24. Maaf

4.1K 275 44
                                    

Leon POV

Aku sudah dibenarkan pulang selepas selesai dirawat tetapi aku memilih untuk duduk menunggu di luar sementara beberapa orang doktor datang memeriksa keadaan Ira dan juga kandungannya. 

Kesemua doktor terkejut apabila aku menceritakan apa yang telah berlaku di dalam hutan. Mereka tidak menyangka seorang lelaki yang waras akalnya sanggup memukul seorang wanita yang sedang mengandung. Mereka juga kagum dengan Ira kerana terlebih berani melawan dalam keadaannya yang seperti itu.

Aku masih berdiri di sini disebabkan keberaniannya menahan Amir daripada menjatuhkan batu besar di atas kepala. Aku berharap dia dan bayi berada dalam keadaan yang selamat. Dan jika sesuatu yang buruk berlaku pada mereka, Amir merupakan orang pertama yang akan aku bunuh.

Felix memberitahu bahawa Amir berjaya ditahan pihak polis sebelum dibawa ke balai. Aku menyuruhnya pergi ke sana sebagai wakil kerana aku diperlukan di sini.  

“Leon!” Laung Hairee melambai dari jauh. Dia berlari sambil membawa beg. Sebaik sampai di hadapan aku, dia mula tercungap.

“Kau..kau..okay..tak?” Membongkok di hadapan dengan dahi yang berpeluh.

“Aku okay. Kau tu okay tak? Nak aku panggilkan doktor?” Aku mengusik kerana dia kelihatan seperti hampir pengsan. Hairee menjeling tajam sebelum menyerahkan beg pakaian. 

“Nah. Aku bawakan baju bersih untuk kau. Lepas tukar kita balik. Felix dah hantar bodyguard jaga dekat luar.” Balas Hairee duduk di sebelah. Aku menarik baju hoodie yang ada sehelai di dalam beg itu.

“Mana baju untuk Ira?” Tanya aku. Selepas selesai semua pasti dia memerlukan baju yang bersih kerana seluruh pakaiannya sudah kotor dan basah. 

“Dah lebih la ni. Aku kerja untuk kau bukannya dia. Lagipun, mana aku tahu nak beli baju perempuan. Diaorang ni kena pakai baju dengan seluar kecik sekali.” Panjang pula Hairee membalas. 

Dalam keadaan seperti ini, cukup sekadar ada baju dan seluar yang bersih. Tentang pakaian dalam, kalau tidak ada pun masih boleh diterima. Lebih-lebih lagi hari sudah malam, aku rasa Ira jenis yang ‘bebas’ pada malam hari.

“Any words from Felix?” Tanya aku kerana Felix masih tidak menghubungi dari tadi. Baju yang sudah kotor terkena lumpur ditarik untuk menggantikannya dengan baju yang bersih.

“Kalau ye pun tukarlah dalam bilik.” Hairee menahan aku dari menukar di situ. Tandas agak jauh dan bilik pula sedang dipakai oleh doktor dan Ira.

Aku menyumbat kembali hoodie hitam ke dalam beg sebelum mengeluarkan telefon dari kocek seluar. Masih tiada berita diberikan oleh Felix. Aku ingin tahu siapa rakan subahat Amir kerana seperti yang diberitahu oleh Ira, Amir tidak berapa pandai mengatur rancangannya sendiri.

Sedang aku berborak dengan Hairee, pintu kaca bilik rawatan ditolak buka dari dalam. Aku menarik Hairee untuk bersembunyi di sebalik tembok. Seperti yang dijangka oleh Bella dan Fitri, Ira memulakan misinya untuk melarikan diri.

“Dia nak pergi mana tu?” Bisik Hairee sebelum aku menerkup mulutnya. Aku ingin melihat sejauh mana dia boleh berjalan dalam keadaan yang macam itu.

Berkerja di situ memberikan Ira satu kelebihan mengelak dari dirakam cctv. Dia juga tahu dari mana doktor atau nurse akan keluar masuk kerana dia pantas mengelak apabila seorang nurse keluar dari bilik pesakit membuatkan Ira berpaling menghadap dinding.

“Ya Allah minah ni. Tak sedar perut tu dah buncit.” Kata Hairee apabila perut Ira terkena pada dinding. Dia berdesis memegang perutnya sekejap sebelum meneruskan rancangannya.

Pertemuan Tidak DirancangWhere stories live. Discover now