47. Bertukar

3.1K 300 23
                                    

Leon POV

“Makan lagi sikit.” Aku menyuakan sudu namun tidak disambut.

“Tak da selera la.” Ira menolak tangan aku sebelum sudu kembali ke dalam mangkuk.

Sejak kebelakangan ini, dia hilang selera makan. Badan dan mukanya pun kelihatan agak susut daripada biasa. Kalau tidak disuap pasti tiada satu pun makanan yang masuk ke dalam perutnya.

“Janganlah macam ni sayang. Doktor marahkan hari tu sebab berat sayang turun. Tulang tangan tu pun jadi lambat sembuh nanti.”

Simen di tangan masih tidak dibuka kerana tulangnya tidak bercantum dengan baik lagi. Segala keperluannya diuruskan sendiri oleh aku di rumah.

“Bukan sayang tak nak makan tapi tak boleh nak makan.” Dia masih memberikan alasan walaupun dia sudah berjanji dengan aku tadi.

“Tadi janji dengan abang apa? Sayang akan makan sampai habis kalau abang tolong basuhkan rambut sayang kan. Sekarang tunaikan.” 

Aku menyambung suapan dan Ira hanya menyerah membuka mulut. Seperti memakan pasir, mukanya kelihatan sangat terseksa untuk menelan.

“Sayang nak air?” Tanya aku namun ditolak sebelum Ira menerkup mulutnya.

“Nak muntah ke?” Ira pantas mengangguk sebelum mencapai baldi yang diletakkan di sebelah sofa. Selimut nipis yang dipakai terus melorot ke bawah lantai.

Aku meletakkan mangkuk di atas meja untuk memegang rambutnya yang baru dicuci. Agak lama dia membongkok mengeluarkan kembali segala makanan yang disuap.

“Tak larat la kalau tiap-tiap hari macam ni.” Rungut Ira bersandar pada sofa.

“Orang mengandung memang biasa la kalau muntah-muntah tu.” Kak Leha datang dari dapur sebelum mengambil baldi dari tangan Ira.

Walaupun aku setuju dengan kata-kata Kak Leha tapi Ira mengalami morning sickness yang jauh lebih teruk daripada sebelum ini.

Tiada satu makanan pun yang dapat duduk di dalam perutnya buat masa yang lama. Kehilangan selera makan juga menambahkan lagi masalah yang ada.

Aku tidak berani untuk meninggalkannya sendirian di rumah. Sudah berapa hari aku mengambil cuti sejak dia keluar dari hospital. Aku akan rasa lebih tenang melihatnya di depan mata.

“Pukul berapa Leon nak keluar nanti?” Soal Kak Leha tanpa sengaja.

Aku memanggilnya ke mari untuk menemani Ira sementara aku perlu menyelesaikan sesuatu di luar.

“Keluar? Abang nak pergi mana?” Ira mula tidak senang duduk. 

“Abang kena pergi balai la sayang. Kes hari tu tak selesai lagi.”

Seperti yang dijangka, Ira terus memeluk tubuh aku. Tidak membenarkan aku untuk keluar.

“Tak nak. Abang tak boleh keluar. Ira tak benarkan.” Semakin erat dia memeluk. Terasa baju aku mengetat di bahagian hadapan.

“Sekejap je sayang. Dah berapa kali polis tu telefon abang, dia orang pun kena siapkan kerja jugak.” Aku berharap Ira dapat memahami.

“Tak boleh! Nanti polis tu sumbat abang dalam penjara.”

“Tak la. Polis tu nak mintak keterangan je.” Aku mengangkat mukanya.

“Ye la tu. Percaya sangat dengan polis. Mula-mula mintak keterangan, lepas tu suruh tulis pengakuan pulak.” Kata-kata Ira membuatkan aku menahan tawa.

Aku pasti dia sudah terpengaruh dengan segala drama korea yang ditonton sepanjang berada di hospital.

“Tak. Abang pergi untuk beri keterangan je. Felix pun ikut sekali.” Badan aku terus dilepaskan.

Pertemuan Tidak DirancangWhere stories live. Discover now