali?” Lita turut memuji dan aku tidak keberatan untuk mengajaknya sekali.

Mereka berhenti ketawa saat Hairee, pembantu peribadi aku menghampiri. Kenapalah dia datang masa aku baru hendak beraksi.

“Semua dah siap?” Tanya Hairee pada Jue. Wanita itu tidak menjawab soalannya malah sibuk membetulkan rambutnya. Hairee hanya berdiri menanti jawapan. So innocent.

“Yes Ree. Aku dah siap.” Aku menjawab membuatkan kedua-dua perempuan itu terkejut. Aku bangun membetulkan suit sebelum berpusing ke arah mereka. “Maybe we can check in somewhere later. I tunggu.” Aku memegang sedikit hujung rambut Jue sebelum beralih ke Lita. “You are invited too.” Masing-masing tersenyum  manis.

“Wow. You can speak Malay?” Tanya Lita bermain dengan butang suit aku.

“He can but Melayu dia a bit ‘baku’. Macam tengok cerita dulu-dulu.” Sampuk Hairee namun hanya menerima jelingan dari kedua-dua gadis itu.

“It’s okay. I suka sebab nampak cute.” Puji Jue. Aku membiarkan mereka memikirkan aku seorang yang comel sehingga mereka melihat aku beraksi di ranjang sebentar lagi.

Pertemuan Tidak DirancangWhere stories live. Discover now